Wednesday 11 March 2015

Roh Melayu Azmin tipis sanggup musnah ekonomi Melayu

Jatuh bangun Rozali dalam industri air Selangor
  • Ramai mengaakan roh Melayu Menteri Besar Selangor yang baru lebih tipis berbanding pemimpin sebelumnya.
  • Ini jelas dilihat apabila beliau batalkan perjanjian penstrukturan air yang sekaligus menamatkan penguasaan taikun Melayu Tan Sri Rozali Ismail dalam industri air di Selangor.
  • Dek kerana teruja mahu mengagihkan projek konsesi air kepada kontraktor DAP yang selama ini memandikan PKR dengan wang ringgit, Mohamed Azmin Ali dikatakan sanggup meruntuhkan gagasan ekonomi Melayu.
  • Ironinya beliau tidak menjentik pun sebarang usaha pengukuhan ekonomi bangsa Cina di bumi Selangor. Lihat saja bagaimana rakus beberapa taikun kartel DAP memonopoli semua industri tanpa memberi sedikit ruang untuk Melayu bertapak.
  • Kini Azmin mahu memusnahkan satu-satunya taikun Melayu yang ada di Selangor. Demi memenuhi nafsu DAP, Azmin tergamak batalkan perjanjian penstrukturan air Selangor yang dimeterai Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kerajaan pusat.
  • Malah pembatalan itu dikatakan dilakukan dengan cara mengelirukan rakyat. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyifatkan Azmin cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
  • Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
  • Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
  • “Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
  • “Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
  • “Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya ketika menjawab soalan Azmin (PKR-Gombak) berhubung komitmen Pusat untuk menyelesaikan masalah air di ketiga-tiga negeri dalam Sidang Dewan Rakyat.
  • Maximus berkata, Kerajaan Pusat bekerja keras memastikan penstrukturan semula bekalan air dapat dilaksanakan melalui 32 pertemuan dengan kerajaan negeri selain bersetuju menandatangani beberapa perjanjian termasuk melibatkan syarikat konsesi.
  • Jelasnya, persetujuan juga diberikan untuk kerajaan negeri me­ngambil alih perkhidmatan bekalan air daripada Syabas, PSNB, Abass dan Syarikat Pengeluaran Air Su­ngai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
  • “Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga menyediakan peruntukan sejumlah RM2 bilion bagi membantu kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi tersebut,” katanya.
  • Azmin kelihatan berdolak dalik ketika dikritik kerajaan pusat. Beliau terus mendakwa kerajaan pusat mahu tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dimasukkan sebagai aset yang akan diambil alih dalam perjanjian konsesi air.
  • Dakwanya, Kerajaan Negeri hanya bersetuju untuk menyerahkan aset air yang sudah dinaiktaraf syarikat konsesi sahaja dan tidak akan menggadaikan kedaulatan tanah Selangor.
  • “Antara perkara utama yang dilanggari Kerajaan Persekutuan adalah untuk menyemak semula perjanjian yang sudah termeterai dalam perjanjian utama iaitu Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan aset air milik syarikat konsesi yang dinaiktaraf.
  • “Tetapi dalam tempoh dua tiga bulan lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak bukan sahaja aset yang sudah dinaiktaraf tetapi jajaran tanah yang dilalui aset itu mesti diserahkan sekali.
  • “Apakah rakyat dan pengguna Selangor bersetuju menyerahkan 26,000 km tanah itu,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.
  • Perang antara Azmin dan kerajaan pusat seperti tidak berkesudahan dan rakyat akan terus menderita dengan perbekalan air yang tidak menentu kerana perancangan yang mahu dilaksanakan itu tiba-tiba dibatalkan.
  • Penyudahnya taikun Rozali juga yang terpaksa gulung tikar dan tertatih-tatih berjuang dalam dunia minyak dan gas asli. 


Monday 9 March 2015

ANSWERS TO ATTACKS ON MALAYSIAN ECONOMY


Consumer and investor confidence is a fragile thing and the some hardcore groups and their associated news media have been doing their best to undermine Malaysia''s economy and Malaysians.
Tell your fellow Malaysian these:

1) The Ringgit is currently undervalued versus the USD but a weak ringgit has benefits for our economy in the middle to long term as it boosts exports, reduces imports, promotes foreign investment and tourism to Malaysia - this means more money flows in to Malaysia.

Many countries in the world have also started deliberately devaluing their currencies to compete. This is why our trade surplus for the months of November and December have jumped much higher even as oil prices started to drop heavily during those two months.

2) The weakening Ringgit against the USD is very much due to a strengthening of the USA's currency and does not indicate a weakening of Malaysia's economy or our fundamentals. Currency traders and foreign investors are also under the impression that Malaysia is a commodity-based economy very dependent on oil.

Malaysia, being a net oil importing country actually benefits from the drop in oil prices. Countries that are similarly perceived to be commodity-based countries such as Australia and Canada have had their currencies drop against the USD much more severely than Malaysia.

Malaysia is different. We are a highly diversified economy and manufacturing exports is a big part of our economy and the lower Ringgit actually benefits Malaysia.

3) 1MDB has assets much bigger than its debt. And even if all the multi-billion land and 13 power plants in 1MDB is worth zero and govt has to take up all the RM42billion debt, it is just a small part of our govt debt and not even half of Petronas's cash reserves and is not even 6% of EPF's money. And this is assuming all the prime land and all power plants are worth zero.

4) If there is corruption or mismanagement in 1MDB, the govt would not have called for a full AG Audit of the company nor allow it to go to PAC.

5) GST will not kill our economy. If that is true then 90% of the world's countries who have already implemented GST would already be dead.  There is not a single economist or analyst in the world who is against Malaysia implementing GST.

GST has multiple benefits for our country including making sure the UNDERGROUND economy pays their share, reduces illicit outflows and keeping money back in our country and also allowing Malaysia to reduce personal and corporate tax.

6) Every single economic forecast for Malaysia says Malaysia's GDP growth for 2015 is at least 4% to 5.5%. These are very very good figures for any country and there is certainly no one else (other than hard core groups) forecasting Malaysia is going into recession.

7) Increased BR1M for 2015, reduced personal income tax, reduced petrol and electricity bills, continually lower car prices this year will put more money into the average consumer pockets and hence support our economy for greater growth.

The stock market agrees with this. After initially dropping almost 200 points in November and December due to an over-reaction and uncertainty, it has now gone back up above the 1,800 points barrier. Today it closed at 1825.54 points - not too far from our all-time high of 1890 level.


8) Hardcore anti- anything will never ever say good things about Malaysia. Even if the economy is good, they will say it is bad. It is just not in their interest to praise Malaysia or say the govt has done a good job. It is their job to continue saying bad things even if these are lies.  That's just the way the standard of our anti -Malaysian "citizens".

