Wednesday, 18 February 2015

DAP guna Anwar pecahkan bangsa Melayu

  • DAP cukup yakin hanya Anwar Ibrahim saja yang mampu memecahkan bangsa Melayu di Malaysia sekaligus membantu memperkasa DAP dari semasa ke semasa.
  • Parti chauvinis Cina itu langsung tak percaya kepada PAS kerana pada bila-bila masa saja Melayu boleh bersatu dalam sekelip mata jika Islam tergugat oleh serangan dari dalam mahupun luar negara.
  • Atas keyakinan itu, DAP telah merangka strategi secara diam-diam untuk menjerat Anwar, menggunakan keluarganya dan parti PKR untuk kepentingan barisan pembangkang yang diberi pelbagai nama tetapi penghujungnya DAP mendapat faedah lebih baik daripada sebelumnya.
  • Samada bangsa Melayu sedar atau tidak, DAP sebenarnya yang merancang Anwar `masuk keluar penjara' agar bangsa Melayu terus menerus bergaduh sesama sendiri tanpa ada kesudahan sampai bila-bila.
  • Pada pandangan mata kasar PKR, pendedahan salahlaku liwat Anwar telah didedahkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed. Namun hakikat sebenarnya kes liwat itu didedahkan pada 1997 oleh Karpal Singh (DAP) ketika Anwar masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
  • DAP melihat jika Anwar tumbang gara-gara kes liwat itu, maka pengikut Anwar pasti marah terhadap kerajaan dan akan membentuk parti baru dan akhirnya bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain untuk menentang UMNO dan kerajaan pimpinan bangsa Melayu.
  • Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh Karpal Singh pada 1997. Berdasarkan hansard Parlimen Malaysia pada 1997, Karpal Singh merupakan orang pertama yang menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Anwar telah meliwat pemandu peribadi isterinya, Azizan Ahmad.
  • Mohamed Sabu yang ketika itu merupakan ayam tambatan parti PAS dengan bangga mencanangkan ke seluruh negara dan memberi gelaran yang cukup jijik kepada Anwar.
  • Justeru itu, apabila pelbagai bukti dan siasatan telah dijalankan, Dr. Mahathir kemudiannya telah memanggil satu mesyuarat Majlis Tertinggi dan mahu supaya Anwar membela diri serta memberi penjelasan terhadap salah laku moral beliau.
  • Disaksikan keseluruhan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Anwar tidak membela diri dan membersihkan nama baik beliau, sebaliknya telah memaki hamun Presiden UMNO dan ahli Majlis Tertinggi yang lain. Kegagalan membela diri mengakibatkan beliau dipecat dari UMNO dan akhirnya kerajaan pada 2 September 1998.
  • Pemecatan ini membuka laluan kerjasama politik dengan pemimpin pembangkang yang pernah membuat tuduhan bahawa beliau merupakan seorang peliwat.
  • Mengimbas kerjasama dan pembelaan ini pada peringkat awalnya, ramai pemimpin PAS tidak bersetuju cara UMNO mengaibkan Anwar dan bukannya kerana mereka tidak percaya bahawa jenayah liwat tersebut benar-benar telah berlaku.
  • Tambahan pula pendedahan Wikileaks secara jelas membuktikan pandangan-pandangan beberapa pemimpin dunia lain seperti Singapura dan Australia percaya bahawa kegiatan homoseksual dan Anwar sememangnya tidak dapat dipisahkan.
