Tuesday, 24 February 2015

Gabungan kerajaan UMNO PAS semakin dekat

  • Penyatuan Melayu Islam UMNO dan PAS mungkin menjadi kenyataan berikutan tekanan berterusan DAP ke atas parti sekongkolnya yang mahu menegakkan syiar Islam.
  • Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan UMNO dan BN bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.
  • Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.
  • "Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.
  • Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.
  • Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya."
  • Kenyataan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.
  • "Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada. Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana."
  • Rakyat semakin yakin dengan perpaduan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah sudi duduk bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Putrajaya bagi membincangkan soal masa depan Kelantan.
  • Namun PAS menolak khabar angin parti Islam itu akan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO.
  • Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya tidak akan bersama UMNO bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya UMNO akan membantu mereka melaksanakan hudud.
  • Katanya, perkara penggabungan bersama UMNO tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
  • ‎"Berdekad-dekad UMNO menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba UMNO betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
  • Katanya, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti. PAS ada 21 kerusi Parlimen, UMNO mempunyai 88 kerusi Parlimen. Jika bergabung, UMNO nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40?
  • Itu kata Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden PAS. Muktamar parti itu pada pertengahan tahun ini akan membuktikan bahawa pandangan beliau itu merupakan pandangan majority masyarakat PAS.
  • Apapun pandangan Tuan Ibrahim itu, rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu Islam melihat pintu kerjasama PAS UMNO masih belum tertutup lagi, malah sepatutnya diusahakan supaya berjaya kerana itu satu-satunya cara untuk menyelamatkan Islam daripada serangan golongan kafir yang berkumpul dan bersatu hati dalam DAP dan PKR.


