Tuesday 3 March 2015

PAS pecah lepas muktamar

  • Ramai menjangkakan PAS akan berpecah selepas muktamar pada 1 Jun depan walau pucuk pimpinan menafikannya. Antara pihak yang membuat ramalan itu ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
  • Ramalannya itu dibuat selepas membuat kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti.
  • "Sebagai contoh, isu menteri besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam PAS sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.
  • "Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baru iaitu PasMa," katanya.
  • Mohd Zuhdi menyifatkan NGO PasMa sebagai "duri dalam daging" dalam PAS sementara golongan ulama dan profesional dalam parti itu bukan merupakan ancaman kepada perpecahan dalaman.
  • Beliau juga mendakwa PasMa sedang berusaha menguasai PAS dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan ia akan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.
  • Jika PasMa gagal merebut kuasa, kumpulan NGO itu menjadi parti politik bagi menggantikan PAS.
  • "Mereka (PasMa) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding PAS dalam isu melibatkan soal agama kerana PasMa dilihat lebih bertolak ansur berbanding kami (PAS) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam.
  • "Jika mereka (PasMa) tidak berjaya, saya jangka PasMa akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan," katanya lagi.
  • Namun pada masa kini, kebanyakan kenyataan di antara Pas dan PasMa boleh dikatakan belum `membunuh’ di antara satu sama lain.
  • Mereka cuba menyembunyikan perselisihan faham yang kritikal itu. Sedangkan di peringkat akar umbi, pergerakan PasMa dikatakan sangat hebat.
  • Kebangkitan kuasa baru PasMa kebanyakannya dianggotai oleh anak muda dan golongan profesional.
  • Anak muda pro PasMa menganggap cara perjuangan Pas terlalu lembut dan sudah tidak lagi relevan. Mereka tertarik dengan cara PasMa yang agak keras dan sanggup buat apa saja demi mengalahkan lawan mereka.
  • Perselisihan antara Pas dan PasMa di peringkat akar umbi begitu ketara hingga bantuan kemanusiaan dari Pas negeri lain yang dihatar ke Kelantan untuk menangani banjir baru-baru ni, telah disekat oleh sekumpulan orang PasMa, kononnya mereka akan membantu Pas negeri berkenaan mengagihkan barang pada mangsa banjir.
  • Memang PasMa mengagihkan barang bantuan tersebut pada mangsa banjir, namun mereka hanya memberikan barang bantuan tersebut pada kumpulan mereka sahaja dan mengakui barang bantuan tersebut kepunyaan PasMa.
  • Ada satu kejadian di mana, kumpulan PasMa ini turun untuk menghantar barangan bantuan, tapi bila disedari kampung yang mereka singgah tiada kumpulan PasMa, mereka menyerahkan semua barangan tersebut kepada JKKKP.
  • Mereka sanggup tidak memberikan barang bantuan pada ahli Pas pro Ulamak, dan menyerahkan semuanya pada JKKKP (sudah tentu orang UMNO).
  • Begitu dahsyatnya perselisihan di antara dua kumpulan Pas yang kononnya di depan media mereka tiada masalah. Tapi dibelakang media, kebencian diantara mereka lebih dari mereka membenci UMNO.
  • Jika dilihat pada kejadian itu, apakah kita masih boleh menganggap pemilihan dalam Muktamar Pas pada tahun ini, kerusi presiden Pas tidak akan dicabar oleh sesiapa dari PasMa?


No comments:

Post a Comment