Sunday 8 March 2015

Komplot DAP-PAP kuasai pelaburan Malaysia

Benarkah Teng (DAP) berkempen nak jual Selangor pada PAP Singapura
  • Baru-baru ini wakil DAP Selangor Dato Teng Chang Kim ke Singapura untuk berkempen membawa lebih banyak pelaburan ke Selangor.
  • Jelasnya DAP Selangor sudah memulakan kempen itu dengan alasan semakin ramai pelabur republik itu kini memberi tumpuan pada Iskandar Malaysia di Johor.
  • Dalam pada itu Teng berjanji mahu memikat peniaga Singapura khususnya dalam lima bidang pertumbuhan utama - makanan dan minuman (F&B); peralatan pengangkutan; sains hayat, seperti farmaseutikal; elektrikal dan elektronik; serta pengilangan peralatan dan mesin.
  • Dalam bahasa politik, DAP Malaysia mahu membawa lebih banyak pelaburan PAP Singapura ke Selangor bagi menyempurnakan komplot menguasai pelaburan di Malaysia.
  • Mana usaha membawa masuk pelaburan dari Arab, Jordan, UAE dan Turki  ke Selangor? Mana exco PAS Selangor yang berkempen membawa masuk pelaburan asing? Terlupakah mereka jika pelaburan Cina Singapura atau Cina dari Tanah Besar akan memberi kesan politik yang besar di Selangor?
  • Mungkin puak tegar PAS boleh berkata “Peduli apa dengan kempen DAP pikat pelabur Singapura?. Ketika BN perintah Selangor, PAS tak dapat apa faedah pun dengan Umno. Lebih baik bersekongkol dengan DAP, siapa tau DAP akan pelawa PAS dalam pelaburan itu.”
  • Lalu PAS bermimpi dengan permainan “kalau” wal hal DAP tak langsung memberi apa-apa untuk PAS melainkan sejumlah suntikan dana untuk kempen pilihanraya umum dan pilihan raya kecil saja. Dana untuk jentera hanya diberi mengikut musim dan terkini PASMA dikatakan mendapat peruntukan RM500,000 setiap tiga bulan, itupun dinafikan.
  • Kajian mendapati, terlalu sedikit kontraktor PAS dan kontraktor Melayu PKR mendapat projek daripada kerajaan negeri Selangor dan PBT yang ada. Tetapi kontraktor Cina dan India berlambak dapat projek, dari projek mega hinggalah ke projek kutip sampah.
  • Kini DAP mahu lebih banyak `pemuja’ PAP Singapura masuk melabur di Selangor selepas yakin dengan kejayaan wakil mereka menguasai Johor melalui projek pembangunan Iskandar Malaysia.
  • Mari kita tinjau sebentar ke selatan tanahair sambil melihat bagaimana pelaburan di situ berkembang.
  • Mengikut MALAYSIAGAZETTE, Peter Lim merupakan raja pelaburan Singapura di Iskandar Malaysia. Sejak dilancar pada 2006, Iskandar Malaysia telah menjadi tapak permainan yang amat digemari bagi banyak pelabur asing terutamanya dari jiran terdekat Johor iaitu Singapura.
  • Singapura tidak dapat dipertikaikan lagi telah muncul sebagai pelabur terbesar. Salah seorang daripada pelabur republik itu yang mempunyai pelbagai kepentingan pelaburan di Iskandar Malaysia adalah Peter Lim, bilionair  kelima terkaya di Singapura yang pemalu dan sering menjauhkan diri daripada publisiti media.
  • Menurut majalah Forbes pada Julai 2010, kekayaan yang dimiliki oleh bapa kepada dua anak itu dianggarkan sebanyak US$1.6 bilion dan sudah semestinya jumlah tersebut semakin bertambah selepas 2010.
  • Sebelum melabur secara besar-besaran di Iskandar Malaysia, Lim dikenali sebagai "Raja Remisier" berikutan tugasnya memperdagangkan saham-saham milik keluarga kaya Indonesia sebelum terlibat sepenuh masa dalam bidang perniagaan.
  • Kini, anak peniaga ikan berusia 61 tahun memiliki saham di dalam pelbagai syarikat antarabangsa termasuk Wilmar International sebelum menjualnya pada 2010,  Mclaren Automotive, FJ Benjamin, Yanlord Group, Thomson Medical Center, TMC Life Sciences, pemaju hartanah Rowsley dan pelbagai syarikat lain.
  • Beliau juga pernah membuat tawaran  untuk membeli kelab Liverpool tetapi gagal, dan kini cuba membeli kelab bolasepak terkenal Sepanyol, Valencia CF.
  • Dikenali sebagai ahli perniagaan yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan keluarga diraja Johor, beliau mula mengorak langkah di Iskandar Malaysia apabila membeli sebidang tanah berkeluasan 10 hektar di Johor Bharu yang dianggarkan bernilai RM200 juta.
  • Setelah membeli tanah di Stulang Laut yang berdepan dengan Woodlands, beliau bekerjasama dengan keluarga diraja Johor untuk membangunkannya sebagai hab kesihatan yang lengkap dengan pusat membeli belah, hotel, apartment dan marina bernilai RM10 bilion dikenali sebagai Vantage Bay.
  • Hab kesihatan itu dianggar bernilai RM2 bilion akan dikendalikan oleh syarikat Thomson Medical Group yang dimiliki oleh Lim dan dikenali sebagai Thomson Iskandar.
  • Kerja-kerja pembinaan Vantage Bay akan dilaksanakan oleh syarikat Rowsley Ltd, di mana Lim dan keluarga diraja Johor memiliki kepentingan di dalamnya.
  • Tidak lama selepas projek Vantage Bay, Lim bersama-sama keluarga diraja Johor dan UEM Land Berhad pada Disember 2012 menandatangani perjanjian untuk bekerjasama membangunkan Motorsport City di Nusajaya bernilai RM3.5 bilion.
  • Terletak tidak jauh daripada Linkedua dan 10 minit daripada Tuas, Singapura, trek 4.5km Motorsport City akan direkabentuk oleh Herman Tiilke, individu sama yang merekabentuk trek Sepang dan diuruskan oleh syarikat Lim sendiri, FASTrack Autosport dan dijangka siap pada 2016.
  • Selain Vantage Bay, Rowsley Ltd juga mempunyai pelbagai projek hartanah di Iskandar Malaysia. Terkini bulan lepas, bilionair Singapura itu menerusi syarikatnya, Soverus Group telah menjalin kerjasama dengan anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan premium kepada pelanggan di Iskandar Malaysia.
  • Begitulah bagaimana `pemuja’ PAP menguasai Iskandar Malaysia. Bagaimana pula penguasaan DAP dan `pemuja’ PAP di Pulau Pinang?
  • Ternyata pasaran hartanah di Pulau Pinang menjadi pilihan ramai pelabur dalam dan luar negara kerana kedudukan geografinya dan taraf kehidupan berkualiti di negeri itu.
  • Laporan iProperty Group, Pulau Pinang juga menjadi destinasi pilihan bagi penerima program Malaysia Rumah Keduaku, iaitu program yang menumpu kepada menarik warganegara luar untuk menetap di Malaysia.
  • Harga hartanah di selatan Pulau Pinang telah naik 20 peratus berbanding setahun lalu. Negeri ini menjana nilai pelaburan yang baik kerana lokasi, konsep dan kualitinya.
  • Laporan Sentimen Pasaran Hartanah Asia keluaran iProperty.com bagi separuh kedua 2013 turut menunjukkan daripada 13,000 responden yang terlibat dalam tinjauan itu, 64 peratus memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan utama mereka di luar Lembah Klang.
  • Siapakah yang menguasai hartanah di Pulau Pinang kalau bukan DAP. Lihat sendiri berapa harga rumah di negeri itu dan berapa ramai bangsa Melayu yang mampu membeli hartanah di situ? Itu belum lagi pelaburan lain yang tak mampu digapai oleh bangsa Melayu.
  • Hanya Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary saja yang melindungi pelaburan di negeri itu menerusi Penang Free Port. Itu pun berapa kerat saja bnagsa Melayu yang dapat dibantunya. Lagipun Syed Mokhtar bukannya usahawan yang lahir dari telapak kewangan Umno. Jadi bantuannya pun sekadar mana yang termampu saja.
  • Bagi bangsa Cina Singapura untuk memiliki hartanah di Pulau Pinang sangat mudah. Selain menerusi Program Rumah Kedua, mereka boleh saja berkeluarga dengan bangsa Cina di situ dan seterusnya membeli sebanyak mana hartanah yang mereka mahu kerana mereka mampu.
  • Lalu Melayu di Pulau Pinang semakin hari semakin tersepit. Umno dan BN tidak berupaya membantu kerana pulau itu sudah dikuasai bangsa Cina dan mereka sudah memberi sokongan kepada DAP dan puak pembangkang dalam semua pilhanraya umum sejak merdeka.
  • Bagaimana pula dengan penguasaan hartanah bangsa Cina DAP di Melaka? Tak mampu nak diucap dengan kata-kata kerana situasinya sudah hampir sama dengan Pulau Pinang. Nasib baik penguasaan DAP hanya terbatas di Kota Laksamana, Bandar Hilir, Kelebang, Pantai Kundur dan beberapa kawasan kecil.
  • Jika pemimpin Melayu Melaka tidak menjaga ekonomi dengan baik, Melaka sudah pasti menjadi milik DAP suatu hari nanti. Begitu juga dengan Johor, Pahang dan Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain. Cukup-cukuplah bangsa Melayu menderita di Selangor dan Pulau Pinang. Kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan.

