- NAMPAKNYA Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malas nak bergaduh dengan mana-mana pemimpin MCA dan Gerakan mengenai siapa rasis dan siapa yang perlu letak jawatan. Rasionalnya sekarang ini ialah usaha menangani kedegilan pemborong dan pembekal yang masih tidak mahu menurunkan barangan keperluan harian walaupun harga petrol sudah dua kali turun.
- Pada satu majlis di Bera, Pahang, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menganggap kes kenyataannya tentang isu harga barangan selesai dengan tumpuan seharusnya diberikan terhadap usaha menangani isu tersebut.
- Beliau percaya dalam kalangan pemimpin MCA dan Gerakan juga akan akur dengan keputusan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu mahu kes berkenaan diselesaikan.
- Kabinet bersetuju polemik melibatkan perkauman perlu dihentikan kerana isu besar sekarang yang perlu diberi perhatian ialah harga barangan tidak turun dan pengguna sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk menurunkannya.
- “Saya juga hendak memberitahu bahawa apabila pengguna mengunakan kuasa, bukan bermakna boikot semata-mata tetapi mereka perlu bijak membuat pilihan. Misalnya sekarang pasar tani menawarkan harga yang murah daripada tempat lain, jadi beralihlah kepada pasar tani, itu kuasa pengguna sebenarnya.
- “Sebab itu Kabinet kata memanjangkan isu ini (kenyataannya) tidak selesaikan masalah harga barangan, sepatutnya fokus utama diberikan kepada penurunan harga barangan,” katanya selepas taklimat gerak kerja Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi UMNO Bahagian Bera.
- Sebelum ini, beliau dilaporkan kesal kerana kenyataannya tentang isu harga barangan telah menimbulkan sentimen perkauman dan memberitahu bahawa komen menerusi laman Facebook rakannya pada 1 Februari lalu itu dibuat secara tertutup, namun menjadi viral dan disalahtafsirkan.
- Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pembangkang kini dilihat cuba memanipulasikan isu harga barangan tidak turun selepas penurunan harga minyak petrol dan diesel demi kepentingan politik mereka.
- “Pada hari ini apabila harga minyak turun, harga barangan tidak turun, kita tidak dengar pun suara mereka (pembangkang) minta peniaga menurunkan harga barangan,” tegasnya.
- Benar kata Ismail Sabri. Jika kita tinjau akhbar, blog dan la sosial pembangkang, tidak ada satu pun artikel yang menyerang kumpulan peniaga, pemborong dan pembekal barangan keperluan harian supaya menurunkan harga barangan masing-masing.
- Wal hal ketika harga Petrol naik suatu ketika dahulu, media pembangkang menyalak dari pagi hingga petang dengan mendakwa mereka membawa rungutan rakyat yang sengsara dengan kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak.
- Kerajaan dituduh zalim dan tidak professional kerana membiarkan rakyat sengsara, miskin dan kelaparan. Lalu mereka merayu kepada rakyat supaya segera menjatuhakan kerajaan sedia ada bagi membolehkan pembangkang memerintah Malaysia sambil membawa impian kemakmuran.
- Namun apabila kerajaan menurunkan harga minyak Petrol, syarikat pemborong dan pembekal enggan menurunkan harga barangan masing-masing dengan pelbagai alasan. Ironinya pembangkang tidak pula menyalahkan mereka.
- Sebaliknya pembangkang menyalahkan kerajaan kerana gagal berkompromi dengan golongan peniaga bagi mencari titik harga yang berpatutan. Sekali lagi mereka merayu kepada rakyat supaya menukar kerajaan dan membenarkan mereka memerintah untuk menurunkan harga barangan terbabit mengikut keselesaan pengguna.
- Dalam kes periuk nasi bangsa Cina, parti seperti MCA dan Gerakan sudah terikut-ikut dengan rentak DAP sehingga sanggup bersekongkol demi mempertahankan maruah dan ekonomi bangsa Cina. Lalu insan seperti Ismail Sabri dituduh rasis kerana memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang ditindas peniaga Cina.
- Inilah politik licik MCA, Gerakan dan DAP yang sebenarnya `seiya sekata' dalam hal membenteng ekonomi kaum mereka walaupun berpaut dari berlainan parti. MCA dan Gerakan menjadi ejen ekonomi di dalam BN, manakala DAP menjadi kumpulan pendesak dari luar kerajaan bagi memastikan pelan pembangunan ekonomi kaum Cina sentiasa mampan. Mereka sebenarnya bersatu hati bila berjuang dalam hal ekonomi, pendidikan dan penyatuan kaum Cina. Cuma penyatuan mereka dilakukan secara tersembunyi.
