Thursday 5 March 2015

PR butakan hati rakyat mahu banduan bersidang di Parlimen

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hormati keputusan badan kehakiman negara sebelum bertindak membuat permohonan untuk hadir ke sidang Parlimen semasa beliau masih dalam tahanan dan sedang dalam menjalani hukuman.
  • Meskipun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan pengumuman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh memandangkan keputusan petisyen Diraja belum dibuat, ianya tidak bermakna Parlimen wajib memberikan sebarang kelonggaran kepada beliau.
  • Anwar tidak mempunyai sebarang asas atau kriteria khas untuk diberi keizinan menghadiri persidangan Parlimen dan  beliau harus berada di penjara seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kes beliau.
  • Petisyen permohonan pengampunan Agong masih belum ada keputusannya oleh Lembaga Pengampunan. Anwar hanya boleh menghadirkan diri ke Parlimen sekiranya diberikan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.
  • Pada masa yang sama, semasa Mahkamah Persekutuan memutuskan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar, mahkamah juga tidak memaklumkan atau memutuskan bahawa beliau boleh hadir ke Parlimen semasa persidangan parlimen.
  • Intipati kandungan surat Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar yang menolak permohonan Ketua Pembangkang itu dari menghadiri sidang Dewan Rakyat amat jelas di mata perundangan dan difahami segenap lapisan rakyat.
  • Ekoran penolakan itu, puak pembangkang naik angin dan mula mempersoalkan keputusan Ketua Pengarah Penjara. Pelbagai alasan dicipta untuk menghasut rakyat supaya membenci institusi penjara dan kerajaan Malaysia.
  • Wal hal sudah jelas bahawa mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
  • Apa yang jelas ialah rakyat seperti dipaksa supaya akur dengan peraturan pembangkang. Biasanya mereka yang tahu undang-undang akan lebih menghormati peraturan. Perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak terpakai kepada barisan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
  • Mereka hanya mahu pihak berkuasa yakni kerajaan menghormati hak mereka yang didakwa ‘rakyat’ sedangkan mereka pula bermaharajalela berbuat apa sahaja termasuk melanggar segala peraturan negara yang dibuat dan dilaksanakan demi aspek keselamatan jutaan penduduk.
  • Bilamana Jabatan Penjara menolak permohonan Anwar untuk menghadiri sidang Parlimen Isnin depan, keputusan itu disifatkan peguam pembangkang sebagai menyalahi undang-undang malah didakwa dibuat secara sewenang-wenangnya.
  • “Amat memeranjatkan kerana ia ditolak mentah-mentah tanpa alasan. Penolakan ini benar-benar tidak boleh diterima dan ia dilihat menjadi penghalang kepada fungsi Dewan Rakyat. Anwar adalah pemimpin Parlimen yang sah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan pemimpin pembangkang dari segi undang-undang dan Perlembagaan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam sistem demokrasi berparlimen,” kata kenyataan peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya.
  • Hakikatnya, bukan mereka tidak sedar bahawa seorang banduan kehilangan segala hak yang dinikmati di luar dinding empat tembok batu tidak kira siapa dia mahupun jutaan pengikutnya.
  • Sebagai pakar undang-undang, mereka tentu maklum bahawa Anwar tetap seorang banduan selagi Lembaga Pengampunan belum membuat sebarang keputusan.
  • Bagaimana pula dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tetap berkeras mahu meneruskan perhimpunan #KitaLawan di depan pusat beli-belah Sogo Sabtu, 7 Mac ini.
  • Polis sudah mengisytiharkan ia perhimpunan haram kerana penganjur tidak “mengikut prosedur” dalam memohon permit untuk mengadakan perhimpunan.
  • Penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti disyaratkan di bawah Akta Perhimpunan Aman malah penganjur juga menolak cadangan memindahkan perhimpunan itu ke sebuah stadium.
  • Polis terpaksa bertindak demikian susulan enam laporan berhubung perhimpunan #KitaLawan 28 Februari lalu yang mengganggu urusan perniagaan harian syarikat beli belah Sogo dan sebuah restoran segera mengenai bunyi bising yang dicetuskan.
  • Nyatanya, penolakan itu dibuat kerana penganjur tidak mematuhi undang-undang serta kerana pihak berkuasa mahu urusan harian perniagaan lancar dan bukan kerana sebab lain.
  • “Polis tidak ada hak untuk meminta supaya berpindah tempat dan kedua, tidak ada keperluan memohon permit. Tidak ada isu dengan polis dan perhimpunan itu dijangka diteruskan,” kata Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, sekaligus jelas bagaimana pembangkang langsung tidak menghormati udang-undang negara.
  • Dalam erti kata mudah, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu mereka harus dihormati dan dibenarkan berbuat apa sahaja kerana jika tidak, pembangkang akan memberitahu seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia telah mencabuli hak rakyat.
  • Apa sahaja tindakan terhadap mereka akan dikatakan pencabulan hak asasi rakyat, sedangkan mereka pula secara sengaja melanggar undang-undang yang dibuat serta dilaksana untuk kemakmuran rakyat.
  • Jadi di mana keadilan yang diperjuangkan peguam-peguam pakatan pembangkang, adakah semata-mata untuk penyokong pembangkang yang tidak seberapa kerat atau seluruh masyarakat Malaysia yang semakin muak tipu helah mereka. Penghormatan itu harus diperolehi bukannya dibeli mahupun dipaksakan.


No comments:

Post a Comment