- Sejak sistem perkhidmatan prabayar (prepaid) diperkenalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telco), pembelian kredit prabayar (prepaid top-up credit) oleh pengguna dikenakan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%. Cukai ini dibayar oleh syarikat telco dan tidak dikenakan kepada pengguna.
- Dengan perlaksanaan cukai GST, syarikat telco boleh mengenakan GST kepada pengguna atas pembelian prepaid top-up kerana undang-undang tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mendakwa bahawa ia menanggung GST bagi pihak pembeli atau pengguna.
- Namun, syarikat telco mampu menstruktur semula harga atau pakej perkhidmatan mereka agar pengguna tetap menikmati nilai perkhidmatan yang sama pada harga yang sama walaupun setelah cukai GST dikenakan.
- Sebagai contoh: Prepaid topup boleh dijual pada harga RM100 termasuk GST, iaitu harga topup RM94.35 + 6% GST = RM100
- Jika dengan topup RM100 sekarang ini membolehkan pengguna membuat 1,000 minit panggilan/1,000 SMS, telco boleh menstruktur pakej agar RM94.35 tetap memberikan nilai perkhidmatan yang sama seperti sekarang (sebelum perlaksanaan GST). Khabarnya, ada beberapa telco yang sedang mempertimbangkan perkara ini.
- Dalam industri perkhidmatan prabayar yang sengit ini, syarikat telco tentunya tidak akan sanggup kehilangan pelanggan dengan jumlah yang besar semata-mata kerana ingin mengelak dari beban cukai.
- Jika sebuah telco mengenakan harga yang tinggi, pengguna berhak beralih kepada telco yang menawarkan pakej yang lebih menarik.
- Untuk kekal kompetitif, telco harus menstruktur strategi pemasaran mereka agar sekurang-kurangnya dapat mengekal, jika tidak menambah peratusan pegangan pasaran. Ini kerana pelanggan dengan begitu mudah boleh menukarkan sewaan talian komunikasi kepada syarikat telco yang lain tanpa mengubah nombor telefon yang mereka pakai sekarang.
Thursday, 5 March 2015
BenarkahTopUp akan dikenakan GST
Gempar penyebaran agama Kristian secara terbuka
- Baru-baru ini seorang hamba Allah dari Batu Berendam Melaka telah membuat laporan polis mengenai kehadiran dua lelaki Inggeris di sebuah kedai makan di Taman Merdeka dan cuba menyebarkan ajaran Kristian secara terbuka kepada pemilik kedai berkenaan.
- Apabila ditanya, kedua-dua lelaki Inggeris itu berkata mereka adalah mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat yang ditugaskan menyebarkan ajaran itu kepada rakyat Malaysia. Mereka juga mendakwa usaha mereka itu telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada kerajaan Malaysia menerusi Gereja Khatolik.
- Tanpa segan silu kedua-dua mubaligh Kristian itu bertanya kepada beberapa mangsa di sekitar Taman Merdeka (kebanyakannya umat Islam) apakah agama dan buku-buku rujukan yang digunakan.
- Sambil itu kedua-dua lelaki Inggeris itu cuba menyuntik ajaran Kristian kepada orang ramai termasuk umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai hujah dengan menggunakan beberapa buah buku sebagai rujukan.
- Ketika ditanya siapakah yang menaja kegiatan mereka itu, kedua-dua lelaki Inggeris itu menjawab mereka dibayar gaji oleh agensi Kristian dari Amerika Syarikat dan Kanada.
- Persoalannya di sini ialah bagaimanakah mereka mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia? Pastinya mereka menipu orang ramai kerana kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mubaligh Kristian menyebarkan agama secara terbuka.
- Situasi yang berlaku di Melaka itu mengejutkan orang ramai dan kerajaan perlu segera menangani perbuatan itu sebelum ia menjadi lebih parah.
- Hal sebegini bukannya baru. Malah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah mendedahkan kegiatan penyebaran Kristian di Malaysia lebih 10 tahun lalu. Beliau pernah memberi anggaran angka murtad melebihi 250,000 orang tetapi tidak ramai mahu percaya.