- Berbeza dengan parti-parti Melayu dan Islam di Malaysia yang suka bergaduh terang-terang dan tidak mahu bersatu hati walaupun secara sembunyi-sembunyi. Perasaan dendam dan hasad dengki sangat tinggi hingga menolak ruang dan peluang penyatuan dalam pelbagai cara dan bentuk.
- Penyakit ini sudah menular di kalangan bangsa Melayu sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tidak mustahil perpecahan Melayu hari ini menjadi semakin sulit untuk diperbaiki kerana bangsa itu sendiri sanggup musnah dan dimusnahkan demi memenuhi dendam kesumat. - GRP
Monday, 16 February 2015
Ismail Sabri malas nak gaduh dengan MCA, Gerakan
Sunday, 15 February 2015
Pemimpin Melayu Malaysia perlu contohi Sultan Brunei
- Ketegasan Sultan Brunei menghadapi kritikan Barat ketika melaksanakan perundangan hudud wajar dicontohi pemimpin Melayu di Malaysia.
- Sultan Hasanal Bolkiah cukup berani mempertahan hak kerajaan Melayu, perundangan dan pemerintahan monarki daripada kecaman Kristian Barat yang menggunakan media CNN untuk mengancam Brunei kerana melansanakan perundangan syariah.
- Blok Barat mahu memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei di seluruh dunia. Sultan Hasanalbolkiah tidak gentar dengan amaran itu sebaliknya menjawab dengan tegas seperti berikut:
- In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It's in your constitution. It's your political system, your national identity, your rights, your way of life.
- In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we're going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.
- We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc. for this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter.
- This is an Islamic country practising Islamic law. Why don't you worry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about THERE.
- Many religions are against homosexuality, it's nothing new. The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it's wrong, it's stupid, it's barbaric.
- Again, go back to those worries that you should focus on I've mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?
- Why do you care so much what's happening here in an Islamic nation when you didn't even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don't care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace.
- Punishments may be harsher but it does not mean it's easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy. Brunei United.
- Lihatlah betapa Sultan Hasanalbolkiah mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan sistem beraja yang menjadi warisan sejak ratusan tahun yang lalu.
- Sikap seperti ini perlu dicontohi oleh semua pemimpin Melayu di Malaysia. Namun keberanian itu hanya dipamerkan oleh segelintir pemimpin dan pejuang NGO saja.
- Kalangan para menteri Melayu, kebanyakan mereka hanya berbicara pada nada sederhana untuk menyelamatkan diri dalam parti dan kementerian. Apakah mereka masih lagi mahu menghormati MCA sedangkan parti itu sendiri tolak hudud mentah-mentah dan sanggup bersekongkol dengan DAP untuk memprotes Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan tuduhan sebagai pemimpin rasis.
- Sikap MCA bagaikan `kaduk naik ke junjung’. Jika UMNO tidak dapat menyelesaikan isu pengkhianatan MCA, biarlah NGO-NGO Melayu masuk ke gelanggang untuk berdepan dengan MCA dan kaum Cina yang terang-terang anti kerajaan Melayu. -- Laporan Zaki GRP
Cina boikot Petronas, bukti sabotaj negara
- Dalam pada pengguna bangsa Melayu cuba memboikot produk syarikat berbangsa Cina sebagai protes kepada kedegilan peniaga dan pemborong berbangsa Cina yang enggan menurunkan harga barangan keperluan harian, kita terlepas pandang bahawa masyarakat Cina juga telah melancarkan boikot terhadap banyak produk Melayu.
- Pelekat (sticker) berbahasa Cina yang memboikot Petronas ditampal di kebanyakan kenderaan khususnya dilekatkan pada tempat isi minyak (rujuk gambar). Wal hal Petronas sudah menurunkan harga minyak serendah mungkin berikutan kejatuhan pasaran minyak mentak dunia.
- Walaupun banyak pihak menyifatkan perbuatan itu sebagai sabotaj terhadap kerajaan namun pengguna berbangsa Cina tak kisah mengenainya. Sememangnya mereka mahu sabotaj dalam apa jua keadaan.
- Ketika harga petrol tinggi, masyarakat Cina yang kerap melalak dari pagi hingga petang kerana tidak puashati dengan kenaikan itu. Pada masa yang sama peniaga dan pemborong yang majoritinya kaum Cina menaikan harga barangan keperluan harian naik secara serta merta.
- Malangnya apabila harga minyak turun, peniaga dan pemborong bangsa Cina setakat ini masih enggan menurunkan harga barangan mereka walaupun semua peniaga dan pemborong Melayu sudah menurunkan harga masing-masing. Apa ertinya semua ini?