Saturday 7 March 2015

Lega Majlis Fatwa benarkan GST

Majlis Fatwa Kebangsaan mengesahkan GST sebagai haram
Ada kalangan umat Islam susah hati dengan status cukai GST yang bakal dikuatkuasakan mulai April 2015. Ketika ia sedang sibuk diperkatakan tahun lalu, beberapa ustaz dan ulama memberitahu cukai sebegini adalah haram.

Namun tidak kurang juga ulama yang mengatakan hal itu harus. Masing-masing menggunakan hujah yang berbeza. Rentetan itu Majlis Fatwa Kebangsaan terpanggil untuk berbincang dan mengeluarkan fatwa mengenainya.

Untuk itu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.

ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.

iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah: الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم

"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".

3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan.

Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.

4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan setempat.

Sumber: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Mengapa Barat guna Anwar buat kekacauan di Malaysia

Sime Darby milik Britain telah diambil Malaysia dengan bijak
  • Kapitalis Barat dikatakan mula berdendam dengan Malaysia ketika Tun Mahathir Mohamed mula menjadi Perdana Menteri. Britain dimalukan melalui kebijsaksanaan Mahathir yang mengambil semula semua aset dan harta Britain di negara ini menerusi Operasi Dawning Raid di London.
  • Bagi Amerika Syarikat pula, mereka berdendam dengan Tun Mahathir kerana Petronas telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Sudan untuk projek carigali minyak sedangkan Amerika sebelum ini telah menipu Sudan bahawa negara itu sudah kehabisan minyak.
  • Lalu kapitalis Barat menggunakan apa saja cara termasuk menggunakan puak pembangkang termasuk Anwar Ibrahim untuk mementang Tun Mahathir dan kini menentang Datuk Seri Najib Tun Razak pula.
  • Kalangan orang ramai mungkin tertanya-tanya mengapa perlu diulang semula kisah perjuangan Tun Mahathir sedangkan negara kini dipimpin oleh Najib. Cerita ini penting kerana tidak ramai yang tahu mengenai kedua-dua kisah telah memberi anjakan besar kepada rakyat di negara ini.
  • Agak malang kerana jasa-jasa besar Tun Mahathir itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana keasyikan mereka mendengar temberang Anwar dan konco-konconya.
  • Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.
  • Komuniti ekonomi dunia masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang hebat berfikir dan mengatur strategi.
  • Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu, antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.

Ladang British di Malaysia juga dibeli semula di pasaran saham London
  • Sebelum itu, pada April 1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu. Dan menariknya, tindakan  yang diatur rapi oleh Dr. Mahathir, TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG oleh Lim Kit Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.
  • Dr. Mahathir secara peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantations.
  • Perancangan yang teliti selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8 September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby, berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian mengejut pada 7 September.
  • Tun Mahathir mendapat bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.
  • Diringkaskan cerita, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa pun.
  • Sekalipun sebahagian daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.
  • Banyak pihak yang melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.

Britain malu besar apabila Carcosa miliknya di Kuala Lumpur juga dibeli Malaysia dalam serangan Dawning Raid
  • Margaret Thatcher hanya mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip ‘SERANGAN SUBUH’.
  • Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.
  • Pengambilalihan tersebut dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.
  • Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
  • Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
  • Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

Petronas diberi kepercayaan beroperasi di Khartoum selepas Amerika menipu Sudan dengan mendakwa negara itu sudah kehabisan minyak
  • PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.
  • Bagaimana boleh jadi begitu? Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
  • Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak oereka cukup ban?ak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
  • Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
  • Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
  • Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
  • Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
  • Rupa-rupanya, Tun Dr Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
  • Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
  • Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
  • PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
  • Sebabnya mudah, Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
  • Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu  menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
  • Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Sehingga ke hari ini mereka masih lagi membenci Tun dan berusaha menghancurkan negara ini melalui pelbagai cara termasuk melalui ahli politik pembangkang.


