Thursday 26 February 2015

Permohonan keluarga Anwar tidak sah

Petisyen terbatal tanpa tandatangan Anwar
  • Banduan VVIP Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar disahkan enggan memohon dan menandatangani surat pengampunan, sekaligus meletakkan status petisyen keluarganya bagi pengampunan Diraja dianggap tidak sah.
  • Seorang peguam Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung.
  • "Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya sebagai mengulas tindakan mengejut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulung banduan, Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat.
  • Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan.
  • Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja.
  • "Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya.
  • Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya.
  • Nota: Orang ramai tertanya-tanya apakah muslihat sebenar Anwar dan keluarganya dalam isu petisyen pengampunan Diraja ini wal hal mereka semua faham bahawa tindakan mereka itu tidak sah.
  • Mereka ada ramai peguam untuk menasihati tindakan yang sudah difahami sebagai tidak sah, tetapi mereka tetap lakukan juga.
  • Apakah petisyen itu mahu mencabar kewibawaan institusi istana sebelum membawa isu itu ke peringkat global bagi mendapat perhatian dan simpati dunia ke atas revolusi yang bakal dilancarkan oleh juak-juak Anwar tidak lama lagi.
  • Ternyata keselamatan negara bakal terjejas jika revolusi seumpama itu berlaku dan ISA sudah tidak ada untuk menyelamatkan negara, melainkan sistem pertahanan Rejimen Askar Melayu Diraja saja yang akan berada di barisan hadapan bagi menangani revolusi itu.
  • Ketika inilah pembangkang akan menggunakan simpati antarabangsa untuk membawa masuk pasukan pengaman PBB yang akhirnya akan memusnahkan Perlembagaan Malaysia dan institusi Raja-Raja Melayu.
  • Retak sudah menanti belah. Bangsa Melayu sudah berada di persimpangan kehancuran. Kecuali bangsa Melayu bersatu dan tidak membenarkan apa jua bentuk revolusi. Harapan itu hampir mustahil akan terjadi kerana majoriti pendokong semua denonstrasi pembangkang merupakan bangsa Melayu.
  • Persoalan lanjutan ialah apakah MAGERAN dapat menyelesaikan semuanya tanpa campurtangan dunia luar? Tiada yang pasti.


No comments:

Post a Comment