- Kini bangsa Cina menambah lagi kempen anti Melayu dengan memboikot stesen Petronas. Tinjauan juga mendapati kebanyakan pemilik kenderaan berbangsa Cina memilih Shell dan Petron sebagai tempat mengisi minyak sebagai tanda memprotes kerajaan yang ditadbir pemimpin Melayu.
- Terdahulu mereka amat kecewa kerana sokongan 100 peratus mereka terhadap DAP dalam PRU13 masih belum cukup kuat untuk merampas Putrajaya dari tangan pemimpin Melayu UMNO. Justeru itu mereka meraung siang dan malam mendakwa Malaysia milik Pakatan Rakyat kerana mereka dikatakan sudah menang 52 peratus undi popular yang tidak pernah diamalkan di negara ini.
- Mereka menggunakan undang-undang rimba untuk mengisytiharkan kemenangan mereka dalam PRU13 menerusi majlis makan malam dan ceramah tertutup di kelab2 Cina yang menggunakan Bahasa tidak difahami oleh orang Melayu.
- Kini sebagai membalas pemboikotan Melayu terhadap produk syarikat Cina, masyarakat pendatang itu mula melancarkan kempen yang sama terhadap produk buatan syarikat Melayu, enggan beli roti gardenia, enggan makan di restoran dan warong Melayu, malah enggan shopping di pasaraya seperti Mydin.
- Bangsa Melayu sedar dengan pemboikotan itu dan tidak panik dengan situasi itu. Apabila harga barangan mahal, pengguna dan peruncit Melayu berpakat untuk memboikotnya. Contohnya di Pasar borong Selayang pada hari minggu yang lalu, harga ayam didapati dijual pada harga rm7 sekilo.
- Oleh kerana harga itu masih tinggi ekoran kedegilan pemborong dan penternak berbangsa Cina, pengguna dan peruncit Melayu memboikot ayam di pasar berkenaan dan strategi itu menjadi. Ayam banyak tak habis jual seperti kebiasaan hari minggu.
- Penternak mula mengeluh ayam yang tak terjual makin banyak. Mereka mula rasa tak tahan menanggung harga dedak yang mahal. Gabungan Rakyat Prihatin (GRP) mengucapkan syabas kepada mereka yang memboikot pemborong ayam. Teruskan memboikot sehingga mereka menurunkan harga ayam pada kadar yang berpatutan. - GRP
Rakyat mahu PAS sokong UMNO di Permatang Pauh
- Ramai pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia mengharapkan agar UMNO dan PAS segera bersatu demi meneruskan kelangsungan syiar Islam dan pemerkasaan bangsa Melayu di masa hadapan.
- Lebih penting lagi, penyatuan UMNO PAS bakal menghumban parti chauvinis DAP kembali ke dalam kandang lamanya sebagai pembangkang minoriti yang mampu `menyalak’ di dalam kelab-kelab Cina, padang sekolah Cina dan premis tajaan komuniti Cina yang mahu menghancurkan kerajaan Melayu.
- Terkini, ramai melihat cadangan UMNO Kelantan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Chempaka yang disandang Allahyarham Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, disifatkan petanda baik ke arah penyatuan UMNO PAS.
- Bagaimanapun, UMNO mengemukakan sebab bahawa dengan tidak bertanding di situ ia dapat mengekalkan keharmonian landskap politik Kelantan sambil mempamerkan betapa UMNO sedang menuju mengamalkan politik realiti dan politik budiman.
- Inilah peluang terbaik UMNO untuk merapatkan hubungan sambil membuktikan sikap hormat UMNO kepada PAS. Ia merupakan langkah terbaik dan paling strategik di atas faktor mengharmonikan suasana PAS dan UMNO dalam menghadapi pasca banjir terbesar melanda Kelantan baru-baru ini.
- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berpandangan demikian kerana melihat bagaimana eratnya kerjasama PAS dan UMNO di Kelantan selepas bencana banjir besar.
- Katanya, jika UMNO tidak bertanding di DUN Chempaka, hubungan itu pasti akan menjadi bertambar erat dan ketat. Bukan erat sehingga tertubuhnya Kerajaan Perpaduan seperti ditohmahkan oleh beberapa individu, tetapi lebih bersifat kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan, akhirnya rakyat mendapat manafaat tanpa mengira kefahaman politik.
- Dalam hal ini kalangan pemimpin NGO Islam sependapat agar UMNO memberi laluan kepada PAS di DUN Chempaka dan sebagai tanda persahabatan PAS perlu memberi skokongan kepada UMNO pada pilihan raya kecil (PRK) di Permatang Pauh.
- Pengerusi Gabungan Rakyat Prihatin (GRP), Roslan Ambri berkata UMNO dan PAS perlu mewujudkan kerjasama pada pilihanraya kecil DUN Chempaka (Kelantan) dan PRK Permatang Pauh (Pulau Pinang) sebagai usaha mengerat perpaduan kedua-dua parti yang diterajui oleh pemimpin Islam.