Friday 6 March 2015

Klinik Melayu bakal tutup akibat pemisahan dispensari

Farmasi dijangka ambilalih tugas klinik April ini
  • Dispensing Separation (DS) atau pemisahan dispensari bakal menjadi kenyataan apabila Rang Undang-Undang Dasar Ubat Nasional (DUNAS) akan dibentang di Parlimen pada bulan ini dan bakal dikuatkuasakan mulai April 2015.
  • Banyak pihak meramalkan DS bakal menyusahkan rakyat Malaysia. Bagi mereka yang tak pasti mengenainya, DS merupakan keadaan di mana pesakit perlu berjumpa doktor untuk konsultasi dan pemeriksaan manakala ubat hanya boleh diambil di tempat lain iaitu farmasi.
  • Lebih parah lagi ratusan klinik Melayu di negara ini mungkin akan gulung tikar kerana pendapatan mereka hanya bergantung kepada khidmat nasihat dan pemeriksaan sahaja.
  • Sebaliknya lebih semua pendapatan perubatan dipercayai akan dibolot oleh farmasi yang dimonopoli oleh bangsa Cina. Buktinya, berapa banyak farmasi Melayu di Malaysia. Bak kata pepatah `boleh dibilang dengan jari.
  • Molek kita sebut beberapa farmasi popular di sekeliling kita sebagai rujukan antaranya Guardian, Apex, Caring, Cosway, Watson dan Vitacare. Adakah salah satu daripada farmasi ini milik bangsa Melayu?
  • Anda kenal Tan Sri Vincent Tan? Inilah manusia yang menguasai industri farmasi negara dengan memiliki ratusan farmasi di seluruh pelusuk Malaysia. Beberapa lagi nama yang tidak perlu disebut tetapi mereka juga merupakan ikon dalam industri itu. Mana usahawan farmasi Melayu dan berapa banyak farmasi yang mereka ada?
  • Inilah industri yang akan diserahkan bulat-bulat kepada bangsa Cina pada bulan April nanti. Bunyi artikel ini macam rasis tetapi itulah hakikat yang akan berlaku. Semua pesakit wajib membeli ubat dari farmasi ini secara langsung.
  • Kita tahu memang Vibcent Tan dan rakan-rakan menguasai industri farmasi sejak sekian lama, tetapi pengamal perubatan mendapat manafaat dengan membekalkan ubat ubatan kepada pesakit.
  • Doktor Melayu juga selama ini bergantung pendapatan dengan membekal ubat ubatan kepada pesakit mereka. Doktor ini juga bersusah payah mengikat kontrak dengan syarikat dan kilang untuk merawat dan membekal ubat kepada pekerja mereka.
  • Kini kegiatan membekal ubat akan diserahkan kepada farmasi dan doktor hanya dapat sedikit upah dari air liur mereka saja. Lalu tidak mustahil ramai klinik Melayu akan tutup kedai tidak lama lagi rentetan daripada perlaksanaan Dasar Ubat Nasional itu.
  • Namun fenomena yang belum berlaku ini tidak mendapat perhatian media kerana ia bersifat rasis.
  • Umumnya pakar perubatan meramalkan DS akan menyusahkan rakyat dari beberapa aspek tertentu.
  • DS memang diamalkan di beberapa negara jiran seperti Indonesia, India dan di negara Barat di mana networking kesihatan mereka hebat di segi amalan dan pemantauan.
  • Dalam masa yang sama pendekatan perubatan di Malaysia juga mendapat pujian dunia apabila orang ramai boleh diperiksa dan mendapatkan ubat di klinik (one stop centre).
  • Malahan Malaysia pernah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara rangkaian kesihatan terbaik di dunia dengan sistem yang ada sekarang.
  • Buat masa sekarang pemisahan dispensari di Malaysia hanya berlaku di hospital kerajaan dan swasta saja yang mana kedua-duanya masih dalam bangunan yang sama (masih one stop centre).
  • Bagaimanapun jika DS berlaku di klinik swasta, tidak mungkin klinik dan despensari berada dalam kedudukan bersebelahan.
  • Maka pendekatan DS adalah tidak relevan kepada masyarakat daripada beberapa segi iaitu keselesaan, keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap masyarakat walaupun dipantau dengan betul.
  • Dari segi keselesaan, jika pemisahan dispensari ini berlaku dan mendapat pemantauan yang hebat maka pesakit kena berjumpa doktor di klinik swasta hanya untuk mendapat preskripsi ubat (dengan bayaran konsultasi) seterusnya terpaksa ke toko farmasi untuk mendapatkan ubat (bayaran ubat serta konsultasi farmasi).
  • Bayangkan pesakit yang dalam keadaan sakit terpaksa bergerak sekurang-kurangnya ke dua tempat yang berberbeza dan jauh untuk melengkapkan rawatan.
  • Jika ubat yang diberi oleh doktor tiada di farmasi tersebut, pesakit terpaksa mencari farmasi lain pula.
  • Ini tidak termasuk rawatan pada waktu malam di mana tiada farmasi dibuka 24 jam seperti klinik swasta.
  • Masyarakat akan turut dibebani dengan kos perubatan yang akan meningkat serta pembaziran masa yang begitu berharga.
  • Jika kerajaan dengan pelan transformasi menubuhkan UTC dan RTC untuk menyenangkan masyarakat, maka pemisahan dispensari di klinik swasta ini dilihat sebagai satu langkah terkebelakang yang tidak menyenangkan masyarakat.
  • Dari segi keselamatan pula, jika pelaksanaan dilakukan tanpa pantauan, pesakit akan mula mengambil jalan mudah untuk menjimatkan kos dan masa dengan membeli ubat terus di farmasi.
  • Tetapi setiap apa yang dihajati oleh pesakit tidak semestinya menggambarkan keadaan sebenar pesakit.
  • Contohnya, jika sakit perut, siapakah yang akan menentukan sakit perut pesakit itu bukan sekadar sakit perut biasa tetapi beliau sedang mengalami serangan jantung?
  • Jika sakit kepala, siapakah yang akan menentukan sakit kepala pesakit berkenaan bukan sekadar sakit kepala biasa tetapi sedang mengalami serangan angin ahmar atau pendarahan di dalam kepala?
  • Jika demam selsema, siapakah yang akan menentukan demam selsema itu bukan demam selsema tetapi sedang mengalami demam denggi yang semakin sukar dikawal sekarang?
  • Dengan secara tak langsung, ia akan mengancam keselamatan masyarakat serta meningkatkan kadar mortaliti (kematian) sete­rusnya menjatuhkan tahap kesihatan terbaik yang Malaysia banggakan sekarang.
  • Dari segi kesan jangka panjang pula, jika pesakit selepas mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau lemah jantung yang memerlukan pantauan dari doktor secara berkala tidak lagi pergi berjumpa doktor untuk meneruskan rawatan, maka penyakit beliau akan melarat tanpa disedari dan akan berlaku komplikasi lain. Jika ini berlaku, sekali lagi akan meningkatkan kadar kematian yang tidak terkawal.
  • Masyarakat harus memahami apa yang akan dialami oleh mereka jika dasar ini dijalankan. Pihak kerajaan juga harus memastikan adakah dasar pemisahan dispensari ini benar-benar menguntungkan seluruh rakyat.