PKR meroyan dengan road show liwat 2 Anwar

  • Enam tahun Saiful Bukhari Azlan menderita di mahkamah kerana disoalsiasat dengan kejam oleh barisan peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabit dengan kes liwat berprofil tinggi.
  • Sepanjang proses perbicaraan itu Saiful mematuhi semua prosedur mahkamah dan keterangannya didapati konsisten.
  • Malangnya dalam tempoh enam tahun perbicaraan itu, Anwar (bekas timbalan perdana menteri Malaysia) tidak mahu disoalsiasat oleh pendakwaraya sedangkan beliau wajib membela diri.
  • Rupanya beliau memilih untuk membela diri di luar mahkamah menerusi ceramah politik di bawah pokok dan demonstrasi jalanan. Enam tahun Anwar menabur fitnah di jalan raya mengenai konspirasi politik untuk menjatuhkannya.
  • Anwar yang dikatakan mahu menyuburkan keadilan rakyat, rupanya hanya mahu keadilan itu untuk dinikmati oleh diri dan keluarganya sendiri, justru itu beliau mencipta format keadilan bahawa rakyat merupakan mahkamah negara.
  • Anwar menggunakan hak dan keadilan mahkamah sivil yang sedia ada apabila dikutuk dan dihin dalam media arus perdana, tetapi beliau menolak keadilan mahkamah itu apabila orang lain membuat dakwaan terhadap dirinya.
  • Sesungguhnya keadilan yang dibawa oleh Anwar itu amat sesat, tetapi ramai ahli PKR suka `membutakan hati’ dan sanggup berdemonstrasi setiap hari untuk mendesak kerajaan supaya membebaskan seorang peliwat dari Penjara Sungai Buloh.
  • Ternyata rakyat sebenarnya terkeliru dan terpedaya dengan cerita-cerita yang dibawa oleh Anwar dan keluarganya sepanjang enam tahun lalu. Kesannya apabila mahkamah menjatuhi hukuman ke atas Anwar, penyokong PKR tidak dapat menerima keadilan mahkamah itu.
  • Lalu Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah tampil di tengah-tengah masyarakat untuk memberitahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam mahkamah tanpa menokok tambah sedikitpun selain menjelaskan fakta dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh rakyat pelbagai lapisan agama, bangsa dan tahap pendidikan.
  • Tiba-tiba PKR dan konco-konco meroyan dengan tindakan Shafee itu. Mereka mendakwa ia tidak adil kerana apa yang berlaku di dalam mahkamah mesti kekal dalam mahkamah dan tidak boleh diceritakan di tempat lain.
  • Undang-undang mana yang mengatakan fakta dan keputusan mahkamah berkaitan Anwar tidak boleh diketahui umum? Setiap hari keputusan mahkamah berkaitan jenayah dipaparkan dalam media cetak dan elektronik, tak kira ia membabitkan VVIP atau biasa-biasa.
  • Keluarga Anwar sebenarnya malu jika fakta keputusan mahkamah itu diulang-ulang kepada umum menerusi ceramah umum.
  • Tetapi mereka tidak pula malu untuk mengulang-ulang fitnah terhadap Perdana Menteri mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene dengan pembunuhan model Monggolia. Bagi pembangkang mengulangi fitnah akan menyebabkan rakyat percaya dan menjadikannya sebagai fakta.
  • Kini rakan sekongkol PKR sedang sibuk berusaha mengadakan teleconference dengan Sirul Azhar Umar yang sebelum ini dikatakan akan membuat satu pendedahan besar kepada media berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
  • Bagaimanapun sidang media itu gagal kerana dikatakan Sirul tidak berjaya dihubungi dan perkara ini disahkan dalam satu kenyataan media yang diadakan di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Menurut PAS proses menghubungi Sirul bagi bersiaran sidang telefon secara langsung dari Australia tidak berjaya walaupun dibuat lebih dari 15 kali.
  • Perbandingan kes liwat Anwar dan kes bunuh yang dilakukan oleh Sirul, jelas menunjukkan bahawa pembangkang hanya mahu mengulang tayang fitnah pembunuhan Altantuya, sebaliknya berusaha memesongkan fakta kes liwat Anwar.
  • Persoalannya apakah rakyat mahu melantik Perdana Menteri Malaysia di kalangan tokoh yang sudah dijatuhi hukuman atas kesalahan meliwat? Kepada PKR, berhentilah daripada bermimpi di siang hari. Kembalilah ke pangkuan UMNO kerana PAS akan menyeberang jambatan tidak lama lagi. 


Monday, 23 February 2015

DAP terus hina Islam seolah-olah minta `disembelih’