- Apa yang berlaku di Melaka hanya sedikit daripada kegiatan Kristian yang secara kebetulan dikesan orang awan.
- Di ibukota Kuala Lumpur, kegiatan memurtadkan umat Islam telah dilaporkan berlaku di beberapa lokasi seperti Dayabumi, Kotaraya, Bukit Bintang dan beberapa pasaraya terkemuka. Di samping itu mubaligh Kristian juga memujuk umat Islam yang sedang berpoya-poya di kelab malam.
- Paling ketara ialah kehadiran mubaligh Kristian di kawasan gelandangan dengan memberi wang tunai dan makanan kepada mereka. Selepas itu gelandangan akan dibawa ke gereja untuk dimurtadkan dan diberi elaun tetap.
- Lebih menyedihkan, ada mubaligh Kristian berada di beberapa hospital kerajaan dengan melawat warga emas yang tidak ada keluarga mengunjungi. Mubaligh akan mententeramkan jiwa pesakit dan memberi pelbagai hadiah termasuk wang tunai.
- Selepas rawatan, pesakit itu akan dibawa ke gereja untuk dimurtadkan. Tiada siapa percaya cerita ini walaupun ia keluar dari mulut Mufti Besar Perak.
PR butakan hati rakyat mahu banduan bersidang di Parlimen
- Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hormati keputusan badan kehakiman negara sebelum bertindak membuat permohonan untuk hadir ke sidang Parlimen semasa beliau masih dalam tahanan dan sedang dalam menjalani hukuman.
- Meskipun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan pengumuman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh memandangkan keputusan petisyen Diraja belum dibuat, ianya tidak bermakna Parlimen wajib memberikan sebarang kelonggaran kepada beliau.
- Anwar tidak mempunyai sebarang asas atau kriteria khas untuk diberi keizinan menghadiri persidangan Parlimen dan beliau harus berada di penjara seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kes beliau.
- Petisyen permohonan pengampunan Agong masih belum ada keputusannya oleh Lembaga Pengampunan. Anwar hanya boleh menghadirkan diri ke Parlimen sekiranya diberikan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.
- Pada masa yang sama, semasa Mahkamah Persekutuan memutuskan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar, mahkamah juga tidak memaklumkan atau memutuskan bahawa beliau boleh hadir ke Parlimen semasa persidangan parlimen.
- Intipati kandungan surat Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar yang menolak permohonan Ketua Pembangkang itu dari menghadiri sidang Dewan Rakyat amat jelas di mata perundangan dan difahami segenap lapisan rakyat.
- Ekoran penolakan itu, puak pembangkang naik angin dan mula mempersoalkan keputusan Ketua Pengarah Penjara. Pelbagai alasan dicipta untuk menghasut rakyat supaya membenci institusi penjara dan kerajaan Malaysia.
- Wal hal sudah jelas bahawa mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
- Apa yang jelas ialah rakyat seperti dipaksa supaya akur dengan peraturan pembangkang. Biasanya mereka yang tahu undang-undang akan lebih menghormati peraturan. Perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak terpakai kepada barisan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
- Mereka hanya mahu pihak berkuasa yakni kerajaan menghormati hak mereka yang didakwa ‘rakyat’ sedangkan mereka pula bermaharajalela berbuat apa sahaja termasuk melanggar segala peraturan negara yang dibuat dan dilaksanakan demi aspek keselamatan jutaan penduduk.
- Bilamana Jabatan Penjara menolak permohonan Anwar untuk menghadiri sidang Parlimen Isnin depan, keputusan itu disifatkan peguam pembangkang sebagai menyalahi undang-undang malah didakwa dibuat secara sewenang-wenangnya.
- “Amat memeranjatkan kerana ia ditolak mentah-mentah tanpa alasan. Penolakan ini benar-benar tidak boleh diterima dan ia dilihat menjadi penghalang kepada fungsi Dewan Rakyat. Anwar adalah pemimpin Parlimen yang sah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan pemimpin pembangkang dari segi undang-undang dan Perlembagaan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam sistem demokrasi berparlimen,” kata kenyataan peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya.
- Hakikatnya, bukan mereka tidak sedar bahawa seorang banduan kehilangan segala hak yang dinikmati di luar dinding empat tembok batu tidak kira siapa dia mahupun jutaan pengikutnya.