  • Implikasi dari pemecatan tersebut telah menyebabkan beliau mengadakan 'road show' ke seluruh Malaysia dan pada akhirnya ditangkap dalam suatu peristiwa yang dikenali sebagai 'The Black 14'. Penangkapan beliau membawa kepada pendakwaan mahkamah dan dipenjarakan selama 6 tahun.
  • Bebas dari hukuman penjara, beliau sekali lagi mengulangi kegiatan tersebut dan mangsanya merupakan seorang staff dan pembantu beliau sendiri, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  • Sepanjang 7 tahun perbicaraan kes liwat 2 ini, wujud keterangan konsisten di pihak Peguambela yang diketuai oleh mendiang Karpal Singh bahawa aktiviti liwat tersebut benar-benar telah berlaku. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Ketua Pasukan Pembelaan, Gopal Sri Ram di dalam perbicaraan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
  • Umum mengetahui bahawa mendiang Karpal Singh dan barisan peguambela Anwar yang lain merupakan tokoh-tokoh dan pemimpin kanan parti DAP. Apakah mereka sengaja merancang secara sistematik supaya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan?
  • Apakah mereka mahu rakyat Malaysia tahu bahawa pemimpin Melayu Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan dari salah laku seks? Apa yang jelas ialah DAP sentiasa mendapat keuntungan daripada isu Anwar yang diulangtayang sejak 1998.
  • Semakin lebar perpecahan Melayu, semakin erat hubungan masyarakat Cina dalam DAP. Malahan 100 peratus komuniti MCA juga telah bertindak berani dengan menyeberang jambatan untuk kembali ke pangkuan DAP.
  • Malangnya DAP masih gagal menakluk Malaysia pada PRU13. Bangsa Melayu masih kuat bertahan di bawah payung UMNO walaupun parti Melayu itu telah beberapa kali bergelombang gara-gara serangan luar dari PKR dan serangan dalaman dari ahli UMNO sendiri.
  • PKR yang rata-rata berbangsa Melayu sudah menutup pintu hati untuk bersatu di kalangan sesama bangsa Melayu akibat terlampau taksub kepada Anwar. Bagi mereka hanya ada Anwar dan keluarganya. Tak perlu sibuk mengutamakan Melayu kerana Melayu itu sekadar satu bangsa.
  • PAS juga sama, memisahkan bangsa dan agama sedangkan Perlembagaan Negara menjelaskan Melayu adalah Islam. Memperjuangkan bangsa bererti berjuang untuk agama Islam secara langsung. Tapi hati PAS juga keras dan penyudahnya bangsa Melayu dan umat Islam berpecah belah lagi.
  • Perpecahan sebeginilah yang amat digemari oleh DAP kerana bagi mereka, kerjasama dengan MCA dan Gerakan secara diam-diam sudah terjalin dan kini berada pada tahap 100 peratus. Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan soal bangsa Cina. Mereka sudah bersatu.
  • Lalu apakah yang mahu dilakukan oleh bangsa Melayu? Menyeberang semuanya ke dalam PAS dan kemudiannya diperkotak katik oleh DAP? Atau memperkasa PKR sedangkan parti itu bukan milik Melayu mahupun Islam. PKR sudah sama dengan DAP. Agama Islam tiada di tempat teratas.
  • Jika semua parti Melayu merasakan mereka benar, cubalah memberanikan diri bergabung atas satu platform Melayu yang kemudiannya digabungkan dengan Barisan Nasional. Sebutlah apa saja, kerajaan perpaduan Islam atau apa saja asalkan ia dapat menghimpunkan bangsa Melayu Islam. Ada berani? - GRP