Thursday 5 March 2015

BTN jerat Najib dalam Renaisans Anwar atau sebaliknya

  • Malam Perpaduan Melayu pada 28 Februari 2015 dipatri dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Malaysia sampai bila-bila.
  • Namun di sebalik tabir majlis itu, desas desus mengatakan Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Raja Ariff Raja Ali dikatakan mahu menjerat Perdana Menteri dalam kemelut perjuangan Renaisans yang dibawa oleh banduan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Mungkin juga Najib sudah tahu perkara itu, lalu tiba-tiba saja Malam Renaisans Melayu yang diilhamkan sebelum ini oleh Raja Ariff sudah bertukar menjadi Malam Perpaduan Melayu.
  • Mungkin juga Najib sudah tahu kemungkinan Raja Ariff merupakan pendokong atau pemuja Anwar, tapi tetap memberi laluan kepada majlis itu kerana ia merupakan platform bagi Perdana Menteri Melayu untuk bertemu dengan semua pemimpin NGO Melayu bagi memberi suntikan kepada mereka bahawa beliau bukannya Anwar.
  • Kalangan pemerhati politik memberi reaksi berbeza mengenai Malam Perpaduan Melayu. Ada pihak menatakan Raja Ariff mahu menjerat Najib dalam perjuangan Renaisans Anwar. Namun tidak kurang juga yang menyifatkan Najib sedar dengan jerat itu dan tetap mahu meranduk lautan bergelombang bagi mengukur sepanjang mana mata kail Raja Ariff.
  • Apa pun riwayat seorang blogger senja yang menempelak Malam Perpaduan Melayu itu wajar diguna sebagai penyukat bagi memikirkan apakah sebenarnya taktik Raja Ariff dalam menggunakan jentera BTN, samada untuk kepentingan Najib atau Anwar.
  • Blogger berkenaan mendakwa perjuangan Melayu hari ini digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan. Kita susuri apa penjelasan blogger berkenaan.
  • Inilah juga sebahagian daripada  drama atas nama Perjuangan Melayu yang akan dihidangkan pada 28hb Febuari 2015 nanti di Stadium Bukit Jalil hasil daripada garapan Pengarah dan Penulis Skrip yang dibuat secara tergesa-gesa ,semata-mata mengharapkan akan dicalonkan untuk  menerima anugerah `grammy award' sebagai Filem Terbaik Tahun 2015 dan sebab  itulah tajuk drama ini pun ditukar pada saat-saat akhir daripada RENAISSANCE MELAYU kepada MALAM PERPADUAN MELAYU,walaupun istilah Renaissance tidak ada kaitan langsung dengan Perpaduan yang sepatutnya akan merubah habis skrip dan dialog kerana perubahan nama tersebut.
  • Demikianlah sedikit analogi ringkas berkaitan dengan  program yang diberi promo bertaraf A+ melalui sebaran vedio klip yang menggunakan tokoh-tokoh bertujuan bagi menjemput orang Melayu berkumpul pada 28.2.2015 di Stadium Bukit Jalil itu,mungkin gagasan awal penganjur yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan Melayu bermaksud ingin menghimpunkan orang-orang Melayu adalah tepat dan kena pada masanya, cuma apabila program telah di "hijack" oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu, maka beginilah jadinya.
  • Sebab itu sekarang nama program sudah tidak penting, pengisiannya juga tidak menjadi keutamaan, yang paling penting PM hadir dan Raja Arif boleh berlakon untuk dilihat penting dan releven supaya kontraknya sebagai  KP BTN disambung. Sebenarnya matlamat " happy ending" itulah yang di inginkan drpd drama Malam Perpaduan Melayu pada 28. 2. 2015 ini.
  • Sebab  itulah ramai tercari-cari apa maksud dan tujuan program ini? Kenapa tarikh 28.2.2015 di pilih? Apa pengisian dan siapakah pula peserta yang dijemput hadir?
  • Rasa simpati yang amat sangat kepada penganjur asal program ini yang niat luhurnya telah disalah gunakan oleh Raja Arif yang begitu angkuh dan hipokrit malah lebih tepat lagi tidak layak pun untuk  berada bersama dalam program Malam Perpaduan Melayu kerana umum tahu bahawa ancaman terbesar Melayu pada masa ini ialah Institusi Kesultanan Melayu sedang dihina secara halus dan sistematik melalui pendekatan dengan menimbulkan konflik perundangan dan perlembagaan berhubung institusi kesultanan Melayu dan kedudukan Melayu dan Islam dalam perlembagaan. ini semua telah dirancang rapi oleh Anwar Ibrahim melalui DAP dan pelbagai gerakan "networking" mereka.
  • Strategi yang diatur melalui pelbagai isu yang mereka timbulkan secara berpanjangan sseperti kes perlantikan MB Selangor, kes liwat 2, kes mohon pengampunan Agong dan pelbagai kes yang lain, dapat disimpulkan bahawa rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan demi menghakis serta menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dengan cara yang paling sistematik dengan menjadikan kes-kes yang dinnyatakan tersebut sebagai kayu ukur terhadap kekebalan Perlembagaan dan perundangan negara memelihara Rukunegara Ke 2, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang akhirnya menghilangkan kepercayaan rakyat kepada  kerajaan yang ada.
  • Apakah Raja Arif sebagai pendokong dan pemuja Anwar layak duduk bersama setelah ancaman ini diwujudkan oleh SIFU beliau dan rakan karib beliau dalam PAKATAN? Apakah tidak ada unsur-unsur menyerap idea ANWAR dalam program ini setelah campurtangan Raja Arif?Bukankah Sanggah Tok Janggut telah memperingatkan sebelum ini bahawa istilah RENAISSANCE itu adalah istilah yang dipopularkan oleh Anwar? Nasib baiklah ada yang tidak sanggup memalukan PM dan akhirnya program telah ditukarkan menjadi Malam Perpaduan.
  • Namun kita juga perlu bertanya kenapa 28.2.2015?Kenapa tidak sahaja kita tunggu tarikh yang lebih sesuai, yang ada nilai sejarah seperti sempena Melayu disatukan di Istana johor pada bulan Mei, atau sempena menghayati 100 tahun perjuangan Tok Janggut yang akan jatuh pada 24 Mei 2015? Tarikh yang dipilih 28.2.2015 adalah satu tarikh yang langsung tidak ada signifikan dengan  nilai sejarah perjuangan Melayu melainkan hanya satu sahaja yang paling hampir dengan maksud program penting kepada Raja Arif ini, iaitu sejarah bulan Febuari 2003, idea asas penggabungan PKR dan PRM dibincangkan untuk membentuk PAKATAN RAKYAT atau tarikh yang lebih dekat dengan jiwa Raja Arif sepatutnya 29 Mac 1982 iaitu tarikh Anwar menyertai UMNO ataupun 6.8.1971 ABIM ditubuhkan.
  • Selain daripada  itu program ini terburu-buru setelah campur tangan Raja Arif ini dibuat pada tarikh tersebut semata-mata untuk memastikan PM nampak sumbangan Raja Arif yang kontraknya akan tamat pada bulan Mac 2015 dan sebab itulah perlu dilaksanakan sebelum tibanya Mac 2015.
  • Sebab itulah juga tidak pernah sebelum ini,satu bentuk kerahan dibuat oleh Raja Arif kepada semua Pengarah BTN Negeri supaya memastikan setiap negeri menghantar 2 bas Tenaga Penggerak dan sahabat supaya WAJIB hadir ke Bukit Jalil,sesuatu yang tidak pernah dibuat sewaktu Melayu di serang dan Islam di hina. Pernahkah kita mendengar sebelum ini sahabat-sahabat BTN berkumpul membantah, membuat laporan polis malah menyertai himpunan gerakan mempertahankan Melayu Islam atas nama sahabat BTN dan penggerak BTN? Kenapa tiba-tiba untuk Malam Perpaduan Melayu di Bukit Jalil, Raja Arif begitu bersungguh-sungguh dan boleh pula mengarahkan supaya berkumpul?
  • Apakah tujuannya untuk menyatakan sokongan kepada gerakan Melayu atau seolah-olah sokongan kepada Raja Arif supaya dilihat kononnya berjaya mengumpul orang-orang Melayu untuk dilihat oleh PM dan TPM? Kalau sekadar kumpul 20 ribu orang Melayu yang jumlahnya hanya mewakili 0.07 % daripada jumlah orang Melayu dalam negara,ianya masih belum layak lagi mendapat Guiness Books of Record kerana perhimpunan lain boleh menghimpunkan Melayu dengan jumlah yang lebih ramai.
  • Jika ingin beri ruang kepada PM Najib bertemu dengan sejumlah orang-orang Melayu dan PM dapat lontarkan idea dan gagasan untuk orang Melayu, apakah tidak cukup penting dan bernilaikah Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan secara langsung dan jutaan Melayu boleh mendengar suara dari sanubari PM yang sebahagian daripada arahan beliau sebelum ini ada yang masih tidak di laksanakan lagi oleh para pimpinan Melayu.
  • Oleh sebab itulah kita perlu bertanya kepada Raja Arif apakah cukup satu pertemuan yang bermula daripada  jam 5 petang dan berakhir 12 malam ini sebagai satu gerakan yang akan merubah bangsa Melayu atau sekadar retorik yang tersembunyi maksud peribadi ? Jika serius drama dan lakonanya biarlah plot dan skripnya benar-benar menarik dan menyakinkan.Susunlah agenda program yang ada nilai intelektual dan bukan sekadar "ceremony",susunlah dulu sesi `brainstorming'nya, buat sidang pleno, `action plan' kemudian serahlah kepada PM apa resolusinya.
  • Janganlah terus hiburkan PM Najib dengan jumlah yang datang kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan.Manakala jemputannya pula janganlah main tangkap muat dan janganlah hanya dikalangan NGO dan orang-orang yang sudah jelas menyokong kerajaan sahaja. Kenapa atas nama perpaduan Melayu sanggup peralatkan pengurusan dan kerah pelajar UITM tetapi gagal pula mengajak Dyana Sofea yang lahir daripada kepincangan acuan UITM? Kenapa tidak dibawa bersama Melayu di dalam Bar Council, Melayu di dalam PAS, PKR dan berapa ramai Melayu yang tidak berparti seperti Melayu kelas pertengahan di Putrajaya, Kajang dan Bangi?
  • Berapa ramai Raja Arif yang hebat ini dapat bawa Melayu intelek dan berjaya dari Persatuan Murid Tua Sek Men Alam Shah seperti Aziz Bari? Atau kita tanya berapa ramai ahli ABIM, PKPIM boleh dikumpulkan pada malam 28.2.2015 nanti? Kenapa hanya harapkan GPMS dan rakan-rakan sewaktu dengannya sahaja?
  • Kasihan kepada pimpinan NGO Melayu yang ikhlas mewakili persatuan silat, persatuan ulama dan agamawan, pondok dan lain-laian daripada seluruh negara yang akan bergerak tinggalkan rumah dan keluarga dengan harapan dapat berjihad untuk gerakan Melayu tetapi akhirnya hanya jadi alat dan terpesong matlamat sebenar iaitu hanya untuk memberi nyawa kepada Raja Arif supaya disambung kontrak KP BTN semata mata.
  • Malah lebih kasihan ialah kesungguhan badan-badan lain yg turut tertipu termasuklah tokoh-tokoh  veteren, ahli akademik dengan lakonan Raja Arif yang sentiasa retorik secara tiba-tiba muncul seolah-olah dialah pejuang Melayu, sedangkan dalam masa yang sama dialah yang mengharamkan lagu Warisan dan menggelarkan pejuang Melayu lain sebagai assabiyyah dan sosialis termasuklah kpd Tan Seri Nordin Kardi dan Tan Seri Sanusi yang digunakan didalam vedio promo program tersebut.
  • Oleh sebab itu, kepada  semua yang sayangkan perjuangan Melayu yang sebenar-benarnya dan juga berniat untuk menyelamatkan Melayu dalam negara kita, mereka perlu menilai dan mengkaji apakah yang tersirat disebalik program yang nama asalnya Renaissace Melayu ini? Walaupun namanya telah ditukar kerana arahan, apakah maksud dan tujuan Raja Arif  turut bertukar? Beliau sebenarnya tetap mengiktiraf malam tersebut sebagaimana asal iaitu RENAISSANCE sebab istilah yang dipinjam daripada  perkataan Italy ini lebih dekat dengan  tujuan dan matlamat beliau.
  • Perkataan Renaissance membawa maksud kelahiran semula iaitu penyambungan semula kontrak sebagai KP BTN dan itulah yang di harap-harapkan melalui penganjuran program ini. Walaupun mungkin beliau agak kecewa dengan penukaran nama, tetapi setelah gagal menggunakan MB Terengganu, MB Perak, ahli-ahli politik lain yang beliau temui termasuklah pemimpin NGO supaya menyokong beliau untuk  disambung kontrak, apa lagi jalan penyelamat yang di cari melainkan program 28.2.2015 dan inilah yang diharap dapat menjadi penyelamat tanpa mengambil kira apa kesan politik kepada  PM Najib.
  • Apakah drama arahan Raja Arif ini akan memberi kesan politik yang baik kepada PM Najib atau akan menjadi bom jangka dan peluru baru untuk membunuh 1Malaysia yang telah di semai oleh PM Najib?Bukan lagi persoalan penting kepada Raja Arif sebab sebagai orang yang diasuh oleh Anwar,beliau akan menggunakan apa sahaja peluang untuk diri sendiri walaupun perlu dikorbankan bangsa Melayu dan pemimpin Melayu yang lain.
  • Muncung yang penuh muslihat. Inilah sebenarnya yang perlu difikirkan dan ditanggani secara bersama bahkan dengan penuh bijaksana oleh PM Najib. apakah ingin mencari sedikit simpati daripada kelompok sendiri yang belum pasti 20 ribu akan hadir atau menghormati dan bertindak lebih bijak kepada sejumlah besar Melayu yang tidak berhimpun di Bukit Jalil dan tidak menjadi alat kepada kepentingan Raja Arif .
  • PM Najib sepatutnya tidak boleh lagi mengguna pakai pemikiran orang-orang seperti Shahlan Ismail dan Raja Arif dalam menghadapi gelombang kebangkitan Melayu ini kerana mereka berdua sudah jelas terperangkap dengan strategi dan pemikiran Anwar Ibrahim dan menyanjungi Anwar lebih daripada PM Najib. PM Najib harus dilihat mempunyai `political will' dalam penyelesaian kemelut ini.
  • PM Najib perlu menyerahkan urusan membina Melayu yang glokal dan progresif serta bersama dengan kerajaan ini kepada yang benar-benar pakar, yang menunggu-nunggu untuk  bekerja dan membantu dan bukannya menyerahkan urusan kepada yang berlagak pandai lagi memandai mandai seperti Raja Arif dan Sahlan itu. Ingatlah kepada amaran Tuhan bahawa jika sesuatu urusan diserahkan kepada yg bukan ahli, tunggulah saat kehancurannya.
  • Percayalah jika  PM Najib terus menerus mengguna pakai dua makhluk perosak ini, PM sebenarnya sedang mengumpul jumlah musuh yang lebih ramai, bukan mereka tidak sayang PM Najib tetapi mereka lebih sayang kepada bangsa dan negara dan tidak sanggup berterusan melihat para pengkhianat terus diangkat dan diberikan tempat di sisi Najib.


