Saturday 11 April 2015

PENYOKONG UMNO TOLAK BN HANYA KERANA GST




Semenjak GST di lancarkan pada 1hb April 2015, kemana sahaja kita berjalan akan dengar rungutan tentang masalah GST. Ianya semakin lama semakin membuat rakyat menyampah dan rata rata mengatakan BN bakal tumpas akibat daripada impak GST ini.

Di manakah kesilapan kerajaan BN sehingga boleh di katakan hampir semua rakyat Malaysia menentang dan merungut tentang GST?

Banyak persoalan mengenai GST yang kerajaan perlu perjelaskan kepada Rakyat. Kenapa harga barangan meningkat dan bukan menurun walaupun pada dasarnya cukai GST lebih murah dari cukai SST yang digunakan sebelum ini? Sudah pasti ianya satu perkara yang pelik apabila cukai dengan kadar yang lebih rendah di perkenalkan, ianya menyebakan harga barangan lebih tinggi.

Sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang positif kearah memperbetulkan keadaan, pasti keadaan akan bertambah buruk dan tidak mustahil Kerajaan BN tumpas pada PRU 14. Ini dapat di lihat dari sejarah beberapa negara di mana Kerajaan memerintah tewas pada pilihanraya pertama yang di adakan selepas GST di lancarkan.

Persoalan yang berlegar di kepala saya, Adakah Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kewangan gagal untuk melihat ke depan apa yang bakal terjadi dengan memperkenalkan sukai GST atau mereka dengan sengaja mengenepikan semua permasalahan ini? Adakah mungkin mereka tahu BN bakal tumpas pada PRU 14, maka ada pihak yang cuba mengaut keuntungan maksimum sebelum kerajaan bertukar tangan?

Selepas 168 negara lain yang menggunakan sistem GST dalam sistem percukaian mereka, adalah tidak masuk akal sama sekali pihak kerajaan tidak mengetahui perihal masalah masalah yang berkaitan dengan GST sehingga melakukan kesilapan yang serupa. Pasti ada api dalam sekam yang ingn menghancurkan Umno dan BN.


Saya rasa kerajaan perlu memansuhkan semula percukaian GST ini atau mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul. Di samping itu Kerajaan juga harus bersikap lebih telus. 

Sebagai contoh, rakyat juga ingin mengetahui berapakah bajet yang di peruntukkan untuk menjalankan sistem percukaian baru ini? Jika tidak di pantau, tidak mustahil ada pihak akan berbelanja berpuluh billion Ringgit hanya kerana memperkenalkan sistem GST.

WAKE-UP PRIME MINISTER! YOU ARE KILLING YOURSELF THIS WAY! REORGANIZE! REPLAN! 

No comments:

Post a Comment