- Katanya, jika UMNO memutuskan untuk tidak bertanding di DUN Chempaka kerana mahu menumpukan kerja membantu mangsa banjir di Kelantan, apalah salahnya PAS membantu UMNO berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang bagi menentang PKR.
- “Melihat kepada cadangan UMNO Kelantan itu, GRP melihat ia merupakan satu isyarat menyatakan kesudian UMNO untuk berkerjasama PAS dan kerajaan Kelantan dalam pelbagai hal termasuk urusan politik.
- “Allah sudah mengalihkan dua bongkah batu yang besar yang menghalang dua anak sungai dari bercantum untuk menjadi sungai yang besar. Maka pandai-pandailah pemimpin UMNO dan PAS untuk bersatu selepas ini,” katanya.
- Pandangan Roslan itu dipersetujui beberapa pemimpin lain antaranya NGO SukaGuam yang berpendapat supaya UMNO beri laluan kepada PAS kekalkan DUN Chempaka sekaligus pentadbiran negeri Kelantan. Sebagai tanda persahabatan, PAS pula memberi sokongan kepada UMNO bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh.
- Pengerusinya Khairul Anwar Rahmat, berkata di peringkat kerajaan pusat, pihaknya anjurkan kerajaan perpaduan dibentuk dari kalangan pemimpin terbaik dari parti-parti politik siasah, aktivis masyarakat, penggerak NGO, alim ulama, ketua masyarakat dan semua pihak yang membentuk komuniti rakyat Malaysia.
- “Kepada teman-teman yang bukan Islam, usahlah bimbang, sejarah Tamadun Islam sejak zaman Khalifah, Uthmaniah dan Abbasiyah membuktikan bahawa kerajaan Islam yang kuat pastinya menerbitkan perasaan ehsan dan kasih sayang terhadap warganegara bukan beragama Islam.
- “Islam adalah agama untuk semua manusia. Islam adalah Rahmat buat sekalian alam. Islam adalah pelopor kepada kedamaian dan kasih sayang sesama insan.
- “Pemimpin-pemimpin dari pelbagai kaum dan agama pasti dilibatkan dalam pentadbiran kerajaan kerana fitrah Malaysia sebagai negara majmuk adalah amat istimewa dan mesti dipertahankan,” katanya lagi.
- Beliau menegaskan Malayaia pernah menikmati keamanan dan kesejahteraan sejak sekian lama, namun kini majoriti rakyat dahagakan nikmat yang sudah lama hilang itu.
- Rakyat sudah amat dikelirukan dengan amalan politik taksub melulu yang amat merugikan sehingga masyarakat berbilang kaum semakin mencurigai, manakala yang sesama bangsa dan agama juga turut saling membenci.
- Pasti ramai yang teringatkan Firman Allah dalam Al-Quranul Karim. "Berpeganglah kamu sekalian pada tali Allah (agama Islam) dan usahlah sekali-kali kamu berpecah-belah..." Kepada Allah jua kita berserah.
- Di kalangan pemimpin UMNO pula, Ketua Penerangan Umno Kelantan Md Alwi Che Amat berkata seharusnya kerja-kerja untuk membantu rakyat tidak perlu diganggui dengan pilihan raya kecil berkenaan nanti yang dilihat tidak memberi signifiken besar kepada mana-mana pihak.
- Apa yang penting sekarang ini tegasnya, ialah semua rakyat Kelantan, baik dalam UMNO dan PAS memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan Kelantan yang diterpa banjir baru-baru ini.
- "Rakyat sangat mengharapkan ada gemblengan tenaga dan usaha (mental dan spritual) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat untuk masa depana mereka yang lebih terjamin," katanya yang juga Adun Kok Lanas.
- Menurut Alwi ekoran banjir yang melanda Kelantan sebulan lalu menyebabkan 87,300 rakyat Kelantan berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesulitan manakala sebanyak 2,740 buah rumah baru perlu dibina semula.
- Jumlah kerosakan itu katanya bukan termasuk yang boleh diperbaiki tetapi yang perlu dibangunkan semula kerana rumah mereka musnah sama sekali.
- "Adalah baik dalam kedaan mangsa banjir belum terbela, kita tumpukan memulih dan membantu mereka, dan jangan difikirkan sangat pilihan raya kecil itu," kata Alwi sambil menambah kemenangan percuma yang akan diberikan kepada Pas kelak boleh dijadikan sumbangsih UMNO kepada PAS.
- Bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pula, sudah tentu PKR akan meletakan calon terbaiknya untuk mengekalkan kubu yang dipertahankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikini menjalani human penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat.
