- Ketika banduan bernama Anwar Ibrahim menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, isterinya Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong.
- Tindakan yang dibuat pada saat-saat akhir itu telah mengejutkan ramai orang. Ia dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan banduan itu dari dilucutkan hak sebagai ahli parlimen mengikut Perkara 44(4)c Perlembagaan Persekutuan.
- Sekarang, kedudukan banduan Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat akan hanya boleh dipertimbangkan semula selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan dan ini juga bermakna Parlimen tidak boleh mengistiharkan kekosongan mengikut Perkara 52 Perlembagaan.
- Perkara ini telah disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Justeru, buat sementara ini tidak timbul soal pembabitan Suruhanjaya Pilihran Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
- Bagi pejuang PKR, ia membawa maksud bahawa banduan Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan perlu dibenarkan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
- Mereka tertanya tanya sama ada banduan Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).
- Mereka menyifatkan ia sebagai satu kes ujian sama ada seseoarang ahli parlimen yang dipenjara tetapi sedang menunggu keputusan rayuan pengampunan, boleh dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat.
- Lebih pelik lagi, pengikut tegar PKR berpendapat banduan Anwar wajib dibenarkan hadir atas lima sebab iaitu peliwat itu seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.
- Mereka mendakwa, adalah tidak wajar jika hak pengundi dinafikan. Sekalipun banduan itu dihukum, ia tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah. Biarpun Anwar seorang peliwat, beliau masih seorang Ahli Parlimen yang sah.
- Justeru itu, penyokong PKR mahu banduan itu dibenarkan hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab dan selepas itu dihantar semula ke penjara.
- Penyokong PKR uga mahu banduan itu bersidang di Parlimen kerana tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.
- Dengan dungunya mereka beranggapan, secara tidak langsung, hal itu mengesahkan banduan Anwar masih ahli parlimen dan berhak hadir semasa parlimen bersidang.
- Lebih dungu lagi apabila penyokong PKR mahu banduan itu menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang. Sebab tiada pemilihan ketua baru dibuat kerana mereka mahu banduan Anwar bersidang di Parlimen.
- Kata mereka lagi, Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.
- Kedunguan PKR semakin terserlah apabila mereka juga mahu banduan itu berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat banduan dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.
- Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, puak pembangkang menganggap kedudukan banduan Anwar sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas.
- Dengan bodohnya mereka mendesak KDN supaya menimbang perkara ini dengan adil kerana ia satu peluang untuk membuktikan kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.
- Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada banduan Anwar hadir ke Parlimen.
- Kebodohan semakin berpanjangan apabila pembangkang mendesak kerajaan supaya membenarkan banduan itu ke parlimen atas alasan ia adalah kemahuan rakyat. Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, banduan itu masih punya sokongan yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing. Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mahu banduan itu segera dibebaskan.
- Jika kerajaan memenuhi kehendak luahan hati penyokong PKR, maka institusi Parlimen Malaysia akan menjadi kartun kerana membenarkan banduan menyertai sidang dewan. Belum pernah ada kes sedemikian berlaku di Malaysia dan negara berdekatan.
- Sebelum ini puak pembangkang mendesak Yang DiPertuan Agong supaya memanggil banduan Anwar ke majlis minum petang untuk membincangkan soal pengampunan diraja. Astagfirullah, di manakah rasionalnya permintaan sebegini biadap dan bodoh.
- PKR sepatutnya berhenti menjadi sebuah parti kartun kerana desakan mereka sejak dahulu sehingga ke hari ini ternyata tersasar, terbabas, tergelincir, tertiarap dan terkangkang. Rakyat yang menyokong parti itu semakin muak dan menyampah.
Tuesday, 3 March 2015
Parlimen jadi kartun jika Anwar dibenar bersidang
Melayu DAP dan PKR tolak tujuh amanat
- Semua NGO Melayu Islam menyatakan sokongan padu terhadap tujuh amanat yang digariskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
- Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan amanat itu sebagai panduan untuk bangsa Melayu menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
- Antara lain amanat Najib menyentuh mengenai keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
- Lebih penting amanat beliau menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.
- Jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.
- Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.
- Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila.
- Lebih 1,000 NGO Melayu Islam di Malaysia yang mewakii 17 juta penduduk Melayu ternyata menyokong tujuh amanat Perdana Menteri itu. Malangnya Melayu DAP dan PKR menolak hak Melayu dan Islam dilindungi serta diperkukuh.