- Sebagai pakar undang-undang, mereka tentu maklum bahawa Anwar tetap seorang banduan selagi Lembaga Pengampunan belum membuat sebarang keputusan.
- Bagaimana pula dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tetap berkeras mahu meneruskan perhimpunan #KitaLawan di depan pusat beli-belah Sogo Sabtu, 7 Mac ini.
- Polis sudah mengisytiharkan ia perhimpunan haram kerana penganjur tidak “mengikut prosedur” dalam memohon permit untuk mengadakan perhimpunan.
- Penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti disyaratkan di bawah Akta Perhimpunan Aman malah penganjur juga menolak cadangan memindahkan perhimpunan itu ke sebuah stadium.
- Polis terpaksa bertindak demikian susulan enam laporan berhubung perhimpunan #KitaLawan 28 Februari lalu yang mengganggu urusan perniagaan harian syarikat beli belah Sogo dan sebuah restoran segera mengenai bunyi bising yang dicetuskan.
- Nyatanya, penolakan itu dibuat kerana penganjur tidak mematuhi undang-undang serta kerana pihak berkuasa mahu urusan harian perniagaan lancar dan bukan kerana sebab lain.
- “Polis tidak ada hak untuk meminta supaya berpindah tempat dan kedua, tidak ada keperluan memohon permit. Tidak ada isu dengan polis dan perhimpunan itu dijangka diteruskan,” kata Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, sekaligus jelas bagaimana pembangkang langsung tidak menghormati udang-undang negara.
- Dalam erti kata mudah, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu mereka harus dihormati dan dibenarkan berbuat apa sahaja kerana jika tidak, pembangkang akan memberitahu seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia telah mencabuli hak rakyat.
- Apa sahaja tindakan terhadap mereka akan dikatakan pencabulan hak asasi rakyat, sedangkan mereka pula secara sengaja melanggar undang-undang yang dibuat serta dilaksana untuk kemakmuran rakyat.
- Jadi di mana keadilan yang diperjuangkan peguam-peguam pakatan pembangkang, adakah semata-mata untuk penyokong pembangkang yang tidak seberapa kerat atau seluruh masyarakat Malaysia yang semakin muak tipu helah mereka. Penghormatan itu harus diperolehi bukannya dibeli mahupun dipaksakan.
Tuesday, 3 March 2015
PAS pecah lepas muktamar
- Ramai menjangkakan PAS akan berpecah selepas muktamar pada 1 Jun depan walau pucuk pimpinan menafikannya. Antara pihak yang membuat ramalan itu ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
- Ramalannya itu dibuat selepas membuat kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti.
- "Sebagai contoh, isu menteri besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam PAS sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.
- "Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baru iaitu PasMa," katanya.
- Mohd Zuhdi menyifatkan NGO PasMa sebagai "duri dalam daging" dalam PAS sementara golongan ulama dan profesional dalam parti itu bukan merupakan ancaman kepada perpecahan dalaman.
- Beliau juga mendakwa PasMa sedang berusaha menguasai PAS dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan ia akan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.
- Jika PasMa gagal merebut kuasa, kumpulan NGO itu menjadi parti politik bagi menggantikan PAS.
- "Mereka (PasMa) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding PAS dalam isu melibatkan soal agama kerana PasMa dilihat lebih bertolak ansur berbanding kami (PAS) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam.
- "Jika mereka (PasMa) tidak berjaya, saya jangka PasMa akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan," katanya lagi.
- Namun pada masa kini, kebanyakan kenyataan di antara Pas dan PasMa boleh dikatakan belum `membunuh’ di antara satu sama lain.
- Mereka cuba menyembunyikan perselisihan faham yang kritikal itu. Sedangkan di peringkat akar umbi, pergerakan PasMa dikatakan sangat hebat.
- Kebangkitan kuasa baru PasMa kebanyakannya dianggotai oleh anak muda dan golongan profesional.
- Anak muda pro PasMa menganggap cara perjuangan Pas terlalu lembut dan sudah tidak lagi relevan. Mereka tertarik dengan cara PasMa yang agak keras dan sanggup buat apa saja demi mengalahkan lawan mereka.