  • Sudah berulang kali DAP menghina Islam. Baru-baru ini Eric Paulsen mendakwa kononnya khutbah Jumaat yang disampaikan khatib dikatakan menanam sifat extrimis dan teks dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu disiasat.
  • Lepas itu timbul lagi satu provokasi hampir serupa dari pihak yang sama. Kali ini dakwaan Ketua Wanita DAP, Chong Eng yang mempersoalkan teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Khutbah tersebut didakwa kononnya menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita yang bertajuk ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’.
  • Amat pelik sekali, sejak bila pemimpin DAP begitu prihatin dengan khutbah-khutbah Jumaat? Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Atau sebenarnya pemimpin DAP risau melihatkan umat Islam boleh bersatu tanpa mengira fahaman politik dan duduk di bawah satu bumbung mendengar teks ucapan Khutbah yang sama.
  • Desakan kepada pihak JAIS dan masjid untuk membuat permohonan maaf bukan maksud sebenar yang mereka mahukan. Realiti sebenarnya mereka cuba menimbulkan provokasi dan berharap umat Islam melatah dan bangkit mempersoalkan mereka dengan cara kekerasan.
  • Ibarat membaling batu menyorok tangan dan berharap sebilangan umat Islam mencipta perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku seperti berhimpun di hadapan pejabat mereka, mengugut mereka secara individual dan paling diharapkan mereka adalah berlaku kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan agar ianya nanti dapat dimanipulasikan.
  • Matlamatnya adalah sama iaitu untuk melihat umat Islam pecah belah kerana sudah pasti bakal ada pihak berkepentingan dari Islam sendiri di sini akan cuba mempertahankan tindakan biadap DAP atas nama Pakatan. Akhirnya Islam akan terus terpecah kepada beberapa kelompok yang berlainan ideologi politik.
  • Melihatkan kepada gerakan kurang ajar yang dilaksanakan mereka, sudah pasti ia adalah satu perkara yang perlu diambil serius. Ini adalah salah satu bentuk ancaman kepada umat Islam di Malaysia.
  • Maka umat Islam hari ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana ancaman penghinaan daripada mereka seolah-olah cuba mengajak kita melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.
  • Umat Islam tidak perlu rasa bersalah apabila kita menghukum gerakan yang dilakukan oleh pemimpin DAP Cauvinis, sememangnya mereka seperti mencurah minyak ke dalam api.
  • Kejadian buruk sememangnya sesuatu yang tidak ingin kita saksikan berlaku. Namun sekiranya penghinaan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini secara berterusan, sudah pastinya akan wujud ketidakpuasan hati di kalangan orang yang dihina.
  • Setiap kali kenyataan yang menghina sesiapa sahaja, tindakbalas daripada pihak yang dihina mesti ada. Sejauh mana tindakan diambil, ianya bergantung kepada sejauh mana penghinaan itu dirasai.
  • Setiap kita ada tanggungjawab menjaga sensitiviti dan kebanyakan rakyat Malaysia faham akan landasan menghormati sempadan agama. Namun ahli politik hari ini tidak mempedulikan perkara ini kerana sasaran mereka hanya mahu mencari kemenangan dalam Pilihanraya.
  • Sekiranya harga yang terlalu mahal mungkin diperlukan untuk mengajar mereka yang sengaja mahukan tindakan extreme, tidak ada salahnya. - Mohd Razlan Muhammad Rafii