BenarkahTopUp akan dikenakan GST

  • Sejak sistem perkhidmatan prabayar (prepaid) diperkenalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telco), pembelian kredit prabayar (prepaid top-up credit) oleh pengguna dikenakan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%.  Cukai ini dibayar oleh syarikat telco dan tidak dikenakan kepada pengguna.
  • Dengan perlaksanaan cukai GST, syarikat telco boleh mengenakan GST kepada pengguna atas pembelian prepaid top-up kerana undang-undang tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mendakwa bahawa ia menanggung GST bagi pihak pembeli atau pengguna.
  • Namun, syarikat telco mampu menstruktur semula harga atau pakej perkhidmatan mereka agar pengguna tetap menikmati nilai perkhidmatan yang sama pada harga yang sama walaupun setelah cukai GST dikenakan.
  • Sebagai contoh: Prepaid topup boleh dijual pada harga RM100 termasuk GST, iaitu harga topup RM94.35 + 6% GST = RM100
  • Jika dengan topup RM100 sekarang ini membolehkan pengguna membuat 1,000 minit panggilan/1,000 SMS, telco boleh menstruktur pakej agar RM94.35 tetap memberikan nilai perkhidmatan yang sama seperti sekarang (sebelum perlaksanaan GST). Khabarnya, ada beberapa telco yang sedang mempertimbangkan perkara ini.
  • Dalam industri perkhidmatan prabayar yang sengit ini, syarikat telco tentunya tidak akan sanggup kehilangan pelanggan dengan jumlah yang besar semata-mata kerana ingin mengelak dari beban cukai.
  • Jika sebuah telco mengenakan harga yang tinggi, pengguna berhak beralih kepada telco yang menawarkan pakej yang lebih menarik.
  • Untuk kekal kompetitif, telco harus menstruktur strategi pemasaran mereka agar sekurang-kurangnya dapat mengekal, jika tidak menambah peratusan pegangan pasaran. Ini kerana pelanggan dengan begitu mudah boleh menukarkan sewaan talian komunikasi kepada syarikat telco yang lain tanpa mengubah nombor telefon yang mereka pakai sekarang.


Gempar penyebaran agama Kristian secara terbuka

Mubaligh Kristian cuba memurtadkan umat Islam di Melaka
  • Baru-baru ini seorang hamba Allah dari Batu Berendam Melaka telah membuat laporan polis mengenai kehadiran dua lelaki Inggeris di sebuah kedai makan di Taman Merdeka dan cuba menyebarkan ajaran Kristian secara terbuka kepada pemilik kedai berkenaan.
  • Apabila ditanya, kedua-dua lelaki Inggeris itu berkata mereka adalah mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat yang ditugaskan menyebarkan ajaran itu kepada rakyat Malaysia. Mereka juga mendakwa usaha mereka itu telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada kerajaan Malaysia menerusi Gereja Khatolik.
  • Tanpa segan silu kedua-dua mubaligh Kristian itu bertanya kepada beberapa mangsa di sekitar Taman Merdeka (kebanyakannya umat Islam) apakah agama dan buku-buku rujukan yang digunakan.
  • Sambil itu kedua-dua lelaki Inggeris itu cuba menyuntik ajaran Kristian kepada orang ramai termasuk umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai hujah dengan menggunakan beberapa buah buku sebagai rujukan.
  • Ketika ditanya siapakah yang menaja kegiatan mereka itu, kedua-dua lelaki Inggeris itu menjawab mereka dibayar gaji oleh agensi Kristian dari Amerika Syarikat dan Kanada.
  • Persoalannya di sini ialah bagaimanakah mereka mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia? Pastinya mereka menipu orang ramai kerana kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mubaligh Kristian menyebarkan agama secara terbuka.
  • Situasi yang berlaku di Melaka itu mengejutkan orang ramai dan kerajaan perlu segera menangani perbuatan itu sebelum ia menjadi lebih parah.
  • Hal sebegini bukannya baru. Malah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah mendedahkan kegiatan penyebaran Kristian di Malaysia lebih 10 tahun lalu. Beliau pernah memberi anggaran angka murtad melebihi 250,000 orang tetapi tidak ramai mahu percaya.
  • Apa yang berlaku di Melaka hanya sedikit daripada kegiatan Kristian yang secara kebetulan dikesan orang awan.
  • Di ibukota Kuala Lumpur, kegiatan memurtadkan umat Islam telah dilaporkan berlaku di beberapa lokasi seperti Dayabumi, Kotaraya, Bukit Bintang dan beberapa pasaraya terkemuka. Di samping itu mubaligh Kristian juga memujuk umat Islam yang sedang berpoya-poya di kelab malam.
  • Paling ketara ialah kehadiran mubaligh Kristian di kawasan gelandangan dengan memberi wang tunai dan makanan kepada mereka. Selepas itu gelandangan akan dibawa ke gereja untuk dimurtadkan dan diberi elaun tetap.
  • Lebih menyedihkan, ada mubaligh Kristian berada di beberapa hospital kerajaan dengan melawat warga emas yang tidak ada keluarga mengunjungi. Mubaligh akan mententeramkan jiwa pesakit dan memberi pelbagai hadiah termasuk wang tunai.
  • Selepas rawatan, pesakit itu akan dibawa ke gereja untuk dimurtadkan. Tiada siapa percaya cerita ini walaupun ia keluar dari mulut Mufti Besar Perak.