DAP sabotaj Kedai Rakyat, Mydin dedah penipuan DAP

  • DAP sekali lagi cuba sabotaj perniagaan umat Islam dengan mendakwa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mesti diboikot kerana sesetengah barangan dijual pada harga lebih mahal dari pasaraya lain.
  • Dengan membandingkan satu jenis peluntur Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mendakwa semakan harga yang DAP lakukan menunjukkan perbezaan ketara antara Tesco dan KR1M.
  • Beliau dengan bangganya membuat sidang akhbar dan berkata “Bagaimana peluntur dijual pada RM1.29 di pasar raya besar tetapi RM2.60 di Kedai Rakyat 1Malaysia? Harga di situ sepatutnya lebih rendah,” dakwanya.
  • Ini jawapan daripada Pengarah Urusan KR1M, Datuk Dr Ameer Ali Mydin “Jangan memperdayakan pengguna, semak fakta anda dulu”
  • “Lim membandingkan peluntur KR1M yang mengandungi 5.25% sodium hipoklorit yang dijual pada RM2.60 dengan peluntur Tesco Everyday Value yang mengandungi 4.25% sodium hipoklorit dijual pada RM1.29, sedangkan dia seharusnya membandingkan antara peluntur KR1M itu dengan peluntur Tesco Choice yang juga mempunyai kandungan 5.25% sodium hipoklorit dijual pada RM3.05.
  • "Ini jelas menunjukkan Lim bukan saja cuba memperdayakan orang ramai tetapi juga bercakap tanpa berfikir panjang, tanpa melakukan penyelidikan rapi terlebih dulu," kata Ameer.
  • Katanya, sangat jelas yang KR1M bukan saja menjual barangan berkualiti pada harga rendah, tetapi dalam kes ini, peluntur KR1M lebih murah 17% dibandingkan dengan peluntur Tesco Choice.
  • Ameer menjelaskan, kandungan 5.25% sodium hipoklorit dalam peluntur KR1M sama standard dengan jenama peluntur lain yang terkenal di pasaran.
  • Sehubungan itu Ameer menggesa Lim dan DAP bersama-sama berusaha ke arah mencapai matlamat yang sama untuk mendesak peruncit dan pengilang menurunkan harga barang supaya rakyat Malaysia boleh menambah nilai kepada wang mereka.
  • "Kita sudah cukup menderita. Kita tidak perlu lebih banyak maklumat salah, tetapi perlu maklumat yang betul supaya kita membuat keputusan betul dengan bermaklumat.
  • "Fikirkan tentang mereka yang miskin, tidak pernah merungut, malah berterima kasih, kerana dengan adanya KR1M, mereka boleh membeli barangan dengan harga lebih murah tanpa perlu kompromi kualitinya," katanya.
  • Hakikatnya DAP tidak pernah mendesak peniaga, pemborong dan pengusaha pasaraya yang kebanyakannya dikuasai oleh bangsa Cina supaya menurunkan harga barangan. Sebaliknya cuba memperlekeh harga murah yang ditawarkan di pasaraya Melayu Islam.
  • Mengapa DAP memilih kerja membandingkan harga barangan di pasaraya Melayu? Sepatutnya pada saat ini mereka mendesak semua peniaga, pemborong dan pembekal tak kira bangsa supaya menurunkan harga barangan masing-masing. Mengapa memilih mendesak pasaraya Melayu?
  • Sudah tentu jawapannya ialah DAP mahu membela peniaga Cina di Malaysia walau harga barangan yang mereka jual mahal menggila. Mereka peduli apa dengan bangsa lain. Lalu apa yang bangsa Melayu boleh buat bagi menangani konflik dendam dan dengki Cina yang sebegini rupa?. Tiada penyelesaian tepat untuknya setakat ini melainkan bangsa Melayu wajib membina empayar ekonomi secara menyeluruh dan itu akan mengambil masa lagi 100 tahun untuk melihat kesannya. - GRP


