Wednesday 27 May 2015

JAKIM tarik balik sijil halal Secret Recipe


  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak menarik balik sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd berkuatkuasa 7 Mei lalu.
  2. Tindakan tersebut berpunca daripada perlanggaran Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius.
  3. Memetik kenyataan Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakan yang diambil JAKIM itu adalah kerana penggunaan bahan haram oleh pihak Secret Recipe.
  4. “Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syatikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.”
  5. Beliau turut berkata, pihaknya telah memanggil syarikat berkenaan dan mereka berjanji untuk melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan.
  6. Pihak Secret Recipe turut memiliki peluang memohon sijil halal semula setelah mereka memperbetulkan kesalahan yang dibuat sebelum ini.
  7. “JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa.”


No comments:

Post a Comment