Golongan ulama Pas bakal kena zip

  • Sudah pasti banyak pihak tertarik apabila Multaqa Ulama SeMalaysia II anjuran Dewan Ulama Pas menyaksikan kelantangan penyokong golongan itu melakukan `serangan’ ke atas golongan bukan ulama dalam parti tersebut.
  • Malah ada desakan supaya beberapa pemimpin dipecat kerana dituduh dalang gerakan menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehari sebelum multaqa berlangsung Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd.Khairuddin Aman Razali mengakui wujud cubaan untuk mensabotaj, merungkai dan mempertikaikan kepemimpinan ulama yang selama ini menjadi teras kekuatan parti tersebut.
  • Berdasarkan apa yang berlaku sememangnya tidak boleh dapat dinafikan ada semangat berkobar-kobar dalam kalangan ulama Pas dan penyokong mereka untuk ‘membersihkan’ parti itu daripada golongan pemimpin yang lebih ‘berkiblatkan’ pemimpin pakatan pembangkang.
  • Tetapi persoalan apa yang golongan ulama boleh buat? Golongan itu tidak mempunyai kekuatan politik dalam Pas bagi membolehkan mereka menentang habis-habisan pemimpin yang cuba merungkai kepimpinan ulama dalam parti tersebut.
  • Pemimpin-pemimpin daripada golongan ulama boleh bersuara atau membuat desakan apa sahaja tetapi apakah kesudahannya? Untuk mengambil tindakan atau mengukuhkan kembali kekuatan golongan itu dalam Pas mereka memerlukan pengaruh dan penguasaan politik. Malangnya, golongan ulama sudah tidak mempunyai kekuatan tersebut.
  • Walaupun jawatan Presiden dikuasai oleh golongan ulama dan Pas mempunyai Majlis Syura Ulama serta Dewan Ulama tetapi dalam senario politik terkini, mereka tidak memiliki keupayaan bagi menghalang gerakan menamatkan kepimpinan ulama dalam Pas.
  • Penguasaan golongan bukan ulama dalam Pas kini begitu hebat sekali sehinggakan mereka berupaya menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam parti sendiri biarpun ditentang dan dibantah oleh golongan ulama.
  • Golongan bukan ulama juga sanggup memperlekeh dan me­rendah-rendahkan pemimpin mereka sendiri, bukan lagi secara sembunyi-sembunyi tetapi terbuka. Dalam membuat kenyataan mereka langsung tidak memikirkan maruah atau martabat pemimpin utama mereka.
  • Sikap itu menyebabkan kepimpinan Pas yang diterajui oleh Abdul Hadi dilihat tidak bermaya dan di mana-mana sahaja orang mula bercakap bagaimana era kepimpinan ulama dalam Pas kini sedang menuju penghujungnya.
  • Gelombang atau arus untuk memastikan golongan ulama sekadar ‘penghias organisasi’ sudah semakin kuat bergerak dalam Pas. Mereka hanya menanti masa sahaja untuk merealisasikan impian yang selama ini sudah terpendam sekian lama dan ia dijangka sampai kemuncaknya pada pemilihan parti Jun nanti.
  • Golongan ulama hanya boleh memberi amaran, mengecam dan membidas tetapi itu tidak akan mampu menahan arus yang bergerak bagi menghumban mereka daripada tampuk kekuasaan dalam Pas.
  • Harapan terakhir golongan ulama ialah ahli-ahli Pas yang akan membuat penentuan barisan ke­pimpinan tidak lama lagi. Hanya kelompok itu sahaja yang mampu menghalang golongan ulama tersingkir.
  • Namun dalam masa sama, semua pihak memahami pertarungan dalam Pas kali ini bukanlah pertarungan biasa sebaliknya pertarungan luar biasa, pertarungan yang akan menentukan untung nasib golongan ulama dalam parti tersebut.
  • Sudah pasti dari semasa ke semasa menjelang pemilihan pada Jun nanti, beberapa pemimpin yang cuba menunjukkan ‘lakonan politik’ mereka kononnya mereka akan tetap mempertahankan kepimpinan ulama.
  • Mereka akan berhujah sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, mereka akan sentiasa menjaga tataterib sebagai ahli jamaah sebuah pergerakan Islam.
  • Tetapi semua itu hanyalah ‘sandiwara politik’ yang sebahagian besar daripada mereka sudah belajar sejak tahun 1998 lagi daripada ‘sifu-sifu’ mereka dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
  • Berikutan itu, pelbagai pihak menanti apakah langkah politik yang hendak dilakukan oleh pe­mimpin daripada golongan ulama bagi memastikan mereka tidak kehilangan kuasa dalam Pas.
  • Sebelum ini, Majlis Syura Ulama yang sebelum ini dianggap sebagai badan tertinggi untuk dirujuk bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas ‘sudah berjaya’ dineutralkan. Majlis tersebut kini seolah-olah hanya tinggal nama sahaja, tiada apa-apa kuasa atau kekuatan lagi.
  • Selain itu, sebelum ini juga seruan, desakan dan cadangan Dewan Ulama pula dalam muktamar mereka hanya sekadar menjadi minit mesyuarat sahaja. Golongan tersebut tidak berupaya untuk merealisasikan dalam bentuk tindakan. Keadaan itu berlaku kerana ulama sudah semakin terhakis kekuatan politik mereka?
  • Hakikat itu tidak boleh dinafikan dan ia akan menjadi lebih ketara jika golongan ulama tidak melakukan sesuatu untuk mengembalikan penguasaan mereka dalam Pas.
  • Kesimpulannya, kita menanti apakah kesudahannya kemelut politik dalam Pas tetapi apa yang pasti dalam situasi terkini telah ada tanda-tanda golongan ulama bakal dilayan ‘lepas madu sepah dibuang’ atau lebih tepat lagi sebuah kita al-Quran buruk, hendak baca tidak boleh, hendak buang takut berdosa, akhirnya ‘disimpan juga sebagai perhiasan’. – Zulkiflee Bakar