Tuesday, 17 February 2015

Pemisahan dispensari klinik swasta akan menyusahkan rakyat

  • Khabarnya pada bulan Mac ini, Dasar Ubat Nasional (Dunas) akan dibentangkan di Parlimen di mana dasar pemisahan dispensari akan dilaksanakan sebulan kemudian. Hal ini amat membimbangkan rakyat kerana ia lebih banyak mendatangkan kepayahan. Bagaimana ini boleh berlaku?
  • Bagi mereka yang masih belum faham apakah pemisahan dispensari ubat atau DS (Dispensing Separation), ia merupakan keadaan di mana pesakit perlu berjumpa doktor untuk konsultasi dan pemeriksaan tetapi hanya boleh mengambil ubat di farmasi.
  • Ini berlaku di negara jiran seperti Indonesia, India dan juga di beberapa negara Barat (di mana jalinan kesihatan mereka amat hebat di segi amalan dan pemantauan).
  • Sebelum ini ramai memuji pendekatan Malaysia apabila orang ramai boleh diperiksa dan mendapatkan ubat di klinik (one stop centre). Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara rangkaian kesihatan terbaik di dunia dengan sistem itu.
  • Buat masa sekarang pemisahan dispensari di Malaysia hanya berlaku di hospital-hospital kerajaan dan swasta tetapi masih di dalam bangunan yang sama (masih one stop centre).
  • Jelas sekali di Malaysia, pemisahan dispensari dari klinik swasta masih belum dilaksanakan. Ramai menyatakan pemisahan itu tidak relevan kepada masyarakat daripada beberapa segi iaitu keselesaan, keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap masyarakat jika dipantau dengan betul mahupun jika tidak dipantau dengan betul.
  • Adalah difahamkan bahawa satu dasar iaitu Dasar Ubat Nasional (Dunas) yang akan dibentangkan di Parlimen pada Mac nanti di mana dasar pemisahan dispensari akan dilaksanakan dalam bulan April 2015.
  • Dari segi keselesaan, jika pemisahan dispensari ini berlaku dan mendapat pemantauan yang hebat maka pesakit kena berjumpa doktor di klinik swasta hanya untuk mendapat preskripsi ubat (dengan bayaran konsultasi) seterusnya terpaksa ke toko farmasi untuk mendapatkan ubat (bayaran ubat serta konsultasi farmasi).
  • Bayangkan pesakit yang dalam keadaan sakit terpaksa bergerak sekurang-kurangnya ke dua tempat untuk melengkapkan rawatan. Jika ubat yang diberi oleh doktor tiada di farmasi tersebut, pesakit terpaksa mencari farmasi lain pula. Ini tidak termasuk rawatan pada waktu malam di mana tiada farmasi dibuka 24 jam seperti klinik swasta.
  • Masyarakat akan turut dibebani dengan kos perubatan yang akan meningkat serta pembaziran masa yang begitu berharga. Jika kerajaan dengan pelan transformasi menubuhkan UTC dan RTC untuk menyenangkan masyarakat, maka pemisahan dispensari di klinik swasta ini dilihat sebagai satu langkah terke­belakang yang tidak menyenangkan masyarakat.
  • Dari segi keselamatan pula, jika pelaksanaan dilakukan tanpa pantauan, pesakit akan mula mengambil jalan mudah untuk menjimatkan kos dan masa de­ngan membeli ubat terus di farmasi.
  • Tetapi setiap apa yang dihajati oleh pesakit tidak semestinya menggambarkan keadaan sebenar pesakit. Contohnya, jika sakit perut, siapakah yang akan menentukan sakit perut pesakit itu bukan sekadar sakit perut biasa tetapi beliau sedang mengalami serangan jantung?
  • Jika sakit kepala, siapakah yang akan menentukan sakit kepala pesakit berkenaan bukan sekadar sakit kepala biasa tetapi sedang mengalami serangan angin ahmar atau pendarahan di dalam kepala? Jika demam selsema, siapakah yang akan menentukan demam selsema itu bukan demam selsema tetapi sedang mengalami demam denggi yang semakin sukar dikawal sekarang?
  • Dengan secara tak langsung, ia akan mengancam keselamatan masyarakat serta meningkatkan kadar mortaliti (kematian) sete­rusnya menjatuhkan tahap kesihatan terbaik yang Malaysia banggakan sekarang.
  • Dari segi kesan jangka panjang pula, jika pesakit selepas mendapat penyakit kronik seperti ken­cing manis, darah tinggi atau lemah jantung yang memerlukan pantauan dari doktor secara berkala tidak lagi pergi berjumpa doktor untuk meneruskan rawatan, maka penyakit beliau akan melarat tanpa disedari dan akan berlaku komplikasi lain. Jika ini berlaku, sekali lagi akan meningkatkan kadar kematian yang tidak terkawal.
  • Masyarakat harus memahami apa yang akan dialami oleh mereka jika dasar ini dijalankan. Pihak kerajaan juga harus memastikan adakah dasar pemisahan dispensari ini benar-benar meng­untungkan seluruh rakyat. - NORZAIDI ZAKARIA