- Pada masa yang sama Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedang mencatur calon paling sesuai di situ.
- “Kita tidak terburu-buru buat keputusan, kita akan mengkaji dan menyusun langkah yang tepat mengikut kesesuaian keadaan”, katanya ketika mengulas kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
- Apapun BN terutamanya UMNO akan berusaha sedaya upaya untuk menggempur Permatang Pauh yang disifatkan kubu terkuat PKR. Namun jika PAS sudi memberi bantuan dan sokongan untuk berkempen di situ bersama UMNO, senario itu bakal menjadi kejutan kepada PKR dan DAP.
- Malahan, rentetan viral blog yang meminta PAS membantu UMNO di Permatang Pauh sudah menjadi igauan DAP dan PKR. Jika hal itu berlaku Pakatan Rakyat akan musnah dan impian DAP untuk menguasai PRU14 juga terkandas.
- Kini desas desus mengatakan ejen DAP dan PKR sudah mula menegur jentera PAS supaya tidak membantu UMNO di Permatang Pauh. Mereka perlu akur dengan perjanjian Pakatan Rakyat walaupun `dunia akan kiamat’.
- Senario yang akan berlaku di Permatang Pauh tidak lama lagi akan menjadi pencetus fenomena baru dalam aliran politik Malaysia. Sama-samalah kita saksikannya nanti. -- GRP
Saturday, 14 February 2015
Rakyat desak I.S.A dikembalikan (Bahagian 2)
- Sesungguhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dikembalikan. Ini kerana banyak pihak mengatakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) atau SOSMA dikatakan kurang berkesan bagi memastikan keselamatan awam lebih terjamin.
- Semua pihak termasuk ahli politik, polis dan NGO sudah mengulas terperinci mengenai perlunya ISA dikembalikan. Pelbagai hujah bernas diketengah bagi menyokong hipotesis masing-masing.
- Jika kita masih ingat, usaha mengembalikan ISA telah diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau melihat ISA perlu bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.
- Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
- Rentetan itu lebih ramai individu, kumpulan dan organisasi bukan kerajaan tampil mendesak kerajaan supaya mengembalikan ISA.
- Dalam hiruk pikuk perjuangan mengembalikan perundangan itu, masih ramai di kalangan anak muda Malaysia tidak faham apa itu ISA, fungsi dan manafaatnya.
- Berikut dijelaskan secara terperinci mengenai ISA:
- Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
- Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
- Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam demi kesejahteraan dan keamanan negara.
- Sejarah - ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis.
- Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.
- Perundangan - Relevant sections of the legislation are as follows: Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
- Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."
- Tempat Penahanan - Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak. Penahanan 60 hari pertama.
- ISA bukanlah undang-undang draconian. Undang-Undang tersebut mengandungi peraturan-peraturan memelihara hak tahanan antaranya:
- Pertama, tahanan ISA bukannya ditahan tanpa sebarang pembelaan. Semasa tempoh tahanan 60 hari, orang tahanan akan dimaklumkan alasan-alasan di sebalik penangkapan dan penahanannya. Pada masa yang sama orang tahanan turut diberi kebenaran berjumpa dengan keluarganya serta peguam yang dipilih sendiri oleh beliau. Dalam tempoh tersebut pihak Polis Diraja Malaysia setelah berpuas hati, Menteri Dalam Negeri boleh sama ada mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap orang itu.
- Kedua, selepas perintah tahanan dikeluarkan dan diserahkan kepada orang tahanan, beliau akan dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan diberi tiga salinan borang (sama ada untuk membuat representasi sendiri atau diwakili peguam) dan turut dibekalkan dengan pengataan fakta serta penahanan. Lembaga Penasihat dikehendaki mendengar representasi orang tahanan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan tersebut.
- Ketiga, Pengerusi Lembaga Penasihat adalah merupakan seorang individu yang layak untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Setelah mempertimbangkan representasi tersebut Lembaga Nasihat akan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan memberi arahan sama ada untuk mengekalkan perintah YB Menteri Dalam Negeri atau membebaskan orang tahanan berkenaan.
- Keempat, setiap perintah tahanan dan perintah sekatan akan dibuat ulang kaji oleh Lembaga Penasihat, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 6 bulan.
- Kelima, dalam tempoh tersebut orang tahanan boleh melantik peguam sendiri mewakili dirinya. Laporan ulang kaji serta sebarang syor akan dikemukakan kepada Menteri Dalam negeri sekiranya difikirkan perlu.
- Dakwaan Terhadap Penahanan - Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.
- Bantahan Dalam Negara - Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai di antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.