PR butakan hati rakyat mahu banduan bersidang di Parlimen

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hormati keputusan badan kehakiman negara sebelum bertindak membuat permohonan untuk hadir ke sidang Parlimen semasa beliau masih dalam tahanan dan sedang dalam menjalani hukuman.
  • Meskipun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan pengumuman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh memandangkan keputusan petisyen Diraja belum dibuat, ianya tidak bermakna Parlimen wajib memberikan sebarang kelonggaran kepada beliau.
  • Anwar tidak mempunyai sebarang asas atau kriteria khas untuk diberi keizinan menghadiri persidangan Parlimen dan  beliau harus berada di penjara seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kes beliau.
  • Petisyen permohonan pengampunan Agong masih belum ada keputusannya oleh Lembaga Pengampunan. Anwar hanya boleh menghadirkan diri ke Parlimen sekiranya diberikan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.
  • Pada masa yang sama, semasa Mahkamah Persekutuan memutuskan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar, mahkamah juga tidak memaklumkan atau memutuskan bahawa beliau boleh hadir ke Parlimen semasa persidangan parlimen.
  • Intipati kandungan surat Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar yang menolak permohonan Ketua Pembangkang itu dari menghadiri sidang Dewan Rakyat amat jelas di mata perundangan dan difahami segenap lapisan rakyat.
  • Ekoran penolakan itu, puak pembangkang naik angin dan mula mempersoalkan keputusan Ketua Pengarah Penjara. Pelbagai alasan dicipta untuk menghasut rakyat supaya membenci institusi penjara dan kerajaan Malaysia.
  • Wal hal sudah jelas bahawa mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
  • Apa yang jelas ialah rakyat seperti dipaksa supaya akur dengan peraturan pembangkang. Biasanya mereka yang tahu undang-undang akan lebih menghormati peraturan. Perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak terpakai kepada barisan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
  • Mereka hanya mahu pihak berkuasa yakni kerajaan menghormati hak mereka yang didakwa ‘rakyat’ sedangkan mereka pula bermaharajalela berbuat apa sahaja termasuk melanggar segala peraturan negara yang dibuat dan dilaksanakan demi aspek keselamatan jutaan penduduk.
  • Bilamana Jabatan Penjara menolak permohonan Anwar untuk menghadiri sidang Parlimen Isnin depan, keputusan itu disifatkan peguam pembangkang sebagai menyalahi undang-undang malah didakwa dibuat secara sewenang-wenangnya.
  • “Amat memeranjatkan kerana ia ditolak mentah-mentah tanpa alasan. Penolakan ini benar-benar tidak boleh diterima dan ia dilihat menjadi penghalang kepada fungsi Dewan Rakyat. Anwar adalah pemimpin Parlimen yang sah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan pemimpin pembangkang dari segi undang-undang dan Perlembagaan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam sistem demokrasi berparlimen,” kata kenyataan peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya.
  • Hakikatnya, bukan mereka tidak sedar bahawa seorang banduan kehilangan segala hak yang dinikmati di luar dinding empat tembok batu tidak kira siapa dia mahupun jutaan pengikutnya.
  • Sebagai pakar undang-undang, mereka tentu maklum bahawa Anwar tetap seorang banduan selagi Lembaga Pengampunan belum membuat sebarang keputusan.
  • Bagaimana pula dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tetap berkeras mahu meneruskan perhimpunan #KitaLawan di depan pusat beli-belah Sogo Sabtu, 7 Mac ini.
  • Polis sudah mengisytiharkan ia perhimpunan haram kerana penganjur tidak “mengikut prosedur” dalam memohon permit untuk mengadakan perhimpunan.
  • Penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti disyaratkan di bawah Akta Perhimpunan Aman malah penganjur juga menolak cadangan memindahkan perhimpunan itu ke sebuah stadium.
  • Polis terpaksa bertindak demikian susulan enam laporan berhubung perhimpunan #KitaLawan 28 Februari lalu yang mengganggu urusan perniagaan harian syarikat beli belah Sogo dan sebuah restoran segera mengenai bunyi bising yang dicetuskan.
  • Nyatanya, penolakan itu dibuat kerana penganjur tidak mematuhi undang-undang serta kerana pihak berkuasa mahu urusan harian perniagaan lancar dan bukan kerana sebab lain.
  • “Polis tidak ada hak untuk meminta supaya berpindah tempat dan kedua, tidak ada keperluan memohon permit. Tidak ada isu dengan polis dan perhimpunan itu dijangka diteruskan,” kata Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, sekaligus jelas bagaimana pembangkang langsung tidak menghormati udang-undang negara.
  • Dalam erti kata mudah, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu mereka harus dihormati dan dibenarkan berbuat apa sahaja kerana jika tidak, pembangkang akan memberitahu seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia telah mencabuli hak rakyat.
  • Apa sahaja tindakan terhadap mereka akan dikatakan pencabulan hak asasi rakyat, sedangkan mereka pula secara sengaja melanggar undang-undang yang dibuat serta dilaksana untuk kemakmuran rakyat.
  • Jadi di mana keadilan yang diperjuangkan peguam-peguam pakatan pembangkang, adakah semata-mata untuk penyokong pembangkang yang tidak seberapa kerat atau seluruh masyarakat Malaysia yang semakin muak tipu helah mereka. Penghormatan itu harus diperolehi bukannya dibeli mahupun dipaksakan.


Tuesday 3 March 2015

PAS pecah lepas muktamar

  • Ramai menjangkakan PAS akan berpecah selepas muktamar pada 1 Jun depan walau pucuk pimpinan menafikannya. Antara pihak yang membuat ramalan itu ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
  • Ramalannya itu dibuat selepas membuat kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti.
  • "Sebagai contoh, isu menteri besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam PAS sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.
  • "Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baru iaitu PasMa," katanya.
  • Mohd Zuhdi menyifatkan NGO PasMa sebagai "duri dalam daging" dalam PAS sementara golongan ulama dan profesional dalam parti itu bukan merupakan ancaman kepada perpecahan dalaman.
  • Beliau juga mendakwa PasMa sedang berusaha menguasai PAS dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan ia akan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.
  • Jika PasMa gagal merebut kuasa, kumpulan NGO itu menjadi parti politik bagi menggantikan PAS.
  • "Mereka (PasMa) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding PAS dalam isu melibatkan soal agama kerana PasMa dilihat lebih bertolak ansur berbanding kami (PAS) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam.
  • "Jika mereka (PasMa) tidak berjaya, saya jangka PasMa akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan," katanya lagi.
  • Namun pada masa kini, kebanyakan kenyataan di antara Pas dan PasMa boleh dikatakan belum `membunuh’ di antara satu sama lain.
  • Mereka cuba menyembunyikan perselisihan faham yang kritikal itu. Sedangkan di peringkat akar umbi, pergerakan PasMa dikatakan sangat hebat.
  • Kebangkitan kuasa baru PasMa kebanyakannya dianggotai oleh anak muda dan golongan profesional.
  • Anak muda pro PasMa menganggap cara perjuangan Pas terlalu lembut dan sudah tidak lagi relevan. Mereka tertarik dengan cara PasMa yang agak keras dan sanggup buat apa saja demi mengalahkan lawan mereka.
  • Perselisihan antara Pas dan PasMa di peringkat akar umbi begitu ketara hingga bantuan kemanusiaan dari Pas negeri lain yang dihatar ke Kelantan untuk menangani banjir baru-baru ni, telah disekat oleh sekumpulan orang PasMa, kononnya mereka akan membantu Pas negeri berkenaan mengagihkan barang pada mangsa banjir.
  • Memang PasMa mengagihkan barang bantuan tersebut pada mangsa banjir, namun mereka hanya memberikan barang bantuan tersebut pada kumpulan mereka sahaja dan mengakui barang bantuan tersebut kepunyaan PasMa.
  • Ada satu kejadian di mana, kumpulan PasMa ini turun untuk menghantar barangan bantuan, tapi bila disedari kampung yang mereka singgah tiada kumpulan PasMa, mereka menyerahkan semua barangan tersebut kepada JKKKP.
  • Mereka sanggup tidak memberikan barang bantuan pada ahli Pas pro Ulamak, dan menyerahkan semuanya pada JKKKP (sudah tentu orang UMNO).
  • Begitu dahsyatnya perselisihan di antara dua kumpulan Pas yang kononnya di depan media mereka tiada masalah. Tapi dibelakang media, kebencian diantara mereka lebih dari mereka membenci UMNO.
  • Jika dilihat pada kejadian itu, apakah kita masih boleh menganggap pemilihan dalam Muktamar Pas pada tahun ini, kerusi presiden Pas tidak akan dicabar oleh sesiapa dari PasMa?