- Perselisihan antara Pas dan PasMa di peringkat akar umbi begitu ketara hingga bantuan kemanusiaan dari Pas negeri lain yang dihatar ke Kelantan untuk menangani banjir baru-baru ni, telah disekat oleh sekumpulan orang PasMa, kononnya mereka akan membantu Pas negeri berkenaan mengagihkan barang pada mangsa banjir.
- Memang PasMa mengagihkan barang bantuan tersebut pada mangsa banjir, namun mereka hanya memberikan barang bantuan tersebut pada kumpulan mereka sahaja dan mengakui barang bantuan tersebut kepunyaan PasMa.
- Ada satu kejadian di mana, kumpulan PasMa ini turun untuk menghantar barangan bantuan, tapi bila disedari kampung yang mereka singgah tiada kumpulan PasMa, mereka menyerahkan semua barangan tersebut kepada JKKKP.
- Mereka sanggup tidak memberikan barang bantuan pada ahli Pas pro Ulamak, dan menyerahkan semuanya pada JKKKP (sudah tentu orang UMNO).
- Begitu dahsyatnya perselisihan di antara dua kumpulan Pas yang kononnya di depan media mereka tiada masalah. Tapi dibelakang media, kebencian diantara mereka lebih dari mereka membenci UMNO.
- Jika dilihat pada kejadian itu, apakah kita masih boleh menganggap pemilihan dalam Muktamar Pas pada tahun ini, kerusi presiden Pas tidak akan dicabar oleh sesiapa dari PasMa?
17 pekara Melayu perlu tahu tentang DAP
Yahya Ismail menulis. Ini bukan fitnah tapi fakta. Orang
Melayu perlu tahu siapa kawan, siapa lawan dlm politik Malaysia. Jangan jadi
seperti kambing, lembu dan kerbau bodoh mengikut tiupan nafiri DAP yang cuba
memperbodohkan Melayu supaya menjadi keldai mereka.
- DAP lahir dari PAP Singapura waktu PAP disepak dari Msia pada tahun 1965.
- Lim Kit Siang pernah jadi Setiausaha Agung PAP (Lee Kuan Yew) waktu Singapura dalam Malaysia. Lee Kuan Yew yang memberi idea kepada Lim Kit Siang untuk teruskan perjuangan PAP yang pro Cina di Malaysia melalui DAP.
- DAP ikut telunjuk PAP Singapura mengamalkan politik sosialis kononnya tapi pekat cauvinis Cina sebenarnya.
- Falsafah perjuangan Malaysian Malaysia yang dicetuskan PAP pra 1965 dan disambung oleh DAP sampai sekarang.
- Dasar utama Malaysian Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura yang memberi kuasa penuh kepada bangsa Cina.
- DAP tanam semangat anti Melayu, anti kuasa politik Melayu, anti hak keistimewaan Melayu, anti Raja-Raja Melayu, pluralisme dalam agama, dimana Islam bukan lagi agama rasmi negara yang tunggal, penggunaan berbagai bahasa dan hak sama rata dalam semua bidang kehidupan masyarakat dan kerajaan.
- Sebahagian besar ahli DAP, MCA, Gerakan dan MIC bukan Melayu lainnya yang berusia lebih dari 57 tahun (tarikh kemerdekaan negara) mendapat kerakyatan jus soli dengan mudah walaupun mereka tak tahu berbahasa Melayu, adat resam Melayu. Juga diberi kerakyatan secara percuma kepada Cina, India dan bangsa-bangsa asing termasuk para penjenayah juga. Inilah semangat toleransi pemimpin2 UMNO yang menyerahkan hak kerakyatan mudah kepada bangsa-bangsa pendatang.
- Beberapa orang pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang, pernah ditahan dibawah ISA dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Bayangkan, 12 tahun selepas mendapat kerakyatan dengan mudah, kaum Cina khasnya dan India amnya sudah menentang kuasa politik Melayu.