Kerajaan perlu gempur `mafia Cina' yang kawal harga

  • Wajar jika kita katakan kartel Cina di Malaysia tidak pernah ada rasa tanggungjawab untuk menyeimbangkan harga produk dengan situasi semasa.
  • Bila berlaku kenaikan harga petrol, berlumba-lumba mereka menaikkan harga, tapi bila harga petrol turun, mereka enggan menurunkan harga dengan memberi pelbagai alasan.
  • Kita harapkan program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara pada 1 Mac ini benar-benar memberi impak kepada pengguna. Sama ada suka atau tidak, kedatangan 1 April ini akan menjelaskan segala-galanya apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan. Ketika ini masih ada persepsi akan berlaku kenaikan harga apabila GST diperkenalkan.
  • Pastikan tidak berlaku pencatutan. Untuk itu, harapan begitu tinggi diletakkan kepada kerajaan dan kementerian berkaitan bagi memastikan tidak berlaku kegiatan pencatutan atau dalam bahasa Inggerisnya profiteering iaitu pengambilan keuntungan tinggi yang tidak munasabah.
  • Jika pada 1 Mac ini masih tiada impak ke atas penurunan harga barang, seharusnya pihak berwajib mengambil tindakan serius terhadap 'tangan-tangan ghaib' atau kartel yang terdiri daripada pengeluar dan pemborong yang menjadi faktor penentu harga barangan di pasaran.
  • Jika satu ketika dulu pesalah 'komplot sorok' dikenakan tindakan tegas kerana mahu memanipulasi harga barangan, inilah masa terbaik untuk penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggempur 'mafia' yang mengawal pasaran mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, selain Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.
  • Jika perlu, tarik atau gantung lesen perniagaan pengeluar atau pemborong bagi menunjukkan kerajaan masih berkuasa mengawal mereka. Tiada gunanya kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas penjual di pasar, sedangkan pengeluar dan pemborong yang sebenarnya mengawal harga barang dibiarkan bermaharajalela umpama lintah darat.
  • Semua mata kini tertumpu kepada tindakan penguatkuasaan oleh penguat kuasa KPDNKK, apatah lagi dengan program penurunan harga besar-besaran yang diharapkan bukan sekadar publisiti bagi menenangkan masyarakat untuk sementara waktu, sebaliknya satu pelan proaktif yang boleh membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga barang secara keseluruhan.
  • Cukuplah dengan gimik harga runtuh ketika musim perayaan atau musim sesi persekolahan dibuka yang dilaksanakan oleh pasar raya yang dilihat indah khabar dari rupa. Seperti kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pada pelancaran Operasi Antipencatutan Bagi Menghadapi Pelaksanaan GST pada 14 Januari lalu, akta dan peraturan yang telah dipinda dan digubal dengan sistematik perlu disusuli dengan penguatkuasaan yang strategik.
  • Pengguna sewajarnya memperlihatkan kuasa 'beli' mereka dengan memberi sokongan kepada kempen oleh beberapa organisasi seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Doktor Islam Malaysia, CUEPACS, Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia serta memilih pasar raya besar seperti Mydin, Tesco dan Hero yang menyatakan komitmen untuk mengurangkan harga barang.


KETUA MENTERI PULAU PINANG MENYALAHGUNA KUASA.