- Bantahan Luar Negara - Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA ( USA Patriot Act) selepasnya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
- PEMBEBASAN TAHANAN ISA - Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak 4 April lalu. Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara.
- TUJUAN ISA DIKEKALKAN - Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
- ISA dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik
- ISA bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.
- ISA hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.
- ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme.
- ISA penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.
- ISA adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama.
- ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan.
- ISA bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan.
- ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.
- ISA diperlukan untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam.
- TENTANGAN TERHADAP ISA - Ia merupakan undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan
- Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.
- Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.
- Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik.
- Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka. - GRP
Rakyat desak I.S.A dikembalikan (Bahagian 1)
- Selepas empat tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) dimansuhkan, kehidupan rakyat Malaysia semakin huru hara dan bercelaru. Keharmonian bermasyarakat kian menipis, sebaliknya sikap rasis terus menebal.
- Hina menghina antara kaum dan agama di Malaysia sudah tidak terbendung. Lebih parah lagi, agama Islam dan Raja-Raja Melayu dihina saban hari dalam laman sosial yang boleh dilayari secara mudah, pantas dan percuma.
- Kalimah Allah terus menjadi rebutan gereja Khatolik biarpun mahkamah tidak membenarkannya; upacara sentuh anjing dan memperingati seseorang menerusi upacara memasang lilin (candle light vigil) dipromosi menjadi budaya baru; berceramah mengenai Islam di dalam gereja; berceramah mengenai Kristian di surau dan masjid; kafir mengkritik khutbah teks Jumaat; tidak membenarkan surau dan masjid melaungkan azan menerusi pembesar suara; dan pelbagai percubaan lain untuk meliberalkan dan memesongkan Islam.
- Ini semuanya gara-gara ISA yang dimansuhkan pada 16 September 2011. Sebagai rakyat biasa yang bukan terdiri dalam kalangan penyangak, komunis, penjual manusia atau pelampau agama atau individu yang dianggap bahaya kepada negara, tarikh pemansuhan ISA itu dianggap tidak mengubah apa-apa dalam kehidupan mereka. Padahal ia merupakan satu tarikh bersejarah dalam sistem perundangan negara ini apabila ISA dimansuhkan.
- Bagi mereka yang tidak arif tentang undang-undang, pemansuhan ISA dilihat tidak mendatangkan masalah kepada majoriti rakyat. Sebaliknya ia memberi masalah kepada golongan penyangak yang disebutkan tadi. Kalau begitu, apa masalahnya?
- Tidak kurang juga yang beremosi bila ada mendesak ISA tidak dimansuhkan kerana sesetengahnya ada sanak saudara mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis pada zaman darurat dulu. Kalau boleh mereka mahukan ISA terus kekal menjadi pelindung rakyat. Apabila dimansuhkan, ada yang berpendapat ia memberi keuntungan kepada segelintir yang kerjanya buat onar dalam negara ini.
- ISA atau dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai tahanan tanpa bicara. Ini adalah antara undang-undang preventif yang diwujudkan untuk menjaga keselamatan rakyat.
- Hampir semua negara di dunia terus menggunakan undang-undang yang sama dengan nama yang berbeza. Tetapi semuanya ditahan tanpa bicara. Singapura misalnya terus ada undang-undang menahan tanpa bicara.
- Negara yang paling gagah memperjuangkan hak asasi manusia, Amerika Syarikat tidak terkecuali. Walaupun bekas Presiden, George W. Bush pernah mengkritik ISA sebagai undang-undang yang kejam dan jahat.
- Tetapi selepas peristiwa 11 September 2001, AS meminda Akta Patriot dan buktinya beribu-ribu orang dari negara-negara luar AS yang dikelaskan sebagai 'pelampau' ditahan tanpa bicara di kem Guantanamo. Penyeksaan dan kekejaman yang dilakukan oleh tentera AS di Guantanamo tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ternyata AS yang lebih jahat.
- Pergerakan perjuangan hak asasi di Barat menyerang negara kita kononnya mencabuli hak asasi yang diberi peluang kepada semua orang mempertahankan diri. Tetapi mereka tidak menyerang AS yang juga mengamalkan pencabulan yang sama, kalau ini boleh dianggap sebagai mencabul hak asasi manusia. Kita pun termakan asakan bertalu-talu itu dan barangkali terlupa bahawa tidak semua kejahatan atau kebaikan boleh dibuktikan di mahkamah. Misalnya kesilapan teknikal boleh membuatkan penyangak terlepas daripada hukuman.
- Dalam konteks Malaysia, walaupun kerajaan memansuhkan ISA dan penyangak yang paling bahaya pun berkeliaran mencari mangsa, pergerakan hak asasi tidak pernah memuji anjakan kita menambah baik undang-undang.