- Agenda DAP menguasai kerajaan-kerajaan negeri yang maju di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia kerana disini kebanyakan penduduk di bandar adalah orang Cina. Sasarannya menguasai P. Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. DAP berjaya tendang BN di P.Pinang pada PRU 12 dan berkuasa hingga sekarang. Perak jatuh ke tangan DAP malangnya tak ada adun Melayu dalam DAP. MB Perak mesti seorang Melayu beragama Islam. Maka adun Pas dipilih untuk jadi keldai DAP. Dalam masa singkat (10 bulan) MB Pas telah bermurah hati memberi hak milik tanah Kampung Baru yang didiami orang Cina selama 999 tahun - suatu tindakan paling bodoh dari pihak Pas. Walaupun MB dari Pas namun yang berkuasa dikatakan exco DAP yang dikatakan anti Melayu, anti Islam itu.
- DAP berjaya menguasai P.Pinang dan mendapat banyak kerusi Parlimen dan DUN di pelbagai negeri dalam PRU 12 dan PRU 13 kerana perpecahan di kalangan Melayu akibat mainan politik kotor Anwar Ibrahim. Perpecahan Melayu menyebabkan DAP naik tocang dan paling berkuasa sebagai pembangkang hari ini.
- DAP menjadikan P. Pinang sebagai kubu kuatnya seperti mana PAP menguasai Singapura. Majoriti penduduk kaum Cina dan mudah bagi DAP melaksanakan berbagai dasar politik-ekonomi-endidikan- sosial-agama dan lain-lain yang mengutamakan kaum Cina. Apa yang dilakukan di Singapura akan diikuti oleh DAP di P. Pinang.
- Perlulah diingat sebahagian besar pimpinan DAP adalah Kristian. Barangkali ada agenda kristianisasi Malaysia melalui berbagai muslihat "dakwah" kristian di kalangan orang Melayu untuk memurtadkan Melayu dengan harapan pada suatu masa nanti Malaysia bukan lagi dikuasai oleh Melayu Islam.
- Memang ada rancangan sulit DAP, PAP Singapura dan beberapa NGO serta parti politik di Sabah dan Sarawak yang dikuasai bukan Islam untuk menolak kepimpinan Melayu Islam Malaysia. Ada agenda pihak anti Melayu Islam dari Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum, dan menjadikan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Singapura.
- DAP yakin ia boleh mengekalkan P. Pinang, menawan se mula Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada PRU 14. Sebahagian besar pengundi Cina akan berpihak kepada DAP dan menolak MCA serta Gerakan.
- DAP dengan kerjasama parti-parti politik bukan Islam dari Sabah dan Sarawak akan melancarkan kempen besar-besaran untuk merebut sebahagian besar kerusi DUN dan juga Parlimen. Mereka yakin kalau separuh kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak jatuh ke pembangkang pada PRU 14, BN akan tumbang.
- DAP tetap menolak hudud dan akan tentang gagasan "negara Islam" acuan Pas. Mereka sanggup menendang Pas kerana mereka yakin Anwarinas dalam Pas boleh menggugat golongan ulamak dan menyokong DAP serta PKR. Hanya Pas yang terhegeh-hegeh bergayut serban di bawah ketiak DAP dan PKR sekarang.
- Strategi DAP menghadapi PRU 14 ialah menguasai semua kerusi Parlimen bandar dari MCA dan Gerakan. Pembangkang akan memastikan BN kalah atau menang dengan majoriti kecil. Kalau ini berlaku, ada kemungkinan DAP berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran kelak sekiranya Najib masih menjadi PM. Banyak orang meramalkan MCA dan Gerakan akan ditendang pengundi-pengundi Cina kelak kerana mereka mahu memberi kemenangan besar kepada DAP sebagai mewakili suara orang Cina. Ingat, ini hanya sebahagian dari sendiwara politik wayang Cina DAP. Orang Melayu perlu berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan slogan-slogan DAP yang mengamalkan politik telunjuk lurus kelingking berkait.
Parlimen jadi kartun jika Anwar dibenar bersidang
- Ketika banduan bernama Anwar Ibrahim menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, isterinya Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong.
- Tindakan yang dibuat pada saat-saat akhir itu telah mengejutkan ramai orang. Ia dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan banduan itu dari dilucutkan hak sebagai ahli parlimen mengikut Perkara 44(4)c Perlembagaan Persekutuan.