Mac turun harga, April naik semula gara-gara GST

  • Jerung-jerung perniagaan yang dikuasai kaum Cina di Malaysia dikatakan tidak hairan sama sekali dengan desakan kerajaan pusat supaya mereka menurunkan harga barangan secara serentak mulai 1 Mac ini.
  • Bagi mereka, menjelang April nanti harga barangan pasti nak lagi berikutan penguatkuasaan GST dan mereka akan memindahkan beban cukai itu terhadap pengguna.
  • Sebahagian besar warga Melayu bakal terkesan teruk dengan kenaikan itu lantaran kemiskinan yang membaluti kehidupan, sedangkan bangsa Cina tidak merasa apa-apa kerana taraf hidup mereka terlalu tinggi.
  • Kelicikan jerung-jerung memainkan harga barangan seperti yoyo amat memeritkan rakyat marhaen. Lihat saja bagaimana mereka menyerang kerajaan ketika subsidi minyak dikurangkan suatu masa dahulu.
  • Pengeluar, pemborong, pengedar mahupun peruncit sepakat menaikkan harga barangan kerana berlaku peningkatan kos perniagaan yang ketara dan sambil itu mereka dikatakan menggunakan media pembangkang sebagai wadah untuk menghentam kerajaan.
  • Bagaimanapun, setelah harga minyak turun kerana sistem pengapungan terkawal, kelihatan jerung-jerung ini cukup bermasalah untuk menurunkan harga barangan masing-masing dengan mengemukakan pelbagai alasan.
  • Bahkan, sesama mereka kini saling menuding menyalahkan pihak lain. Pelbagai alasan yang sebelum ini tidak pernah pun dijadikan hujah tiba-tiba timbul kononnya bagi mewajarkan pengekalan mahupun kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
  • Antaranya, faktor kos import bahan mentah yang meningkat di atas alasan nilai ringgit semasa lemah, pengekalan tarif pada kos utiliti, kos penyenggaraan kekal tinggi kerana peralatan atau alat ganti diimport dari luar negara dan sebagainya.
  • Tidak kurang juga yang kembali menuding jari kepada kerajaaan serta mereka yang digelar sebagai ‘kroni’ kerana kononnya tindakan pemberian lesen tunggal mahupun AP kepada pihak tertentu oleh kerajaan sebelum ini telah menyebabkan berlaku monopoli pasaran. Ia tidak termasuk bagaimana isu boikot diselewengkan sehingga menjadi isu perkauman.
  • Pengguna semakin bosan dengan karenah mereka. Hakikatnya harga minyak mungkin tidak selamanya jatuh. Malah ada pakar mengatakan harga minyak tidak akan jatuh lagi di bawah AS$50 setong dan akan kembali meningkat pada pertengahan tahun ini.
  • Apa yang pasti, seandainya ketika harga minyak AS$48 setong pun, peniaga tidak menurunkan harga, apakah boleh diberi harapan untuk harga barang turun jika harga minyak mencecah US$70 setong kelak?
