Wednesday 11 March 2015

Roh Melayu Azmin tipis sanggup musnah ekonomi Melayu

Jatuh bangun Rozali dalam industri air Selangor
  • Ramai mengaakan roh Melayu Menteri Besar Selangor yang baru lebih tipis berbanding pemimpin sebelumnya.
  • Ini jelas dilihat apabila beliau batalkan perjanjian penstrukturan air yang sekaligus menamatkan penguasaan taikun Melayu Tan Sri Rozali Ismail dalam industri air di Selangor.
  • Dek kerana teruja mahu mengagihkan projek konsesi air kepada kontraktor DAP yang selama ini memandikan PKR dengan wang ringgit, Mohamed Azmin Ali dikatakan sanggup meruntuhkan gagasan ekonomi Melayu.
  • Ironinya beliau tidak menjentik pun sebarang usaha pengukuhan ekonomi bangsa Cina di bumi Selangor. Lihat saja bagaimana rakus beberapa taikun kartel DAP memonopoli semua industri tanpa memberi sedikit ruang untuk Melayu bertapak.
  • Kini Azmin mahu memusnahkan satu-satunya taikun Melayu yang ada di Selangor. Demi memenuhi nafsu DAP, Azmin tergamak batalkan perjanjian penstrukturan air Selangor yang dimeterai Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kerajaan pusat.
  • Malah pembatalan itu dikatakan dilakukan dengan cara mengelirukan rakyat. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyifatkan Azmin cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
  • Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
  • Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
  • “Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
  • “Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
  • “Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya ketika menjawab soalan Azmin (PKR-Gombak) berhubung komitmen Pusat untuk menyelesaikan masalah air di ketiga-tiga negeri dalam Sidang Dewan Rakyat.
  • Maximus berkata, Kerajaan Pusat bekerja keras memastikan penstrukturan semula bekalan air dapat dilaksanakan melalui 32 pertemuan dengan kerajaan negeri selain bersetuju menandatangani beberapa perjanjian termasuk melibatkan syarikat konsesi.
  • Jelasnya, persetujuan juga diberikan untuk kerajaan negeri me­ngambil alih perkhidmatan bekalan air daripada Syabas, PSNB, Abass dan Syarikat Pengeluaran Air Su­ngai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
  • “Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga menyediakan peruntukan sejumlah RM2 bilion bagi membantu kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi tersebut,” katanya.
  • Azmin kelihatan berdolak dalik ketika dikritik kerajaan pusat. Beliau terus mendakwa kerajaan pusat mahu tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dimasukkan sebagai aset yang akan diambil alih dalam perjanjian konsesi air.
  • Dakwanya, Kerajaan Negeri hanya bersetuju untuk menyerahkan aset air yang sudah dinaiktaraf syarikat konsesi sahaja dan tidak akan menggadaikan kedaulatan tanah Selangor.
  • “Antara perkara utama yang dilanggari Kerajaan Persekutuan adalah untuk menyemak semula perjanjian yang sudah termeterai dalam perjanjian utama iaitu Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan aset air milik syarikat konsesi yang dinaiktaraf.
  • “Tetapi dalam tempoh dua tiga bulan lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak bukan sahaja aset yang sudah dinaiktaraf tetapi jajaran tanah yang dilalui aset itu mesti diserahkan sekali.
  • “Apakah rakyat dan pengguna Selangor bersetuju menyerahkan 26,000 km tanah itu,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.
  • Perang antara Azmin dan kerajaan pusat seperti tidak berkesudahan dan rakyat akan terus menderita dengan perbekalan air yang tidak menentu kerana perancangan yang mahu dilaksanakan itu tiba-tiba dibatalkan.
  • Penyudahnya taikun Rozali juga yang terpaksa gulung tikar dan tertatih-tatih berjuang dalam dunia minyak dan gas asli. 


No comments:

Post a Comment