- Sekarang, kedudukan banduan Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat akan hanya boleh dipertimbangkan semula selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan dan ini juga bermakna Parlimen tidak boleh mengistiharkan kekosongan mengikut Perkara 52 Perlembagaan.
- Perkara ini telah disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Justeru, buat sementara ini tidak timbul soal pembabitan Suruhanjaya Pilihran Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
- Bagi pejuang PKR, ia membawa maksud bahawa banduan Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan perlu dibenarkan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
- Mereka tertanya tanya sama ada banduan Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).
- Mereka menyifatkan ia sebagai satu kes ujian sama ada seseoarang ahli parlimen yang dipenjara tetapi sedang menunggu keputusan rayuan pengampunan, boleh dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat.
- Lebih pelik lagi, pengikut tegar PKR berpendapat banduan Anwar wajib dibenarkan hadir atas lima sebab iaitu peliwat itu seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.
- Mereka mendakwa, adalah tidak wajar jika hak pengundi dinafikan. Sekalipun banduan itu dihukum, ia tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah. Biarpun Anwar seorang peliwat, beliau masih seorang Ahli Parlimen yang sah.
- Justeru itu, penyokong PKR mahu banduan itu dibenarkan hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab dan selepas itu dihantar semula ke penjara.
- Penyokong PKR uga mahu banduan itu bersidang di Parlimen kerana tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.
- Dengan dungunya mereka beranggapan, secara tidak langsung, hal itu mengesahkan banduan Anwar masih ahli parlimen dan berhak hadir semasa parlimen bersidang.
- Lebih dungu lagi apabila penyokong PKR mahu banduan itu menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang. Sebab tiada pemilihan ketua baru dibuat kerana mereka mahu banduan Anwar bersidang di Parlimen.
- Kata mereka lagi, Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.
- Kedunguan PKR semakin terserlah apabila mereka juga mahu banduan itu berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat banduan dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.
- Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, puak pembangkang menganggap kedudukan banduan Anwar sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas.
- Dengan bodohnya mereka mendesak KDN supaya menimbang perkara ini dengan adil kerana ia satu peluang untuk membuktikan kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.
- Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada banduan Anwar hadir ke Parlimen.
- Kebodohan semakin berpanjangan apabila pembangkang mendesak kerajaan supaya membenarkan banduan itu ke parlimen atas alasan ia adalah kemahuan rakyat. Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, banduan itu masih punya sokongan yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing. Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mahu banduan itu segera dibebaskan.
- Jika kerajaan memenuhi kehendak luahan hati penyokong PKR, maka institusi Parlimen Malaysia akan menjadi kartun kerana membenarkan banduan menyertai sidang dewan. Belum pernah ada kes sedemikian berlaku di Malaysia dan negara berdekatan.
- Sebelum ini puak pembangkang mendesak Yang DiPertuan Agong supaya memanggil banduan Anwar ke majlis minum petang untuk membincangkan soal pengampunan diraja. Astagfirullah, di manakah rasionalnya permintaan sebegini biadap dan bodoh.
- PKR sepatutnya berhenti menjadi sebuah parti kartun kerana desakan mereka sejak dahulu sehingga ke hari ini ternyata tersasar, terbabas, tergelincir, tertiarap dan terkangkang. Rakyat yang menyokong parti itu semakin muak dan menyampah.
Melayu DAP dan PKR tolak tujuh amanat
- Semua NGO Melayu Islam menyatakan sokongan padu terhadap tujuh amanat yang digariskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
- Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan amanat itu sebagai panduan untuk bangsa Melayu menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
- Antara lain amanat Najib menyentuh mengenai keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
- Lebih penting amanat beliau menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.
- Jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.
- Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.
- Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila.
- Lebih 1,000 NGO Melayu Islam di Malaysia yang mewakii 17 juta penduduk Melayu ternyata menyokong tujuh amanat Perdana Menteri itu. Malangnya Melayu DAP dan PKR menolak hak Melayu dan Islam dilindungi serta diperkukuh.
