Friday 13 February 2015

Mydin turun harga 30 peratus, pasaraya lain bila lagi?

  • MYDIN telah mengambil langkah proaktif dengan menyahut seruan kerajaan dengan menurunkan harga barangan sebanyak 30 peratus bagi 50 jenis barangan terpilih.
  • Ia dilakukan susulan daripada Mesyuarat Isu Harga Barang dan Caj Perkhidmatan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Putrajaya pada 10hb Februari 2015 yang memutuskan agar pemborong, peniaga, pembekal, peruncit dan penternak untuk menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak yang telah berkuatkuasa pada 1hb  Februari 2015.
  • MYDIN telah mengambil mekanisme bijak ini untuk memastikan harga barangan yang terdapat di MYDIN mampu dimiliki dan tidak membebankan para pengguna, khususnya  golongan rakyat yang  berpendapatan rendah.  Dalam usaha untuk menjaga kebajikan para pengguna, MYDIN iltizam untuk mengambil langkah prihatin dengan menyenaraikan 50 barangan yang terpilih  untuk diturunkan harga selaras dengan kos operasi pengeluaran yang berkurangan.
  • Sokongan ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Februari lalu, beliau menyeru agar semua peniaga tanpa mengira bangsa, supaya bersikap adil terhadap pengguna dengan menurunkan harga barangan seiring dengan pengurangan kos kesan daripada penurunan harga minyak.
  • “MYDIN tekad untuk terus membantu dan berusaha mewujudkan suasana sosioekonomi yang harmonis di negara ini. Namun, saya berasa terkilan sedikit apabila ada segelintir golongan pembekal dan pengilang yang masih belum menurunkan harga bekalan barangan mereka.
  • “Saya juga ingin menyeru pasar raya besar yang lain untuk bersama menjayakan saranan murni ini agar kita dapat memastikan tahap sosioekonomi senantiasa mapan dengan keberkesanan dalam konteks peniaga gembira, pengguna terpelihara, tegas Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
  • Sememangya tidak dapat dinafikan bahawa sebarang tindakan untuk menurunkan harga tidak boleh dibuat secara drastik mahupun holistik. Namun, demi usaha untuk mengutamakan kepentingan para pengguna, MYDIN telah mengambil tindakan kolektif awal untuk menurunkan harga sehingga 30% bagi 50 barangan yang terpilih.
  • Antara barangan yang diturunkan harga ialah Bawal Hitam, Selar, Cili Merah, Timun, Milo (400g), Kopi Hang Tuah, Power Root Ali Cafe 5 in 1, Kicap Jalen (650gm), Rempah Adabi (250g), Huggies Drypers, dan lain-lain lagi. Penurunan harga ini akan dilaksanakan dan berkuatkuasa di 18 buah Pasar Raya Besar, 16 buah Emporium dan 3 buah Bazar di seluruh Malaysia.
  • Sebelum itu, penurunan harga barangan di pasar tani bermula 7 Februari sebagai usaha kerajaan mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Beliau berkata menerusi 'Program Jualan Turun Harga Pasar Tani' itu, kadar penurunan harga adalah antara lima hingga 20 peratus melibatkan 73 jenis barang dan produk berasaskan pertanian yang segar, kering dan diproses.
  • "Penurunan harga itu bermula hari ini ... bagi membantu rakyat yang kini merungut tentang harga barangan yang tidak turun sedangkan harga minyak turun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Pasar Tani Taman Melawati di sini. 
  • Ismail Sabri berkata buat masa ini, kementerian tidak menetapkan had tempoh tertentu bagi pelaksanaan program itu di 570 pasar tani sedia ada di seluruh negara.
  • "(Peniaga) di pasar tani boleh turunkan harga, kenapa orang lain tidak boleh, sepatutnya tidak ada alasan lagi ... (peniaga) pasar tani turut hadapi benda yang sama," katanya.
  • Beliau berkata menerusi program penurunan harga itu, ia tidak akan menjejaskan keuntungan peniaga kerana mereka masih boleh memperoleh keuntungan daripada hasil jualan.
  • Ismail Sabri berkata kementerian akan memantau peniaga di pasar tani supaya mereka mematuhi pelaksanaan program berkenaan antaranya dengan meletakkan nombor hotline di setiap gerai bagi membolehkan pelanggan membuat sebarang aduan.
  • "Kalau ada peniaga yang tidak ikut, kita akan ambil tindakan dengan menyingkirkan mereka serta-merta daripada berniaga di pasar tani ... saya serius," katanya.
  • Beliau turut menyarankan pengguna agar berbelanja secara bijak dengan membeli barangan pada tawaran harga yang lebih baik.
  • Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 50 pasar tani lagi disasarkan dibuka tahun ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuka 1,000 pasar tani di seluruh negara menjelang 2020.
  • Beliau berkata kementerian juga sedang merancang untuk mewujudkan pasar tani kekal bagi membolehkan pasar tani beroperasi setiap hari dan bukannya sekali atau dua kali seminggu.
  • (Nota: Tinjauan GRP mendapati 50 produk MYDIN yang diturunkan harga sebanyak 30 peratus merupakan produk keluaran bumiputera. Produk bukan bumiputera yang diletakkan di pasaraya itu masih kekal pada harga lama tanpa sebarang sebab.
  • Manakala 570 pasar tani di seluruh negara, kebanyakan peniaga dan penjaja kecil merupakan orang Melayu. Mereka sanggup menurunkan harga runcit walaupun kebanyakan pemborong masih enggan menurunkan harga mereka.
  • Kesimpulannya, bukti sudah cukup untuk mendedahkan ramai pemborong Cina tidak memberi kerjasama kepada peruncit Melayu. Mereka tidak risau soal pelanggan Cina kerana golongan itu mempunyai daya beli yang tinggi.
  • Lalu, wajarlah jika orang Melayu di seluruh negara memboikot semua produk yang dikeluarkan oleh syarikat Cina kerana selama ini pun bangsa Cina sudah lama memboikot produk Melayu tapi kita tak perasan kerana majority Melayu tak faham Bahasa dan tulisan Cina. Itu fakta bukan auta.– GRP)


No comments:

Post a Comment