  • Persoalan ini terlalu mudah untuk dijawab. Sebenarnya tidak perlu tunggu sehingga pertengahan tahun pun, kerana pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 ini sudah cukup untuk melupakan pengguna dengan sikap tidak bertanggungjawab peniaga sebulan dua ini.
  • Demam GST kelak akan mengalih kritikan terhadap peniaga kepada kritikan terhadap kerajaan pula. Ketika itu, peniaga bukan sahaja mampu menarik nafas lega, bahkan ia dilihat membuka ruang untuk mereka terus menaikkan harga lebih tinggi dengan alasan ia sebagai kesan pelaksanaan GST pula.
  • Justeru, dijangka dalam tempoh berbaki tidak sampai dua bulan ini, selain peniaga perlu terus menuding jari dan mencipta alasan, kerajaan juga perlu bersedia untuk mencari jawapan lebih segar sifatnya untuk dibentangkan kepada rakyat kelak.
  • Pada masa yang sama, pengguna juga dinasihatkan supaya pengguna menggunakan kuasa mereka sekali lagi untuk memboikot syarikat yang menaikkan harga produk sesuka hati mereka.
  • Lebih baik lagi, kumpulan peruncit sendiri perlu memboikot rantaian bekalan sebelumnya, tetapi ia sudah tentu bukan sesuatu yang munasabah. Jerung di belakang yang memegang kunci gudang itu tetap tersenyum dan sedikitpun tidak terjejas.
  • Lihat juga rekod tindakan penguatkuasaan yang pernah diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan sebelum ini. Apakah jerung-jerung itu pernah didakwa?
  • Beberapa pengajaran yang mungkin boleh dipelajari daripada ‘tragedi harga minyak murah’ ini adalah pandangan bahawa sebuah kerajaan yang berkuasa akan bebas menentukan segala-galanya amatlah silap.
  • Sebaliknya, seperti juga kuasa undi yang ada pada rakyat, begitu jugalah kuasa penentuan harga (mahupun gaji pekerja) yang ada pada peniaga itu boleh mempengaruhi sesuatu keputusan atau tindakan oleh kerajaan, cuma ia berlaku secara tidak langsung sahaja.
  • Selain itu, senario semasa ini turut menyedarkan kita betapa ‘faktor harga minyak’ yang selalu ‘dikambinghitamkan’ sebelum ini sebenarnya tidaklah bersifat mutlak dalam mempengaruhi harga barang, sebaliknya peranan “tangan-tangan ghaib” ini mungkin lebih banyak dan besar kesannya kepada pengguna.
  • Dan, setelah beberapa bulan dihadam dengan cerita ekonomi, pengguna kini mungkin semakin faham realiti ekonomi negara. Contohnya, betapa mereka suatu masa dahulu hanya didedahkan dengan cerita Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bernas dan beberapa lagi tindakan campur tangan oleh agensi kerajaan ke dalam pasaran kononnya sebagai contoh amalan persaingan yang tidak sihat, rupa-rupanya terdapat puluhan mahupun ratusan monopoli nakal lagi di belakang sana yang disorok daripada pandangan umum yang kini bermaharajalela di atas tiket liberalisasi ekonomi.


