Friday 13 February 2015

Fenomena anak Cina tak tahu berbahasa Melayu

  • Tinjauan terhadap 13,925 responden dalam kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 yang mendapati 609 tidak boleh berbahasa Melayu langsung, bukan sahaja menggemparkan banyak pihak, ia ikut menimbulkan pelbagai polemik.
  • Selain itu, tinjauan pada tahun 2011 dalam kalangan belia Cina mendapati 28 daripada 107 responden, tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan memahaminya langsung.
  • Ramai bertanya bagaimana belia bukan Melayu boleh lulus subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, kadangkala dengan cemerlang lagi, tetapi gagal berkomunikasi dalam bahasa itu.
  • Daripada pengakuan mereka ini yang didapati tidak mampu membina satu ayat sempurna dalam Bahasa Melayu, menghafal banyak karangan membantu mereka bukan sahaja untuk lulus, malah memperoleh gred tinggi. Selain karangan, mereka ini juga mengakui menghafal banyak perkara lain, termasuk peribahasa dan ungkapan bahasa Melayu tertentu untuk diguna dalam jawapan mereka.
  • Dengan kata lain, teknik menghafal jelas membantu mereka untuk mencapai orientasi instrumental dalam tujuan mempelajari Bahasa Melayu, iaitu lulus dan dengan baik. Sudah tentu orientasi begini tidak baik dalam usaha kita membentuk negara bangsa. Bahasa Melayu dipelajari semata-mata untuk memenuhi syarat lulus memperoleh sijil penuh dalam peperiksaan.
  • Malang sekali mereka ini langsung tidak dapat melihat kepentingan bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa negara. Malah konsep dan ideologi sedemikian langsung tidak ada pada pemikiran mereka. Ini dapat dilihat daripada respons mereka bahawa bahasa Melayu bukan bahasa antarabangsa dan hanya digunakan di wilayah kecil, iaitu di Nusantara.
  • Oleh itu, ia tidak perlu pun diketahui dengan baik, apatah lagi dikuasai pada peringkat tinggi. Sudah memadai ia diketahui dan dikuasai pada peringkat asas saja. Justeru bentuk bahasa pasar masih banyak digunakan untuk berkomunikasi dalam bahasa negara ini, walaupun negara sudah hampir 60 tahun merdeka.
  • Sebagai bahasa negara, bahasa Melayu tidak boleh selama-lamanya dituturkan dalam bentuk jelik begitu dan lebih teruk lagi tidak boleh dituturkan langsung oleh sesetengah warganegara. Dalam hal ini, seseorang warganegara Malaysia wajib mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik terhadap bahasa negara.
  • Sehubungan keadaan malang ini, sebenarnya banyak persoalan yang wujud itu bukan sahaja boleh membawa kesan buruk dalam usaha membangunkan negara, khususnya dari segi pembentukan negara bangsa. Ia boleh ikut menjejaskan citra kita yang kelihatan kusam di luar negara. Kesan buruk dan citra kusam ini sebahagian besarnya berkisar pada nasionalisme dan nasionaliti.
  • Dalam hal ini, ke mana perginya perasaan bangga terhadap negara dan juga perasaan keterikatan kepada negara pada sesetengah daripada rakyat kita. Atau ia tidak perlu wujud pun dalamkalangan mereka ini. Seterusnya, apakah yang berlaku kepada sistem pendidikan kita yang sepatutnya mampu membangkitkan semangat kebangsaan dan menanamkan jati diri kebangsaan.
  • Bagaimana pula dengan Dasar Sosial Negara yang seharusnya ikut berjaya membangunkan negara dari segi kemasyarakatan? Sikap buruk kepada bahasa Melayu itu adalah penunjuk bahawa proses pembangunan negara, khususnya pembentukan negara bangsa, tidak berada pada landasan betul sehingga ada warganegara negara sedemikian rupa. Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum sikap ini berleluasa. - petikan rencana BH.
  • Di mana silapnya sehingga fenomena ini boleh berlaku. Sudah semestinya mereka yang tidak boleh menguasai Bahasa Melayu adalah mereka yang beraliran vernakular. Ternyata di sekolah vernakular, pelajar tidak diberi keutamaan dalam menguasai Bahasa Melayu. Pelajar hanya menikmati asas pembelajaran sahaja. Selebihnya terpulang kepada pelajar itu sendiri samada mahu menghayati Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian atau sebaliknya.
  • Keadaan menjadi semakin parah apabila segelintir ibu bapa yang kiasu tidak mahu mengajar atau bertutur Bahasa Melayu kepada anak-anak mereka. Mengapa dan bagaimana, kena tanya kepada ibu bapa itu sendiri.
  • Uutuk itu sekolah vernaklar sepatutnya dimansuhkan kerana kesan negatif sudah semakin ketara. Belum pernah berlaku dalam sejarah Amerika, orang Amerika sendiri tidak tahu berbahasa Inggeris. Tapi di Malaysia, fenomena bebal bahasa sudah berlaku apabila orang Malaysia yang tidak tahu berbahasa Malaysia (bahasa Melayu). - GRP


No comments:

Post a Comment