Tuesday 17 February 2015

Mac turun harga, April naik semula gara-gara GST

  • Jerung-jerung perniagaan yang dikuasai kaum Cina di Malaysia dikatakan tidak hairan sama sekali dengan desakan kerajaan pusat supaya mereka menurunkan harga barangan secara serentak mulai 1 Mac ini.
  • Bagi mereka, menjelang April nanti harga barangan pasti nak lagi berikutan penguatkuasaan GST dan mereka akan memindahkan beban cukai itu terhadap pengguna.
  • Sebahagian besar warga Melayu bakal terkesan teruk dengan kenaikan itu lantaran kemiskinan yang membaluti kehidupan, sedangkan bangsa Cina tidak merasa apa-apa kerana taraf hidup mereka terlalu tinggi.
  • Kelicikan jerung-jerung memainkan harga barangan seperti yoyo amat memeritkan rakyat marhaen. Lihat saja bagaimana mereka menyerang kerajaan ketika subsidi minyak dikurangkan suatu masa dahulu.
  • Pengeluar, pemborong, pengedar mahupun peruncit sepakat menaikkan harga barangan kerana berlaku peningkatan kos perniagaan yang ketara dan sambil itu mereka dikatakan menggunakan media pembangkang sebagai wadah untuk menghentam kerajaan.
  • Bagaimanapun, setelah harga minyak turun kerana sistem pengapungan terkawal, kelihatan jerung-jerung ini cukup bermasalah untuk menurunkan harga barangan masing-masing dengan mengemukakan pelbagai alasan.
  • Bahkan, sesama mereka kini saling menuding menyalahkan pihak lain. Pelbagai alasan yang sebelum ini tidak pernah pun dijadikan hujah tiba-tiba timbul kononnya bagi mewajarkan pengekalan mahupun kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
  • Antaranya, faktor kos import bahan mentah yang meningkat di atas alasan nilai ringgit semasa lemah, pengekalan tarif pada kos utiliti, kos penyenggaraan kekal tinggi kerana peralatan atau alat ganti diimport dari luar negara dan sebagainya.
  • Tidak kurang juga yang kembali menuding jari kepada kerajaaan serta mereka yang digelar sebagai ‘kroni’ kerana kononnya tindakan pemberian lesen tunggal mahupun AP kepada pihak tertentu oleh kerajaan sebelum ini telah menyebabkan berlaku monopoli pasaran. Ia tidak termasuk bagaimana isu boikot diselewengkan sehingga menjadi isu perkauman.
  • Pengguna semakin bosan dengan karenah mereka. Hakikatnya harga minyak mungkin tidak selamanya jatuh. Malah ada pakar mengatakan harga minyak tidak akan jatuh lagi di bawah AS$50 setong dan akan kembali meningkat pada pertengahan tahun ini.
  • Apa yang pasti, seandainya ketika harga minyak AS$48 setong pun, peniaga tidak menurunkan harga, apakah boleh diberi harapan untuk harga barang turun jika harga minyak mencecah US$70 setong kelak?
  • Persoalan ini terlalu mudah untuk dijawab. Sebenarnya tidak perlu tunggu sehingga pertengahan tahun pun, kerana pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 ini sudah cukup untuk melupakan pengguna dengan sikap tidak bertanggungjawab peniaga sebulan dua ini.
  • Demam GST kelak akan mengalih kritikan terhadap peniaga kepada kritikan terhadap kerajaan pula. Ketika itu, peniaga bukan sahaja mampu menarik nafas lega, bahkan ia dilihat membuka ruang untuk mereka terus menaikkan harga lebih tinggi dengan alasan ia sebagai kesan pelaksanaan GST pula.
  • Justeru, dijangka dalam tempoh berbaki tidak sampai dua bulan ini, selain peniaga perlu terus menuding jari dan mencipta alasan, kerajaan juga perlu bersedia untuk mencari jawapan lebih segar sifatnya untuk dibentangkan kepada rakyat kelak.
  • Pada masa yang sama, pengguna juga dinasihatkan supaya pengguna menggunakan kuasa mereka sekali lagi untuk memboikot syarikat yang menaikkan harga produk sesuka hati mereka.
  • Lebih baik lagi, kumpulan peruncit sendiri perlu memboikot rantaian bekalan sebelumnya, tetapi ia sudah tentu bukan sesuatu yang munasabah. Jerung di belakang yang memegang kunci gudang itu tetap tersenyum dan sedikitpun tidak terjejas.
  • Lihat juga rekod tindakan penguatkuasaan yang pernah diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan sebelum ini. Apakah jerung-jerung itu pernah didakwa?
  • Beberapa pengajaran yang mungkin boleh dipelajari daripada ‘tragedi harga minyak murah’ ini adalah pandangan bahawa sebuah kerajaan yang berkuasa akan bebas menentukan segala-galanya amatlah silap.
  • Sebaliknya, seperti juga kuasa undi yang ada pada rakyat, begitu jugalah kuasa penentuan harga (mahupun gaji pekerja) yang ada pada peniaga itu boleh mempengaruhi sesuatu keputusan atau tindakan oleh kerajaan, cuma ia berlaku secara tidak langsung sahaja.
  • Selain itu, senario semasa ini turut menyedarkan kita betapa ‘faktor harga minyak’ yang selalu ‘dikambinghitamkan’ sebelum ini sebenarnya tidaklah bersifat mutlak dalam mempengaruhi harga barang, sebaliknya peranan “tangan-tangan ghaib” ini mungkin lebih banyak dan besar kesannya kepada pengguna.
  • Dan, setelah beberapa bulan dihadam dengan cerita ekonomi, pengguna kini mungkin semakin faham realiti ekonomi negara. Contohnya, betapa mereka suatu masa dahulu hanya didedahkan dengan cerita Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bernas dan beberapa lagi tindakan campur tangan oleh agensi kerajaan ke dalam pasaran kononnya sebagai contoh amalan persaingan yang tidak sihat, rupa-rupanya terdapat puluhan mahupun ratusan monopoli nakal lagi di belakang sana yang disorok daripada pandangan umum yang kini bermaharajalela di atas tiket liberalisasi ekonomi.


No comments:

Post a Comment