MIC mungkin kena tendang keluar BN

  • Desas desus kuat mengatakan MIC mungkin dibuang sementara dari Barisan Nasional (BN) sehingga parti masyarakat India itu menyelesaikan kemelut kepimpinan yang ada sekarang.
  • Tanda-tanda MIC akan terkeluar dari BN semakin jelas apabila presidennya Datuk Seri G. Palanivel menolak cadangan BN untuk menubuhkan sekretariat khas bagi membantu MIC menjalankan proses pemilihan baharu parti bermula April depan.
  • Sebaliknya, beliau berkata, MIC mempunyai perlembagaan dan undang-undang parti yang membolehkan ahli-ahli parti sendiri menjalankan pemilihan tanpa campur tangan mana-mana pihak ketiga.
  • “Saya masih lagi terkejut bagaimana Timbalan saya, Datuk Seri Dr.S. Subramaniam boleh ‘senang-senang’ bersetuju dengan cadangan memberi kebenaran kepada komponen BN seperti UMNO, MCA dan Gerakan supaya menjalankan pemilihan parti MIC.
  • “Saya selaku Presiden parti menolak sekeras-kerasnya cadangan ini. Mungkin Subramaniam sanggup bertoleransi dengan perkara ini demi agenda beliau tetapi saya tidak akan sesekali berbuat demikian.
  • “Ini adalah parti kami, kami ada undang-undang dan perlembagaan sendiri, kami sendiri boleh jalankan pemilihan parti tanpa orang luar untuk mentadbir urus mahupun menjalankan pemilihan parti. Ini adalah satu penghinaan dan menjejaskan maruah serta integriti parti, saya tidak akan benarkan semua ini berlaku,” katanya.
  • Palanivel mengulas cadangan yang dibentangkan oleh mesyuarat peringkat tinggi BN yang mahu menubuhkan sekretariat khas bagi membantu MIC membuat pembersihan semua cawangan, bahagian serta menjalankan proses pemilihan semula parti mengikut perlembagaan MIC.
  • Sekretariat itu dicadang ditubuhkan secepat mungkin dan akan dipengerusikan Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis serta dianggotai parti komponen BN yang tidak berkaitan dengan kaum India seperti MCA dan Gerakan.
  • Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga Naib Presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.
  • Konflik parti bertambah hangat apabila Palanivel meminta ROS supaya menarik balik semua suratnya sebelum Selasa ini dengan mendakwa ia bercanggah dengan akta pertubuhan dan perlembagaan parti serta mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika tidak berbuat demikian.
  • Dalam pada itu, Palanivel juga telah membuat keputusan drastik untuk mencabar setiap keputusan ROS berhubung pemilihan parti itu pada tahun 2013 mengikut lunas undang-undang.
  • Dakwa Palanivel, ROS telah mencabul perlembagaan parti itu melalui beberapa keputusan termasuk yang terbaharu memberi kebenaran kepada CWC tahun 2009 yang telah dibubarkan, menguruskan perjalanan parti sehingga pemilihan semula beberapa jawatan selesai.
  • “Saya telah banyak bersabar selama ini, saya juga telah memberi masa kepada ROS sebelum ini tetapi nampaknya dengan pengumuman pagi tadi, maka tidak guna untuk saya tunggu jawapan daripada pihak ROS.
  • “Saya telah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan kes ini secepat mungkin, dalam perkara ini saya tidak boleh bertolak ansur lagi,” tegasnya.
  • Sementara itu, Subramaniam dalam kenyataan berlainan berkata, beliau menafikan telah memberi sebarang persetujuan kepada komponen BN yang lain untuk mentadbir urusan pemilihan parti seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
  • “Jawatankuasa interim 2009 boleh menjalankan pemilihan baharu parti tanpa menggunakan khid­mat komponen lain dalam BN. Saya tidak pernah memberi apa-apa persetujuan berhubung perkara ini,” ujarnya.
  • Pada masa sama, Subaramaniam turut menyalahkan Palanivel yang disifatkan beliau sebagai punca krisis MIC berpanjangan berikutan keputusannya memilih untuk berdiam diri berbanding mencari penyelesaian.
  • Menurut Subramaniam juga, tindakan Presiden MIC membawa ROS ke mahkamah juga hanya akan menyebabkan krisis berlanjutan dan sekali gus menyebabkan parti kaum India itu berada dalam keadaan tidak stabil.


