Tuesday 3 March 2015

Melayu DAP dan PKR tolak tujuh amanat

17 juta Melayu perlu sambut tuuh amanat Perdana Menteri
  • Semua NGO Melayu Islam menyatakan sokongan padu terhadap tujuh amanat yang digariskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
  • Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan amanat itu sebagai panduan untuk bangsa Melayu menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
  • Antara lain amanat Najib menyentuh mengenai keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
  • Lebih penting amanat beliau menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.
  • Jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.
  • Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.
  • Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila.
  • Lebih 1,000 NGO Melayu Islam di Malaysia yang mewakii 17 juta penduduk Melayu ternyata menyokong tujuh amanat Perdana Menteri itu. Malangnya Melayu DAP dan PKR menolak hak Melayu dan Islam dilindungi serta diperkukuh.
  • Bagi DAP tiada Melayu dalam negara ini yang melebihi bangsa lain dan agama Islam pula tidak boleh melebihi kepentingan agama lain. Semuanya dilabel sebagai samarata, sama penting dan perlu mengetepikan hak agama sendiri bagi menghormati agama lain.
  • Ambil saja contoh mudah, DAP tidak mahu surau dan masjid memanggil umat Islam bersolat melalui azan yang dilaungkan pembesar suara bagi menghormati penganut agama lain untuk menikmati kebebasan masing-masing.
  • Jika panggilan bersolat tidak boleh dilaungkan di kawasan perumahan, lalu apakah maknanya azan. Apa ertinya azan berkumandang secara perlahan tetapi hanya kedengaran di dalam surau itu saja. Untuk siapa panggilan `hai ya ala solah’.
  • Kini DAP sudah mula mengkritik teks khutbah solat Jumaat dan pemimpin Islam hanya mencemuh DAP melalui media arus perdana dan laman sosial tanpa ada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas parti chauvinis itu.
  • Melayu dalam PKR juga serupa. Kebanyakan mereka menolak institusi istana yang selama ini telah menjaga dan memelihara Islam di Malaysia. Hak Melayu dan bumiputera dalam ekonomi dan pemilikan tanah juga mereka tolak kerana mementingkan kesamarataan bangsa.
  • Peliknya pernahkah dalam kerajaan PKR di Selangor, ekonomi bangsa Melayu, Cina dan India disamaratakan? Dalam bahasa lebih mudah, apakah  90 peratus kek ekonomi yang dikuasai Cina diagih-agih kepada bangsa Melayu atau India? Jawapannya tidak. Bukan itu yang diperjuangkan. PKR hanya berjuang agar hak memiliki apa jua diberikan sama rata kepada semua bangsa mengikut kemampuan masing-masing. Kalau bangsa Melayu tak mampu memilikinya, biarlah mereka tertinggal dibelakang, biarlah mereka merempat, biarlah mereka papa kedana. Itu yang dinamakan kesamarataan hak. Itulah matlamat perjuangan PKR, selain melonjak-lonjak mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri secara revolusi sedangkan peluang yang disediakan ketika beliau berada dalam kerajaan kira-kira 20 tahun lalu disia-siakan.
  • Bagaimana pula dengan PAS? Parti itu menganggap Melayu sebagai assobiyah. Tapi PAS tak menolak sistem kesultanan. Kerajaan PAS Kelantan menyanjung sultan. Hanya PASMA saja yang menolak sistem kesultanan seperti PKR dan DAP. Siapakah PASMA? Mereka adalah jentera PKR yang diserapkan dalam PAS kira-kira 15 tahun dahulu untuk menguasai dan mencengkap PAS dari dalam.
  • Lalu siapakah yang akan meempertahankan bangsa Melayu di Malaysia? Kalaupun Melayu PAS dan PKR cukup benci mendengar nama UMNO, namun hakikatnya UMNO itulah satu-satunya parti yang memartabatkan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu sejak 1957.
  • Mengapa segelintir Melayu benci menyebut UMNO? Sudah tentu dakyah itu dicetus dan diulangsiar oleh DAP sejak 1957 secara tidak henti-henti hingga ke hari ini. Sifat benci itu sudah menjadi sebati dalam jiwa ahli PKR dan PAS pada masa kini.
  • Bagi mereka segala yang kotor dan jijik adalah UMNO, segala yang putih dan bersih adalah PKR, PAS dan DAP. Ingin saya tutup dengan persoalan, sejak DAP memerintah Pulau Pinang, berapa banyak masjid dan surau telah mereka bina untuk umat Islam? Sama juga dengan PKR yang telah memerintah Selangor sejak 2008. Berapa banyak surau dan masjid telah mereka bina?. Jangan beri alasan bahawa tanggungjawab bina masjid adalah tugas kerajaan pusat dan UMNO.
  • Lalu pihak yang akan mendukung tujuh amanat Perdana Menteri Malaysia adalah 17 juta bangsa Melayu, bukannya 10 juta bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa. Maka pijaklah di bumi yang nyata dan jangan bermimpi di siang hari. Apakah maksud perumpamaan itu, tepuklah dada tanyalah selera.


No comments:

Post a Comment