Wednesday 27 May 2015

Esok 4.65 juta rakyat marhaen dapat BR1M


  1. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula esok, membabitkan 4.65 juta penerima, kata Kementerian Kewangan, hari ini.
  2. Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan.
  3. Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.
  4. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
  5. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun BANK, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran.
  6. Pada masa sama, Ahmad Husni berkata kerajaan memperkenal Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000, bertujuan membantu waris penerima BR1M dalam kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia.
  7. Sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK telah diluluskan. Waris penerima BR1M yang dinamakan dalam Borang Permohonan BR1M, boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen sijil kematian serta kad pengenalan diri waris.
  8. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my.


Amoi bongkar taktik peniaga Cina menipu

  1. Peniaga Cina pasti melenting apabila mereka dikatakan penipu. Malah mereka sanggup ke mahkamah bagi mempertahan penipuan mereka.
  2. Yang menjadi mangsa ialah pengguna Melayu. Pengguna sedar mereka jadi mangsa penipuan tapi apa kan daya tiada bukti dapat disandarkan bagi memperkukuh wasangka.
  3. Akhirnya bukti yang dinanti-nanti muncul. Seorang gadis Cina, Stephanie Tan, telah tampil ke depan dengan mendedahkan aktiviti penipuan di kalangan peniaga telekomunikasi berbangsa Cina.
  4. Stephanie, bekas pekerja kedai telefon berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka, terutama bangsa Melayu. Mereka tidak menipu pelanggan berbangsa Cina.
  5. “I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri KERJA di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.
  6. "I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.
  7. “I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.
  8. Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.
  9. Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
  10. "I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.
  11. Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' di kalangan pegawai KPDNKK.
  12. Bagi menangani masalah itu, sebaiknya beli telefon bimbit dari wakil jualan lantikan sah. Biarlah mahal sekali pun, yang penting produk original dan ada warranty.
  13. Terima kasih Stephanie Tan. Perkongsian anda membuktikan bahawa ada juga di kalangan Cina yang tidak suka penipuan serta penindasan yang dilakukan oleh peniaga Cina.


Ulama asing datang berqasidah sambil sebar tarekat


  1. Beberapa ulama asing dikesan masuk ke Malaysia sewenang-wenangnya untuk berdakwah ajaran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
  2. Sumber memberitahu, mereka masuk melalui program keagamaan seperti qasidah dan zikir. Selain itu, mereka juga dijemput menghadiri majlis peribadi yang membuka ruang mereka menyebar tarekat bertentangan ASWJ.
  3. Salah seorang ulama luar yang menjadi perhatian ialah Sheikh Muhammad Hisham Kabbani. Beliau merupakan anak murid Sheikh Nazim Al-Haqqani, pengasas Tarekat Nasyabandiah Al-Aliyyah yang diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 2000.
  4. Sheikh Muhammad Hisham disahkan mengambil alih kepemimpinan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah daripada Sheikh Nazim.
  5. Sumber juga berkata, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membuat keputusan mengharamkan tarekat itu kerana ia bertentangan dengan fahaman dan akidah ASWJ dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
  6. Antara perkara yang mereka lakukan ialah pemujaan melampau terhadap Rasulullah SAW dengan mendakwa baginda hadir di majlis sambutan maulid mereka. Sheikh Muhammad Hisham pula pernah melakukan ritual dan doa di kubur serta mencium kubur tersebut. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan tarekat ini mirip dengan ajaran Syiah.
  7. Seorang lagi pendakwah luar yang turut mendapat perhatian ialah Habib Umar Hafiz yang pernah diundang menghadiri program selawat perdana di Putrajaya, Mei lalu. Bagaimanapun beliau tidak hadir.
  8. Habib Umar didakwa ulama keturunan Rasulullah SAW seperti mana tertera dalam biografi bukunya.
  9. Terdapat rakaman video menunjukkan Habib Umar melakukan aksi meragukan berkaitan Rasulullah SAW ketika menghadiri satu majlis di Yemen.
  10. Selain itu buku tersebut mewujudkan pemujaan melampau kepada Habib Umar seperti mana keterangan gambarnya yang antara lain ditulis, ‘Peribadi beliau merupakan hadiah terbesar bagi muslimin saat ini’ dan ‘..hati menjadi tenang bila sesiapa yang memandang wajahnya’
  11. Untuk itu pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan bagi membanteras penularan tarekat tersebut kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.
  12. Ini memandangkan jika pengikut mereka semakin ramai dan kuat, ia akan menyebabkan wujud ketaksuban kepada pemimpin mereka. Penguatkuasaan hendaklah dilakukan segera melalui cara mencegah sebarang program yang dilihat mampu meluaskan pengaruhnya.
  13. Sewajarnya latar belakang pendakwah asing mesti disemak terlebih dahulu sebelum  dibenarkan masuk ke negara ini kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
  14. Kita perlu tegas dalam soal tersebut kerana apa yang dinyatakan bukanlah berdasarkan tuduhan semata-mata tetapi berpandukan kepada bukti-bukti yang dimiliki.


JAKIM tarik balik sijil halal Secret Recipe


  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak menarik balik sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd berkuatkuasa 7 Mei lalu.
  2. Tindakan tersebut berpunca daripada perlanggaran Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius.
  3. Memetik kenyataan Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakan yang diambil JAKIM itu adalah kerana penggunaan bahan haram oleh pihak Secret Recipe.
  4. “Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syatikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.”
  5. Beliau turut berkata, pihaknya telah memanggil syarikat berkenaan dan mereka berjanji untuk melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan.
  6. Pihak Secret Recipe turut memiliki peluang memohon sijil halal semula setelah mereka memperbetulkan kesalahan yang dibuat sebelum ini.
  7. “JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa.”