- Sebenarnya tujuan penyangak di Malaysia bukan memperjuangkan hak majoriti tetapi kepentingan segelintir yang kononnya tidak diberi peluang mendapat pengadilan wajar. Maka kita tidak boleh rakyat kalau beranggapan pemansuhan ISA untuk kepentingan penyangak berkenaan.
- Persepsi rakyat sebegini mungkin salah tetapi hakikatnya itulah yang berlegar dalam kalangan rakyat. Setakat ini rakyat tidak dibuktikan bahawa pemansuhan ISA memberikan banyak kebaikan kepada mereka.
- Lihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini akibat ketiadaan ISA. Penyangak dan pelampau bercakap apa saja di media sosial kerana mereka yakin tidak ditangkap tanpa bicara.
- Andai PDRM menahan mereka untuk dibicara, berderet peguam pro penyangak menghulur tangan untuk membantu secara percuma atau ditaja. Jika dihukum sekalipun, denda ribuan ringgit mampu dibayar.
- Andai ada Melayu mempertahankan hak kemelayuan dan menghina bangsa pendatang, puak penyangak akan menghantar seberapa ramai ahli untuk membuat laporan polis dan peguam pula menyediakan kertas saman. Melayu patriotik ini akan tersepit dalam penjara kerana tiada siapa pun yang sudi membantu menjamin dan menyediakan peguam bela untuknya.
- Namun kerajaan UMNO kini sudah semakin sedar bahawa ISA perlu dikembalikan walaupun mereka sebelum ini telah memansuhkannya.
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim pernah berkata, hasil tinjauan terhadap 161 bahagian UMNO, semua bahagian dan sayap parti itu meminta kerajaan mengembalikan ISA.
- Sudah tentu ada yang bertanya adakah pandangan mereka tidak diminta terlebih dahulu sebelum memansuhkan ISA?
- Kebimbangan pemimpin UMNO ketika ini dapat dirasai sehingga mereka meminta dikembalikan ISA. Barangkali pemimpin di pelbagai lapisan ini menyedari bahawa dalam apa keadaan sekalipun hak asasi rakyat mesti didahulukan dan bukannya hak asasi penjenayah.
- Mereka yang menentang ISA hanya segelintir daripada Melayu yang liberal, buta sejarah dan tidak merasa pahit getir rusuhan kaum 13 Mei 1969. Mereka inilah yang memperjuangkan hak asasi penjenayah. Lihatlah bagaimana puak-puak ini menjatuhkan moral pasukan polis dan menjulang penjenayah yang menganggu gugat rakyat.
- Dalam keadaan sekarang, akta yang menggantikan ISA perlu dimanfaatkan supaya jangan ada pihak yang mempersenda undang-undang. Pada masa yang sama, semua rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu Islam wajar mendesak kerajaan agar mengembalikan ISA secepat mungkin sebelum `nasi menjadi bubur’.
- Jika penghinaan terhadap Islam, Raja-raja Melayu dan bangsa Melayu itu sendiri berterusan, tidak mustahil ada pihak di kalangan kumpulan pendekar Melayu akan bangkit dengan parang dan pedang untuk mengerat leher bangsa pendatang itu.
- Pertumpahan darah boleh berlaku pada bila-bila masa kerana segelintir NGO Melayu berpendapat situasi sekarang ini sudah semakin genting. -- GRP
Friday, 13 February 2015
Mydin turun harga 30 peratus, pasaraya lain bila lagi?
- MYDIN telah mengambil langkah proaktif dengan menyahut seruan kerajaan dengan menurunkan harga barangan sebanyak 30 peratus bagi 50 jenis barangan terpilih.
- Ia dilakukan susulan daripada Mesyuarat Isu Harga Barang dan Caj Perkhidmatan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Putrajaya pada 10hb Februari 2015 yang memutuskan agar pemborong, peniaga, pembekal, peruncit dan penternak untuk menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak yang telah berkuatkuasa pada 1hb Februari 2015.
- MYDIN telah mengambil mekanisme bijak ini untuk memastikan harga barangan yang terdapat di MYDIN mampu dimiliki dan tidak membebankan para pengguna, khususnya golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Dalam usaha untuk menjaga kebajikan para pengguna, MYDIN iltizam untuk mengambil langkah prihatin dengan menyenaraikan 50 barangan yang terpilih untuk diturunkan harga selaras dengan kos operasi pengeluaran yang berkurangan.
- Sokongan ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Februari lalu, beliau menyeru agar semua peniaga tanpa mengira bangsa, supaya bersikap adil terhadap pengguna dengan menurunkan harga barangan seiring dengan pengurangan kos kesan daripada penurunan harga minyak.