  • Kereta Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat melanggar undang-undang trafik apabila kereta tersebut PG1 diletakkan di kawasan garisan kuning serta menghalang paip bomba. Kereta tersebut dilihat di King Street berhampiran Esplanade pada kira kira pukul 1.50pm hari ini.
  • Pada kebiasaan pegawai penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang bertindak cepat untuk menyaman kereta kereta yang melanggar undang undang lalulintas di Pulau Pinang. Hairan pula apabila kereta Ketua Menteri tidak pula di saman.
  • Adakah sebagai seorang Ketua Menteri, Lim Guan Eng adalah kebal dari undang undang?. Adakah sebagai seorang Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak tahu ianya menjadi satu kesalahan meletakkan kereta di garisan kuning dan menghalang paip bomba?
  • Adakah sebagai seorang Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak peduli keselamatan dan nyawa yang mungkin melayang akibat kebakaran?
  • Bagi seorang yang kerap mengkritik kerajaan menyalahgunakan undang undang, Lim Guan Eng telah membuktikan beliaulah yang suka melakukan perkara sedemikian.
  • Ini baru sebagai Ketua Menteri, entah apalah yang akan beliau lakukan jika dapat menjadi Perdana Menteri. Tidak mustahil jika beliau menjadi Perdana Menteri, Malaysia berubah menjadi sebuah negara komunis.
  • Rakyat harus sedar seorang yang berperangai sedemkian tidak layak menjadi pemimpin dan harus di tentang habis habisan.

