Tuesday 24 February 2015

Sirul dinasihat jaga imej negara

  • “Nasihat saya untuk Sirul, sila rujuk dan dapatkan nasihat peguam anda dan menjaga nama baik serta imej negara untuk kestabilan berkekalan."
  • Itu nasihat seorang peguam, Fakhrul Anwar Ramli kepada bekas Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Omar yang berdepan hukuman mati dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
  • Fakhrul yang berkhidmat sebagai Peguambela & Peguamcara Tentuan Rahim & Lawrnee JB menegaskan isu membabitkan Sirul sama ada perlu memberi keterangan secara terbuka kepada umum menerusi media yang diaturkan PAS semalam sepatutnya tidak berlaku.
  • "Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan mengikut undang-undang yang adil dan kita harus menerima tanpa mempersoalkan keputusan mereka. Sirul dan Azilah sudah diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk membuktikan mereka tidak bersalah dan mereka gagal.
  • "Mereka berdua sudah terbukti bersalah oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan. Kalau kita berkeras untuk membuka semula kes ini, ia akan menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang atau Rule Of Law dan menjadi duluan atau 'precedent' untuk kes-kes lain. Hal ini telah mengetepikan fungsi sebenar mahkamah.
  • "Rakyat Malaysia harus menghormati Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang, Jangan sibuk timbulkan isu berkaitan Sirul dan Azilah lagi. Kalau isu ini terus dipersoalkan, maka apa gunanya ada mahkamah dan undang-undang?
  • "Sidang media yang dilakukan oleh Mahfuz Omar semalam tidak releven dan saya rasa Mahfuz Omar lebih arif tentang hal undang-undang kerana beliau merupakan Ahli Parlimen yang berperanan sebagai penggubal undang-undang," katanya.
  • Menurutnya, adanya sidang media berkenaan seolah mencalarkan imej Mahfuz sendiri sebagai orang berpengaruh dalam politik. "Saya percaya isu ini akan terus dibangkitkan atas kepentingan politik pihak tertentu," katanya.


No comments:

Post a Comment