17 pekara Melayu perlu tahu tentang DAP


Yahya Ismail menulis. Ini bukan fitnah tapi fakta. Orang Melayu perlu tahu siapa kawan, siapa lawan dlm politik Malaysia. Jangan jadi seperti kambing, lembu dan kerbau bodoh mengikut tiupan nafiri DAP yang cuba memperbodohkan Melayu supaya menjadi keldai mereka.
  1. DAP lahir dari PAP Singapura waktu PAP disepak dari Msia pada tahun 1965.
  2. Lim Kit Siang pernah jadi Setiausaha Agung PAP (Lee Kuan Yew) waktu Singapura dalam Malaysia. Lee Kuan Yew yang memberi idea kepada Lim Kit Siang untuk teruskan perjuangan PAP yang pro Cina di Malaysia melalui DAP.
  3. DAP ikut telunjuk PAP Singapura mengamalkan politik sosialis kononnya tapi pekat cauvinis Cina sebenarnya.
  4. Falsafah perjuangan Malaysian Malaysia yang dicetuskan PAP pra 1965 dan disambung oleh DAP sampai sekarang.
  5. Dasar utama Malaysian Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura yang memberi kuasa penuh kepada bangsa Cina.
  6. DAP tanam semangat anti Melayu, anti kuasa politik Melayu, anti hak keistimewaan Melayu, anti Raja-Raja Melayu, pluralisme dalam agama, dimana Islam bukan lagi agama rasmi negara yang tunggal, penggunaan berbagai bahasa dan hak sama rata dalam semua bidang kehidupan masyarakat dan kerajaan.
  7. Sebahagian besar ahli DAP, MCA, Gerakan dan MIC bukan Melayu lainnya yang berusia lebih dari 57 tahun (tarikh kemerdekaan negara) mendapat kerakyatan jus soli dengan mudah walaupun mereka tak tahu berbahasa Melayu, adat resam Melayu. Juga diberi kerakyatan secara percuma kepada Cina, India dan bangsa-bangsa asing termasuk para penjenayah juga. Inilah semangat toleransi pemimpin2 UMNO yang menyerahkan hak kerakyatan mudah kepada bangsa-bangsa pendatang.
  8. Beberapa orang pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang, pernah ditahan dibawah ISA dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Bayangkan, 12 tahun selepas mendapat kerakyatan dengan mudah, kaum Cina khasnya dan India amnya sudah menentang kuasa politik Melayu.
  9. Agenda DAP menguasai kerajaan-kerajaan negeri yang maju di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia kerana disini kebanyakan penduduk di bandar adalah orang Cina. Sasarannya menguasai P. Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. DAP berjaya tendang BN di P.Pinang pada PRU 12 dan berkuasa hingga sekarang. Perak jatuh ke tangan DAP malangnya tak ada adun Melayu dalam DAP. MB Perak mesti seorang Melayu beragama Islam. Maka adun Pas dipilih untuk jadi keldai DAP. Dalam masa singkat (10 bulan) MB Pas telah bermurah hati memberi hak milik tanah Kampung Baru yang didiami orang Cina selama 999 tahun - suatu tindakan paling bodoh dari pihak Pas. Walaupun MB dari Pas namun yang berkuasa dikatakan exco DAP yang dikatakan anti Melayu, anti Islam itu.
  10. DAP berjaya menguasai P.Pinang dan mendapat banyak kerusi Parlimen dan DUN di pelbagai negeri dalam PRU 12 dan PRU 13 kerana perpecahan di kalangan Melayu akibat mainan politik kotor Anwar Ibrahim. Perpecahan Melayu menyebabkan DAP naik tocang dan paling berkuasa sebagai pembangkang hari ini.
  11. DAP menjadikan P. Pinang sebagai kubu kuatnya seperti mana PAP menguasai Singapura. Majoriti penduduk kaum Cina dan mudah bagi DAP melaksanakan berbagai dasar politik-ekonomi-endidikan- sosial-agama dan lain-lain yang mengutamakan kaum Cina. Apa yang dilakukan di Singapura akan diikuti oleh DAP di P. Pinang.
  12. Perlulah diingat sebahagian besar pimpinan DAP adalah Kristian. Barangkali ada agenda kristianisasi Malaysia melalui berbagai muslihat "dakwah" kristian di kalangan orang Melayu untuk memurtadkan Melayu dengan harapan pada suatu masa nanti Malaysia bukan lagi dikuasai oleh Melayu Islam.
  13. Memang ada rancangan sulit DAP, PAP Singapura dan beberapa NGO serta parti politik di Sabah dan Sarawak yang dikuasai bukan Islam untuk menolak kepimpinan Melayu Islam Malaysia. Ada agenda pihak anti Melayu Islam dari Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum, dan menjadikan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Singapura.
  14. DAP yakin ia boleh mengekalkan P. Pinang, menawan se mula Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada PRU 14. Sebahagian besar pengundi Cina akan berpihak kepada DAP dan menolak MCA serta Gerakan.
  15. DAP dengan kerjasama parti-parti politik bukan Islam dari Sabah dan Sarawak akan melancarkan kempen besar-besaran untuk merebut sebahagian besar kerusi DUN dan juga Parlimen. Mereka yakin kalau separuh kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak jatuh ke pembangkang pada PRU 14, BN akan tumbang.
  16. DAP tetap menolak hudud dan akan tentang gagasan "negara Islam" acuan Pas. Mereka sanggup menendang Pas kerana mereka yakin Anwarinas dalam Pas boleh menggugat golongan ulamak dan menyokong DAP serta PKR. Hanya Pas yang terhegeh-hegeh bergayut serban di bawah ketiak DAP dan PKR sekarang.
  17. Strategi DAP menghadapi PRU 14 ialah menguasai semua kerusi Parlimen bandar dari MCA dan Gerakan. Pembangkang akan memastikan BN kalah atau menang dengan majoriti kecil. Kalau ini berlaku, ada kemungkinan DAP berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran kelak sekiranya Najib masih menjadi PM. Banyak orang meramalkan MCA dan Gerakan akan ditendang pengundi-pengundi Cina kelak kerana mereka mahu memberi kemenangan besar kepada DAP sebagai mewakili suara orang Cina. Ingat, ini hanya sebahagian dari sendiwara politik wayang Cina DAP. Orang Melayu perlu berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan slogan-slogan DAP yang mengamalkan politik telunjuk lurus kelingking berkait.