- “MYDIN tekad untuk terus membantu dan berusaha mewujudkan suasana sosioekonomi yang harmonis di negara ini. Namun, saya berasa terkilan sedikit apabila ada segelintir golongan pembekal dan pengilang yang masih belum menurunkan harga bekalan barangan mereka.
- “Saya juga ingin menyeru pasar raya besar yang lain untuk bersama menjayakan saranan murni ini agar kita dapat memastikan tahap sosioekonomi senantiasa mapan dengan keberkesanan dalam konteks peniaga gembira, pengguna terpelihara, tegas Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
- Sememangya tidak dapat dinafikan bahawa sebarang tindakan untuk menurunkan harga tidak boleh dibuat secara drastik mahupun holistik. Namun, demi usaha untuk mengutamakan kepentingan para pengguna, MYDIN telah mengambil tindakan kolektif awal untuk menurunkan harga sehingga 30% bagi 50 barangan yang terpilih.
- Antara barangan yang diturunkan harga ialah Bawal Hitam, Selar, Cili Merah, Timun, Milo (400g), Kopi Hang Tuah, Power Root Ali Cafe 5 in 1, Kicap Jalen (650gm), Rempah Adabi (250g), Huggies Drypers, dan lain-lain lagi. Penurunan harga ini akan dilaksanakan dan berkuatkuasa di 18 buah Pasar Raya Besar, 16 buah Emporium dan 3 buah Bazar di seluruh Malaysia.
- Sebelum itu, penurunan harga barangan di pasar tani bermula 7 Februari sebagai usaha kerajaan mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
- Beliau berkata menerusi 'Program Jualan Turun Harga Pasar Tani' itu, kadar penurunan harga adalah antara lima hingga 20 peratus melibatkan 73 jenis barang dan produk berasaskan pertanian yang segar, kering dan diproses.
- "Penurunan harga itu bermula hari ini ... bagi membantu rakyat yang kini merungut tentang harga barangan yang tidak turun sedangkan harga minyak turun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Pasar Tani Taman Melawati di sini.
- Ismail Sabri berkata buat masa ini, kementerian tidak menetapkan had tempoh tertentu bagi pelaksanaan program itu di 570 pasar tani sedia ada di seluruh negara.
- "(Peniaga) di pasar tani boleh turunkan harga, kenapa orang lain tidak boleh, sepatutnya tidak ada alasan lagi ... (peniaga) pasar tani turut hadapi benda yang sama," katanya.
- Beliau berkata menerusi program penurunan harga itu, ia tidak akan menjejaskan keuntungan peniaga kerana mereka masih boleh memperoleh keuntungan daripada hasil jualan.
- Ismail Sabri berkata kementerian akan memantau peniaga di pasar tani supaya mereka mematuhi pelaksanaan program berkenaan antaranya dengan meletakkan nombor hotline di setiap gerai bagi membolehkan pelanggan membuat sebarang aduan.
- "Kalau ada peniaga yang tidak ikut, kita akan ambil tindakan dengan menyingkirkan mereka serta-merta daripada berniaga di pasar tani ... saya serius," katanya.
- Beliau turut menyarankan pengguna agar berbelanja secara bijak dengan membeli barangan pada tawaran harga yang lebih baik.
- Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 50 pasar tani lagi disasarkan dibuka tahun ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuka 1,000 pasar tani di seluruh negara menjelang 2020.
- Beliau berkata kementerian juga sedang merancang untuk mewujudkan pasar tani kekal bagi membolehkan pasar tani beroperasi setiap hari dan bukannya sekali atau dua kali seminggu.
- (Nota: Tinjauan GRP mendapati 50 produk MYDIN yang diturunkan harga sebanyak 30 peratus merupakan produk keluaran bumiputera. Produk bukan bumiputera yang diletakkan di pasaraya itu masih kekal pada harga lama tanpa sebarang sebab.
- Manakala 570 pasar tani di seluruh negara, kebanyakan peniaga dan penjaja kecil merupakan orang Melayu. Mereka sanggup menurunkan harga runcit walaupun kebanyakan pemborong masih enggan menurunkan harga mereka.
- Kesimpulannya, bukti sudah cukup untuk mendedahkan ramai pemborong Cina tidak memberi kerjasama kepada peruncit Melayu. Mereka tidak risau soal pelanggan Cina kerana golongan itu mempunyai daya beli yang tinggi.
- Lalu, wajarlah jika orang Melayu di seluruh negara memboikot semua produk yang dikeluarkan oleh syarikat Cina kerana selama ini pun bangsa Cina sudah lama memboikot produk Melayu tapi kita tak perasan kerana majority Melayu tak faham Bahasa dan tulisan Cina. Itu fakta bukan auta.– GRP)
Subscribe to:
Posts (Atom)





