Wednesday, 27 May 2015

Amoi bongkar taktik peniaga Cina menipu

  1. Peniaga Cina pasti melenting apabila mereka dikatakan penipu. Malah mereka sanggup ke mahkamah bagi mempertahan penipuan mereka.
  2. Yang menjadi mangsa ialah pengguna Melayu. Pengguna sedar mereka jadi mangsa penipuan tapi apa kan daya tiada bukti dapat disandarkan bagi memperkukuh wasangka.
  3. Akhirnya bukti yang dinanti-nanti muncul. Seorang gadis Cina, Stephanie Tan, telah tampil ke depan dengan mendedahkan aktiviti penipuan di kalangan peniaga telekomunikasi berbangsa Cina.
  4. Stephanie, bekas pekerja kedai telefon berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka, terutama bangsa Melayu. Mereka tidak menipu pelanggan berbangsa Cina.
  5. “I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri KERJA di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.
  6. "I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.
  7. “I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.
  8. Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.
  9. Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
  10. "I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.
  11. Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' di kalangan pegawai KPDNKK.
  12. Bagi menangani masalah itu, sebaiknya beli telefon bimbit dari wakil jualan lantikan sah. Biarlah mahal sekali pun, yang penting produk original dan ada warranty.
  13. Terima kasih Stephanie Tan. Perkongsian anda membuktikan bahawa ada juga di kalangan Cina yang tidak suka penipuan serta penindasan yang dilakukan oleh peniaga Cina.


No comments:

Post a Comment