- Bagi DAP tiada Melayu dalam negara ini yang melebihi bangsa lain dan agama Islam pula tidak boleh melebihi kepentingan agama lain. Semuanya dilabel sebagai samarata, sama penting dan perlu mengetepikan hak agama sendiri bagi menghormati agama lain.
- Ambil saja contoh mudah, DAP tidak mahu surau dan masjid memanggil umat Islam bersolat melalui azan yang dilaungkan pembesar suara bagi menghormati penganut agama lain untuk menikmati kebebasan masing-masing.
- Jika panggilan bersolat tidak boleh dilaungkan di kawasan perumahan, lalu apakah maknanya azan. Apa ertinya azan berkumandang secara perlahan tetapi hanya kedengaran di dalam surau itu saja. Untuk siapa panggilan `hai ya ala solah’.
- Kini DAP sudah mula mengkritik teks khutbah solat Jumaat dan pemimpin Islam hanya mencemuh DAP melalui media arus perdana dan laman sosial tanpa ada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas parti chauvinis itu.
- Melayu dalam PKR juga serupa. Kebanyakan mereka menolak institusi istana yang selama ini telah menjaga dan memelihara Islam di Malaysia. Hak Melayu dan bumiputera dalam ekonomi dan pemilikan tanah juga mereka tolak kerana mementingkan kesamarataan bangsa.
- Peliknya pernahkah dalam kerajaan PKR di Selangor, ekonomi bangsa Melayu, Cina dan India disamaratakan? Dalam bahasa lebih mudah, apakah 90 peratus kek ekonomi yang dikuasai Cina diagih-agih kepada bangsa Melayu atau India? Jawapannya tidak. Bukan itu yang diperjuangkan. PKR hanya berjuang agar hak memiliki apa jua diberikan sama rata kepada semua bangsa mengikut kemampuan masing-masing. Kalau bangsa Melayu tak mampu memilikinya, biarlah mereka tertinggal dibelakang, biarlah mereka merempat, biarlah mereka papa kedana. Itu yang dinamakan kesamarataan hak. Itulah matlamat perjuangan PKR, selain melonjak-lonjak mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri secara revolusi sedangkan peluang yang disediakan ketika beliau berada dalam kerajaan kira-kira 20 tahun lalu disia-siakan.
- Bagaimana pula dengan PAS? Parti itu menganggap Melayu sebagai assobiyah. Tapi PAS tak menolak sistem kesultanan. Kerajaan PAS Kelantan menyanjung sultan. Hanya PASMA saja yang menolak sistem kesultanan seperti PKR dan DAP. Siapakah PASMA? Mereka adalah jentera PKR yang diserapkan dalam PAS kira-kira 15 tahun dahulu untuk menguasai dan mencengkap PAS dari dalam.
- Lalu siapakah yang akan meempertahankan bangsa Melayu di Malaysia? Kalaupun Melayu PAS dan PKR cukup benci mendengar nama UMNO, namun hakikatnya UMNO itulah satu-satunya parti yang memartabatkan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu sejak 1957.
- Mengapa segelintir Melayu benci menyebut UMNO? Sudah tentu dakyah itu dicetus dan diulangsiar oleh DAP sejak 1957 secara tidak henti-henti hingga ke hari ini. Sifat benci itu sudah menjadi sebati dalam jiwa ahli PKR dan PAS pada masa kini.
- Bagi mereka segala yang kotor dan jijik adalah UMNO, segala yang putih dan bersih adalah PKR, PAS dan DAP. Ingin saya tutup dengan persoalan, sejak DAP memerintah Pulau Pinang, berapa banyak masjid dan surau telah mereka bina untuk umat Islam? Sama juga dengan PKR yang telah memerintah Selangor sejak 2008. Berapa banyak surau dan masjid telah mereka bina?. Jangan beri alasan bahawa tanggungjawab bina masjid adalah tugas kerajaan pusat dan UMNO.
- Lalu pihak yang akan mendukung tujuh amanat Perdana Menteri Malaysia adalah 17 juta bangsa Melayu, bukannya 10 juta bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa. Maka pijaklah di bumi yang nyata dan jangan bermimpi di siang hari. Apakah maksud perumpamaan itu, tepuklah dada tanyalah selera.
Thursday, 26 February 2015
Permohonan keluarga Anwar tidak sah
- Banduan VVIP Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar disahkan enggan memohon dan menandatangani surat pengampunan, sekaligus meletakkan status petisyen keluarganya bagi pengampunan Diraja dianggap tidak sah.
- Seorang peguam Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung.
- "Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya sebagai mengulas tindakan mengejut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulung banduan, Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat.
- Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan.
- Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja.
- "Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya.
- Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya.
- Nota: Orang ramai tertanya-tanya apakah muslihat sebenar Anwar dan keluarganya dalam isu petisyen pengampunan Diraja ini wal hal mereka semua faham bahawa tindakan mereka itu tidak sah.
- Mereka ada ramai peguam untuk menasihati tindakan yang sudah difahami sebagai tidak sah, tetapi mereka tetap lakukan juga.
- Apakah petisyen itu mahu mencabar kewibawaan institusi istana sebelum membawa isu itu ke peringkat global bagi mendapat perhatian dan simpati dunia ke atas revolusi yang bakal dilancarkan oleh juak-juak Anwar tidak lama lagi.
- Ternyata keselamatan negara bakal terjejas jika revolusi seumpama itu berlaku dan ISA sudah tidak ada untuk menyelamatkan negara, melainkan sistem pertahanan Rejimen Askar Melayu Diraja saja yang akan berada di barisan hadapan bagi menangani revolusi itu.
- Ketika inilah pembangkang akan menggunakan simpati antarabangsa untuk membawa masuk pasukan pengaman PBB yang akhirnya akan memusnahkan Perlembagaan Malaysia dan institusi Raja-Raja Melayu.
- Retak sudah menanti belah. Bangsa Melayu sudah berada di persimpangan kehancuran. Kecuali bangsa Melayu bersatu dan tidak membenarkan apa jua bentuk revolusi. Harapan itu hampir mustahil akan terjadi kerana majoriti pendokong semua denonstrasi pembangkang merupakan bangsa Melayu.
- Persoalan lanjutan ialah apakah MAGERAN dapat menyelesaikan semuanya tanpa campurtangan dunia luar? Tiada yang pasti.
Melayu menderita Pulau Pinang naikkan pelbagai cukai
- Selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, rakyat mula dimomokkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya bakal berhadapan dengan pelbagai kenaikan termasuklah selepas perlaksaan GST.
- Semua ini kononnya bakal menyusahkan dan menunjukkan kerajaan pusat tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.
- Ketika kerajaan mengumumkan, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float) 1 Disember lalu, maka ramai yang membantah kononnya ini akan menjadi punca harga barangan akan meningkat naik.
- Namun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin berkata, apa yang terjadi adalah sebaliknya.
- “Bukan sahaja harga minyak turun tetapi kerajaan juga bertungkus-lumus berusaha memastikan harga barangan turut diturunkan.
- “Tetapi sayangnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula menaikkan satu demi satu cukai dan caj perkhidmatan. Tahun baru 2015 bukan mengundang kebahagiaan kepada rakyat negeri ini tapi ianya bagaikan satu mimpi ngeri kerana kos kehidupan mereka bakal bertambah,” ujarnya.
- Tambah beliau lagi, bermula dengan caj levi hotel dikenakan pada setiap bilik penginapan yang disewa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula menaikkan cukai taksiran sebanyak 14 peratus.
- Bukan itu saja katanya untuk beriadah juga kini dikenakan bayaran apabila mengunjungi Fort Cornwallis yang asalnya RM3 meningkat ke RM10.
- “Tidak cukup dengan itu, sewa gerai dan surcaj air juga naik. Terbaru adalah pembatalan diskaun lima peratus kepada bumiputera untuk membeli rumah mampu milik.
- “Tak tahu la apa lagi yang akan dibebankan kepada rakyat selepas ini. Apa yang diwar-warkan oleh Dap selama ini kononnya mereka ini parti yang membela rakyat adalah satu sandiwara. Mereka hanya mahu undi dan berkuasa… selepas itu rakyat diabaikan,” ujarnya lagi.
- Nota : Komuniti Melayu cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan cukai di Pulau Pinang. Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerajaan DAP tidak pernah mengamalkan kerajaan berkebajikan.
- Bagi DAP, siapa yang tidak dapat mengikut arus pembangunan di Pulau Pinang, mereka adalah golongan pemalas dan perlu keluar dari pulau itu. Hanya bangsa Cina yang rajin saja layak menguasai ekonomi di situ dan meneruskan pemerintahan sampai bila-bila.
- Pulau Pinang sudah menjadi Singapura di mana Melayu sentiasa tersepit dan hidup dalam serba kepayahan. Hal yang sama berlaku di Kuala Lumpur, Cuma bezanya DBKL ditadbir di bawah kerajaan persekutuan. Kalau tidak ibukota juga sama seperti Singapura dan Pulau Pinang di mana bangsa Cina menguasai segala-galanya.
