Tuesday 24 February 2015

Drama komedi Mahfuz-Rafizi soal Sirul Azhar

  • Semalam telah berlangsung satu drama komedi yang telah membuatkan para wartawan memaki hamun Mahfuz Omar. Walaupun Mahfuz kemudiannya cuba 'mengembalikan maruahnya' dengan kejayaan menghubungi Sirul Azhar, tetapi semakin ramai yang mencemuh dan mengecamnya.
  • Ini adalah kerana Sirul Azhar berada dalam tahanan Kerajaan Persekutuan Australia atas kesalahan imigresen. Sebagai tahanan, Sirul Azhar tidak mempunyai kemudahan untuk berkomunikasi dengan mana-mana pihak, termasuklah pihak berkuasa Malaysia.
  • Hubungan pula hanya melibatkan antara Kerajaan dengan Kerajaan, bukan lagi individu dengan individu atau parti politik dengan individu seperti yang cuba digambarkan oleh PAS.
  • Difahamkan, apa yang dilakukan oleh Mahfuz semalam, sebenarnya menunggu masa untuk disorak oleh Rafizi Ramli. Sebabnya, ia adalah 'program' Rafizi Ramli tetapi Mahfuz yang sedang kelam-kabut untuk menutup isu PASMA dan perpecahan dalam PAS.
  • PAS memerlukan satu isu yang boleh meletup, lalu Mahfuz telah 'merampas' isu berkenaan (Sirul Azhar) dengan menjadikan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut sebagai markas untuk mencetuskan fenomena itu.
  • Malangnya, ia tidak menjadi sebagaimana yang diharapkan. Sirul Azhar tidak dapat dihubungi dan sememangnya tidak dapat dihubungi walaupun tanpa sidang media oleh Mahfuz.
  • Rafizi sendiri telah meng`kantoi’kan Mahfuz apabila memberitahu, Sirul Azhar tidak dapat dihubungi selagi tidak mendapat kebenaran mahkamah Australia.
  • Justeru, pertanyaan muncul pada jam 1:10 tengah hari, di mana Mahfuz dilihat 'berbual-bual dengan Sirul'. Siapakah di dalam talian bersama-sama Mahfuz kalau Sirul tidak boleh dihubungi?
  • Adakah Mahfuz bercakap dengan dirinya sendiri kerana malu selepas kegagalannya terlalu besar untuk dilindungi? Adakah Mahfuz terpaksa menyediakan pelan itu setelah menyedari wartawan dan orang ramai mula mempersoalkan bagaimana dia boleh menghubungi Sirul sedangkan pada masa yang sama, Sirul tidak dibenarkan berkomuikasi ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia?
  • Dan mungkin kerana itulah juga, Mahfuz terpaksa menipu dengan menyatakan, pada Isnin hadapan, dia akan membawa keluarga Sirul berjumpa dengan Sirul di Australia pula! Nampaknya Mahfuz bukan sahaja kena `game’ dengan wartawan tetapi dengan Rafizi. – theflyingkick.blogspot


No comments:

Post a Comment