Peniaga Cina melampau, dua bulan kena gasak baru nak turun harga

  • CILAKA sungguh perangai pemborong dan pembekal barangan keperluan harian di Malaysia. Bila harga minyak petrol naik, harga barangan melonjak naik serta merta dengan alasan petrol adalah keperluan utama perniagaan mereka.
  • Ironinya bila harga minyak petrol turun (1 Januari dan 1 Februari), mereka masih enggan menurunkan harga barangan dengan alasan petrol hanya keperluan kecil dalam aktiviti harian mereka.
  • Selepas dua bulan digasak pelbagai pihak termasuk melancarkan kempen memboikot produk yang dibekalkan oleh syarikat kaum Cina, barulah mereka bersetuju untuk menurunkan harga mulai 1 Mac ini.
  • Ketika kempen dilancarkan, peniaga Cina memaki hamun bangsa Melayu di media sosial dengan pelbagai bahasa pelik dan kesat sambil menuduh bangsa Melayu bersifat rasis kerana menindas peniaga Cina secara terbuka melalui kempen boikot.
  • Mereka ini spesis manusia yang tak sedar diri dan lupa dataran. Merekalah yang sebenarnya menindas masyarakat Malaysia yang majoritinya Melayu dengan menaikkan harga barangan sesuka hati dan tidak mahu menurunkan harga walaupun didesak.
  • Selepas terasa pedih dengan kempen boikot dari angsa Melayu, kini barulah program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan 1 Mac ini.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akhirnya muncul dengan kenyataan melegakan semua pihak, selepas beliau membisu selama dua bulan ketika isu ini sedang panas mengelegak.
  • Hassan memberitahu penurunan harga barangan secara besar-besaran itu dilakukan selepas perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat-syarikat, restoran, pasar besar, pemborong, peniaga, peruncit, pengeluar makanan dan minuman.
  • "Hasil perjumpaan ini, mereka telah bersetuju untuk turunkan harga barangan yang kita jangkakan kira-kira 10 hingga 20 peratus.
  • "Saya ucapkan terima kasih kepada peniaga yang respons kepada saranan kerajaan. Ini pada saya hasil daripada permuafakatan kita," katanya selepas merasmikan "Majlis Ikrar Integriti Korporat" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Maktab Koperasi Malaysia, di Petaling Jaya.
  • Hasan berkata antara pemain industri harga barangan yang akan turut serta dalam program itu ialah Mydin, Nestle, NSK, Aeon, Tesco dan beberapa lagi yang akan turut sama terlibat tidak lama lagi.
  • Menurutnya, usaha dan kerjasama ini diharap dapat membantu masyarakat memilih barangan yang murah dan berkualiti di samping tidak membeli barangan yang mahal.
  • Kesimpulan daripada apa yang berlaku sejak dua bulan lalu ialah peniaga, pemborong dan pembekal kalangan kaum Cina hanya akan tunduk kepada desakan bertalu-talu daripada kerajaan dan rakyat.
  • Lain kali jika berlaku senario seperti ini, NGO-NGO tak perlu tunggu sebulan atau dua bulan untuk melancarkan kempen boikot. Dua hari tak mahu turun harga, terus boikot tanpa mengira pasaraya atau penternak atau restoran.
  • Contohilah persatuan pengguna Jepun dan Korea. Peniaga cukup takut dengan persatuan ini. Setiap kali persatuan melancarkan kempen boikot, 90 peratus rakyat negara berkenaan benar-benar memboikot produk atau syarikat sasaran.
  • Hanya ini saja cara yang paling berkesan mengajar `lintah darat’ yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambilkira siatuasi semasa. Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu perlu tegas dalam segala hal berkaitan kepenggunaan kerana mereka adalah masyarakat majoriti.-- GRP 


Monday, 16 February 2015

Puak Anwar menyamar ISIS ugut letup Mahkamah Malaysia

  • (NEWSBREAK) Ekoran pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, parti pembangkang dengan kerjasama kumpulan solidariti, anti-establishment dan ekstrimis disyakki telah merancang pelbagai usaha untuk menggugat keselamatan negara.
  • Terbaru, sebuah video berdurasi 1:01 minit oleh sekumpulan empat orang pengguna YouTube (dipercayai puak Anwar) mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah dimuatnaik semalam.
  • Pengguna YouTube yang dikenali sebagai ‘ISIS Malaysia 69′ juga memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Februari 2015 pada jam 11.30 malam.
  • “Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi. Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.
  • Berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam turut memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.
  • “Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya dengan disusuli kata-kata cacian terhadap demokrasi.
  • Video tersebut telah dimuat naik di Youtube pada 15 Februari. Dalam keterangan video itu, empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.
  • Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh pejuang-pejuang di timur tengah.