- Lalu apakah penyelesaian bagi menamatkan penderitaan bangsa Melayu di Pulau Pinang sedangkan undi pada pilihan raya lalu jauh daripada mencukupi untuk menumbangkan kerajaan DAP?
- Paling tidak ada segelintir pihak mencaangkan Kedah mengambil semula Pulau Pinang mengikut Perlembagaan Negara. Ternyata idea itu tidak bernas dan hanya mengundang revolusi berdarah.
- Ternyata jawapan pada persoalan itu tidak lari daripada usaha meningkatkan kegiatan ekonomi Melayu. Malangnya Dewan Perniagaan Melayu di situ bagaikan tak wujud, apatah lagi badan-badan ekonomi yang lain.
- Lalu kerajaan pusat perlu sediakan program ekonomi in-situ di Pulau Pinang bagi memastikan semua anak Melayu Pulau Pinang menjadi usahawan secara dipaksa dan terpaksa. Hanya itu saja pelan pembangunan yang boleh menamatkan penderitaan mereka di bumi jajahan DAP itu.
Tuesday, 24 February 2015
DAP ternak judi dan pelacuran
- Selama ini DAP cukup kuat menafikan berita tentang penglibatan para pemimpin parti itu dalam kegiatan subversif dan maksiat terutama sekali judi dan pelacuran.
- Namun hakikatnya beberapa orang bawahan DAP telah ditangkap kerana disyakki terbabit dengan pengedaran dadah dan menjadi pelindung rumah pelacuran.
- Khabarnya pelacuran, dadah dan judi merupakan pendapatan utama DAP. Disebabkan itulah, DAP cuba mewujudkan polis sendiri seperti Pasukan Peronda Sukarela yang dibiayai menerusi cukai rakyat tetapi fungsi mereka adalah untuk menjaga kepentingan sindiket yang berpusat di Pulau Pinang.
- Kalau kita ingatkan kembali, DAP juga pernah mencadangkan agar Selangor juga dibenarkan memiliki polis sendiri. Ini adalah kerana selain Pulau Pinang, Selangor juga adalah pusat terbesar sindiket pelacuran, judi dan dadah yang mempunyai kaitan dengan DAP.
- Kemuncak daripada desakan agar DAP dibenarkan memiliki polis sendiri adalah kematian Teoh Beng Hock yang membunuh diri kerana cuba melindungi kegiatan dan penyelewengan yang melibatkan sebahagian pemimpin DAP Selangor khususnya Ean Yong Hian Wah.
- Kes siasatan SPRM yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock sehingga kini tergantung apabila DAP lebih membesar-besarkan tentang kematian Teoh Beng Hock berbanding penyebab kepada kematiannya.
- Dua hari lepas, beberapa orang pengguna Facebook telah mendedahkan tentang perangai buruk ADUN Balakong, Eddie Ng. Eddie Ng telah menggunakan premis DAP yang dibiayai oleh wang rakyat negeri Selangor untuk berjudi.
- Apabila ditanya, Eddie Ng sekadar menjawab acuh tidak acuh, manakala Anthony Loke, Tan Kok Wai dan beberapa orang pemimpin DAP yang lain memberikan reaksi yang sangat menjengkelkan berbanding reaksi mereka sekiranya pihak UMNO atau Barisan Nasional terlibat.
- Dengan penguasaan DAP dalam PBT, selain mereka juga dikenali sebagai PEMBERI RASUAH TEGAR dan manipulator yang tidak berhati perut, industri pelacuran dan judi berkembang biak di mana-mana kawasan yang mereka kuasai.
- Eddie Ng dan Hew Kuan Yau telah pun menunjukkan bukti betapa judi dan pelacuran tidak dapat dilekangkan daripada DAP. Eddie didedahkan sebagai pemain judi perungus yang kalah sehingga kepanasan dan membuka butang baju, manakala Hew Kuan Yau pula mengiklankan betina pelacur dalam ucapan Selamat Tahun Baru Cinanya. – Bulletin 247
Sirul dinasihat jaga imej negara
- “Nasihat saya untuk Sirul, sila rujuk dan dapatkan nasihat peguam anda dan menjaga nama baik serta imej negara untuk kestabilan berkekalan."
- Itu nasihat seorang peguam, Fakhrul Anwar Ramli kepada bekas Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Omar yang berdepan hukuman mati dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
- Fakhrul yang berkhidmat sebagai Peguambela & Peguamcara Tentuan Rahim & Lawrnee JB menegaskan isu membabitkan Sirul sama ada perlu memberi keterangan secara terbuka kepada umum menerusi media yang diaturkan PAS semalam sepatutnya tidak berlaku.