Wednesday, 18 February 2015

Abim tolak `road show liwat’ kerana sayangkan Anwar

  • Sudah diduga Angkatan Belia Islam (Abim) pasti membantah cadangan Pemuda UMNO yang mahu mengadakan `road show' bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menerangkan kes `Liwat II' Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ini kerana Abim sememangnya selama ini taksub dengan Anwar terutama ketika pesalah liwat itu menerajui pertubuhan belia berkenaan dan kemudiannya disarungkan baju UMNO dan diangkat menjadi Timbalan Perdana Malaysia.
  • Apa saja yang terpacul dari bibir peliwat itu diterima bulat-bulat oleh pemimpin dan ahli Abim. Apa saja `road show' yang disertai Anwar ketika berada di barisan pembangkang (antaranya Black Out 505, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 begitu disenangi dan secara terbuka disertai oleh pejuang-pejuang Abim.
  • Tetapi apabila Pemuda UMNO mahu membuat `road show' mengenai `kes liwat 2 Anwar' yang diputuskan oleh mahkamah baru-baru ini, Abim tiba-tiba melenting dan tidak bersetuju dengan `road show' itu dengan alasan ia akan menjejaskan kredibiliti sistem kehakiman negara.
  • Abim juga mendakwa hasrat Pemuda Umno itu merupakan satu tindakan amat sempit dan membahayakan masa depan negara.
  • Walaupun Abim menghormati Khairy Jamaludin sebagai seorang pemimpin Pemuda UMNO yang bijak, berkaliber dan berfikiran terbuka, tetapi pertubuhan belia itu tidak bersetuju dengan `road show' itu kerana langkah itu merupakan satu “perbicaraan di luar mahkamah” yang akan mengundang "ulasan-ulasan liar."
  • "Jika Pemuda Umno memulakannya, sudah tentu nanti ada pihak lain yang akan bangkit menjawab dan melakukan majlis yang serupa. Perkara ini secara jelas berupaya menjejaskan kredibiliti sistem kehakiman negara.
  • "Perbicaraan di luar mahkamah akan berlangsung secara liar, tanpa etika dan keterlaluan. Mungkin akan berlaku tambahan-tambahan fakta secara semberono dan mengelirukan masyarakat," dakwa Abim.
  • Sehubungan itu Abim mendesak Pemuda UMNO supaya lebih peka dengan perkembangan kelompok yang mula muak dan hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara.
  • Sambil membawa contoh dangkal Abim mendakwa "Ini terbukti apabila sebuah video dimuat naik baru-baru ini dengan ugutan mahu memusnahkan mahkamah”
  • Penulis ingin bertanya kepada Abim, apakah semua `road show' yang disertai Anwar sejak peliwat itu menyertai kelab pembangkang merupakan road show yang wajar? Kebenaran apa yang dibawa oleh Anwar dalam semua road shownya selepas gagal dalam setiap pilihan raya? Hakikatnya semua yang dibawa dalam road show itu merupakan fitnah untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan lalu berusaha menjatuhkan kerajaan menerusi demonstrasi di jalan raya. 
  • Atas nasihat perunding dari Barat, Anwar dan konco-konco mencipta undang-undang rimba di atas jalan raya selepas pakatan pembangkang gagal menakluk Malaysia melalui pilihan raya yang sah. Apakah Abim mahu terus bersekongkol road show sebegini'?
  • Sekali lagi penulis ingin bertanya kepada Abim, bukankah Anwar yang mereka puja selama ini yang membawa `kes perbicaraan ke luar mahkamah' kerana beliau sendiri sudah tidak percaya dengan sistem mahkamah?
  • Di tepi jalan, padang bola dan tepi jambatan, Anwar menghasut semua orang di Malaysia supaya tidak mempercayai mahkamah semata-mata kerana beliau tidak menikmati pengadilan sebagaimana yang beliau inginkan.
  • Apa hak peliwat untuk menuduh sistem mahkamah tidak betul sedangkan ratusan kes jenayah, sivil dan syariah diadili dengan teratur dan profesional setiap hari. Hanya kes beliau saja yang beliau sifatkan tidak adil dan lantaran itu keseluruhan sistem perundangan dan kehakiman dituduh rosak.
  • Wahai pejuang-pejuang Abim, bukalah mata, telinga dan hati masing-masing. Anwar hanya seorang manusia biasa yang diberi peluang menggunakan kemudahan mahkamah untuk membela dan menyaman.
  • Beliau tidak mahu diadil di mahkamah , sebab itu beliau membisau selama 6 tahun di dalam mahkamah, sebaliknya beliau lantang bersuara di padang bola, tepi jambatan dan jalan raya dengan membawa kes perbicaraannya di luar mahkamah. 
  • Tindakan Abim yang menyokong dan menyertai kebanyakan road shows Anwar sambil menghina dan menolak sistem perundangan negara merupakan perbuatan yang tidak bermoral. Kini Abim mahu pihak lain menghentikan road show berkaitan kes liwat Anwar dengan alasan itu boleh mencalar imej sistem kehakiman. Wayang apakah yang Abim sedang putarkan sekarang?
  • Liwat merupakan jenayah sivil dan syariah. Adapun road show liwat Anwar bertujuan untuk menjelaskan kepada orang ramai yang tidak faham dengan isi kandungan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan yang disifatkan sebagai terlalu teknikal.
  • Amat sukar bagi petani dan nelayan untuk memahami kandungan sebegitu ilmiah tetapi mereka mahu faham sepenuhnya. Jika tidak dijelaskan dengan tepat, maka jerung-jerung dari parti pro Anwar akan datang ke kampong untuk menipu isi kandungan mahkamah itu.
  • Puak Anwar dari PKR dan DAP sudah pasti bergerak di luar bandar sekarang ini untuk menghasut kepada rakyat bahawa hukuman terhadap peliwat itu tidak adil dan Anwar tidak bersalah di mata Anwar dan puak-puaknya.
  • Inilah sebabnya mengapa Pemuda UMNO perlua mengadakan road show bagi menjelaskan keadaan sebenarnya dengan bahasa paling mudah difahami untuk penduduk luar bandar yang rata-rata tidak berpendidikan tinggi.
  • Bezanya road show Pemuda UMNO dan pendakwa raya ialah menjelaskan fakta, manakala road show yang dijalankan oleh PKR, DAP dan konco-konco Anwar sekarang ialah menghasut dan memutar belitkan kandungan fakta mahkamah.
  • Maka pemimpin dan pejuang Abim tidak perlulah memperbodohkan diri dengan menolak pihak yang mahu menjelaskan fakta, semata-mata kerana mata, telinga dan hati mereka sudah tersemat nama peliwat kegemaran mereka untuk selama-lamanya. -- GRP