- Bagi DAP tiada Melayu dalam negara ini yang melebihi bangsa lain dan agama Islam pula tidak boleh melebihi kepentingan agama lain. Semuanya dilabel sebagai samarata, sama penting dan perlu mengetepikan hak agama sendiri bagi menghormati agama lain.
- Ambil saja contoh mudah, DAP tidak mahu surau dan masjid memanggil umat Islam bersolat melalui azan yang dilaungkan pembesar suara bagi menghormati penganut agama lain untuk menikmati kebebasan masing-masing.
- Jika panggilan bersolat tidak boleh dilaungkan di kawasan perumahan, lalu apakah maknanya azan. Apa ertinya azan berkumandang secara perlahan tetapi hanya kedengaran di dalam surau itu saja. Untuk siapa panggilan `hai ya ala solah’.
- Kini DAP sudah mula mengkritik teks khutbah solat Jumaat dan pemimpin Islam hanya mencemuh DAP melalui media arus perdana dan laman sosial tanpa ada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas parti chauvinis itu.
- Melayu dalam PKR juga serupa. Kebanyakan mereka menolak institusi istana yang selama ini telah menjaga dan memelihara Islam di Malaysia. Hak Melayu dan bumiputera dalam ekonomi dan pemilikan tanah juga mereka tolak kerana mementingkan kesamarataan bangsa.
- Peliknya pernahkah dalam kerajaan PKR di Selangor, ekonomi bangsa Melayu, Cina dan India disamaratakan? Dalam bahasa lebih mudah, apakah 90 peratus kek ekonomi yang dikuasai Cina diagih-agih kepada bangsa Melayu atau India? Jawapannya tidak. Bukan itu yang diperjuangkan. PKR hanya berjuang agar hak memiliki apa jua diberikan sama rata kepada semua bangsa mengikut kemampuan masing-masing. Kalau bangsa Melayu tak mampu memilikinya, biarlah mereka tertinggal dibelakang, biarlah mereka merempat, biarlah mereka papa kedana. Itu yang dinamakan kesamarataan hak. Itulah matlamat perjuangan PKR, selain melonjak-lonjak mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri secara revolusi sedangkan peluang yang disediakan ketika beliau berada dalam kerajaan kira-kira 20 tahun lalu disia-siakan.
- Bagaimana pula dengan PAS? Parti itu menganggap Melayu sebagai assobiyah. Tapi PAS tak menolak sistem kesultanan. Kerajaan PAS Kelantan menyanjung sultan. Hanya PASMA saja yang menolak sistem kesultanan seperti PKR dan DAP. Siapakah PASMA? Mereka adalah jentera PKR yang diserapkan dalam PAS kira-kira 15 tahun dahulu untuk menguasai dan mencengkap PAS dari dalam.
- Lalu siapakah yang akan meempertahankan bangsa Melayu di Malaysia? Kalaupun Melayu PAS dan PKR cukup benci mendengar nama UMNO, namun hakikatnya UMNO itulah satu-satunya parti yang memartabatkan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu sejak 1957.
- Mengapa segelintir Melayu benci menyebut UMNO? Sudah tentu dakyah itu dicetus dan diulangsiar oleh DAP sejak 1957 secara tidak henti-henti hingga ke hari ini. Sifat benci itu sudah menjadi sebati dalam jiwa ahli PKR dan PAS pada masa kini.
- Bagi mereka segala yang kotor dan jijik adalah UMNO, segala yang putih dan bersih adalah PKR, PAS dan DAP. Ingin saya tutup dengan persoalan, sejak DAP memerintah Pulau Pinang, berapa banyak masjid dan surau telah mereka bina untuk umat Islam? Sama juga dengan PKR yang telah memerintah Selangor sejak 2008. Berapa banyak surau dan masjid telah mereka bina?. Jangan beri alasan bahawa tanggungjawab bina masjid adalah tugas kerajaan pusat dan UMNO.
- Lalu pihak yang akan mendukung tujuh amanat Perdana Menteri Malaysia adalah 17 juta bangsa Melayu, bukannya 10 juta bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa. Maka pijaklah di bumi yang nyata dan jangan bermimpi di siang hari. Apakah maksud perumpamaan itu, tepuklah dada tanyalah selera.
Subscribe to:
Posts (Atom)