- "Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan mengikut undang-undang yang adil dan kita harus menerima tanpa mempersoalkan keputusan mereka. Sirul dan Azilah sudah diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk membuktikan mereka tidak bersalah dan mereka gagal.
- "Mereka berdua sudah terbukti bersalah oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan. Kalau kita berkeras untuk membuka semula kes ini, ia akan menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang atau Rule Of Law dan menjadi duluan atau 'precedent' untuk kes-kes lain. Hal ini telah mengetepikan fungsi sebenar mahkamah.
- "Rakyat Malaysia harus menghormati Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang, Jangan sibuk timbulkan isu berkaitan Sirul dan Azilah lagi. Kalau isu ini terus dipersoalkan, maka apa gunanya ada mahkamah dan undang-undang?
- "Sidang media yang dilakukan oleh Mahfuz Omar semalam tidak releven dan saya rasa Mahfuz Omar lebih arif tentang hal undang-undang kerana beliau merupakan Ahli Parlimen yang berperanan sebagai penggubal undang-undang," katanya.
- Menurutnya, adanya sidang media berkenaan seolah mencalarkan imej Mahfuz sendiri sebagai orang berpengaruh dalam politik. "Saya percaya isu ini akan terus dibangkitkan atas kepentingan politik pihak tertentu," katanya.
Drama komedi Mahfuz-Rafizi soal Sirul Azhar
- Semalam telah berlangsung satu drama komedi yang telah membuatkan para wartawan memaki hamun Mahfuz Omar. Walaupun Mahfuz kemudiannya cuba 'mengembalikan maruahnya' dengan kejayaan menghubungi Sirul Azhar, tetapi semakin ramai yang mencemuh dan mengecamnya.
- Ini adalah kerana Sirul Azhar berada dalam tahanan Kerajaan Persekutuan Australia atas kesalahan imigresen. Sebagai tahanan, Sirul Azhar tidak mempunyai kemudahan untuk berkomunikasi dengan mana-mana pihak, termasuklah pihak berkuasa Malaysia.
- Hubungan pula hanya melibatkan antara Kerajaan dengan Kerajaan, bukan lagi individu dengan individu atau parti politik dengan individu seperti yang cuba digambarkan oleh PAS.
- Difahamkan, apa yang dilakukan oleh Mahfuz semalam, sebenarnya menunggu masa untuk disorak oleh Rafizi Ramli. Sebabnya, ia adalah 'program' Rafizi Ramli tetapi Mahfuz yang sedang kelam-kabut untuk menutup isu PASMA dan perpecahan dalam PAS.
- PAS memerlukan satu isu yang boleh meletup, lalu Mahfuz telah 'merampas' isu berkenaan (Sirul Azhar) dengan menjadikan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut sebagai markas untuk mencetuskan fenomena itu.
- Malangnya, ia tidak menjadi sebagaimana yang diharapkan. Sirul Azhar tidak dapat dihubungi dan sememangnya tidak dapat dihubungi walaupun tanpa sidang media oleh Mahfuz.
- Rafizi sendiri telah meng`kantoi’kan Mahfuz apabila memberitahu, Sirul Azhar tidak dapat dihubungi selagi tidak mendapat kebenaran mahkamah Australia.
- Justeru, pertanyaan muncul pada jam 1:10 tengah hari, di mana Mahfuz dilihat 'berbual-bual dengan Sirul'. Siapakah di dalam talian bersama-sama Mahfuz kalau Sirul tidak boleh dihubungi?
- Adakah Mahfuz bercakap dengan dirinya sendiri kerana malu selepas kegagalannya terlalu besar untuk dilindungi? Adakah Mahfuz terpaksa menyediakan pelan itu setelah menyedari wartawan dan orang ramai mula mempersoalkan bagaimana dia boleh menghubungi Sirul sedangkan pada masa yang sama, Sirul tidak dibenarkan berkomuikasi ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia?
- Dan mungkin kerana itulah juga, Mahfuz terpaksa menipu dengan menyatakan, pada Isnin hadapan, dia akan membawa keluarga Sirul berjumpa dengan Sirul di Australia pula! Nampaknya Mahfuz bukan sahaja kena `game’ dengan wartawan tetapi dengan Rafizi. – theflyingkick.blogspot
Subscribe to:
Posts (Atom)






