Monday 16 February 2015

Ismail Sabri malas nak gaduh dengan MCA, Gerakan

  • NAMPAKNYA Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malas nak bergaduh dengan mana-mana pemimpin MCA dan Gerakan mengenai siapa rasis dan siapa yang perlu letak jawatan. Rasionalnya sekarang ini ialah usaha menangani kedegilan pemborong dan pembekal yang masih tidak mahu menurunkan barangan keperluan harian walaupun harga petrol sudah dua kali turun.
  • Pada satu majlis di Bera, Pahang, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menganggap kes kenyataannya tentang isu harga barangan selesai dengan tumpuan seharusnya diberikan terhadap usaha menangani isu tersebut.
  • Beliau percaya dalam kalangan pemimpin MCA dan Gerakan juga akan akur dengan keputusan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu mahu kes berkenaan diselesaikan.
  • Kabinet bersetuju polemik melibatkan perkauman perlu dihentikan kerana isu besar sekarang yang perlu diberi perhatian ialah harga barangan tidak turun dan pengguna sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk menurunkannya.
  • “Saya juga hendak memberitahu bahawa apabila pengguna mengunakan kuasa, bukan bermakna boikot semata-mata tetapi mereka perlu bijak membuat pilihan. Misalnya sekarang pasar tani menawarkan harga yang murah daripada tempat lain, jadi beralihlah kepada pasar tani, itu kuasa pengguna sebenarnya.
  • “Sebab itu Kabinet kata memanjangkan isu ini (kenyataannya) tidak selesaikan masalah harga barangan, sepatutnya fokus utama diberikan kepada penurunan harga barangan,” katanya selepas taklimat gerak kerja Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi UMNO Bahagian Bera.
  • Sebelum ini, beliau dilaporkan kesal kerana kenyataannya tentang isu harga barangan telah menimbulkan sentimen perkauman dan memberitahu bahawa komen menerusi laman Facebook rakannya pada 1 Februari lalu itu dibuat secara tertutup, namun menjadi viral dan disalahtafsirkan.
  • Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pembangkang kini dilihat cuba memanipulasikan isu harga barangan tidak turun selepas penurunan harga minyak petrol dan diesel demi kepentingan politik mereka.
  • “Pada hari ini apabila harga minyak turun, harga barangan tidak turun, kita tidak dengar pun suara mereka (pembangkang) minta peniaga menurunkan harga barangan,” tegasnya.
  • Benar kata Ismail Sabri. Jika kita tinjau akhbar, blog dan la sosial pembangkang, tidak ada satu pun artikel yang menyerang kumpulan peniaga, pemborong dan pembekal barangan keperluan harian supaya menurunkan harga barangan masing-masing.
  • Wal hal ketika harga Petrol naik suatu ketika dahulu, media pembangkang menyalak dari pagi hingga petang dengan mendakwa mereka membawa rungutan rakyat yang sengsara dengan kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak.
  • Kerajaan dituduh zalim dan tidak professional kerana membiarkan rakyat sengsara, miskin dan kelaparan. Lalu mereka merayu kepada rakyat supaya segera menjatuhakan kerajaan sedia ada bagi membolehkan pembangkang memerintah Malaysia sambil membawa impian kemakmuran.
  • Namun apabila kerajaan menurunkan harga minyak Petrol, syarikat pemborong dan pembekal enggan menurunkan harga barangan masing-masing dengan pelbagai alasan. Ironinya pembangkang tidak pula menyalahkan mereka.
  • Sebaliknya pembangkang menyalahkan kerajaan kerana gagal berkompromi dengan golongan peniaga bagi mencari titik harga yang berpatutan. Sekali lagi mereka merayu kepada rakyat supaya menukar kerajaan dan membenarkan mereka memerintah untuk menurunkan harga barangan terbabit mengikut keselesaan pengguna.
  • Dalam kes periuk nasi bangsa Cina, parti seperti MCA dan Gerakan sudah terikut-ikut dengan rentak DAP sehingga sanggup bersekongkol demi mempertahankan maruah dan ekonomi bangsa Cina. Lalu insan seperti Ismail Sabri dituduh rasis kerana memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang ditindas peniaga Cina.
  • Inilah politik licik MCA, Gerakan dan DAP yang sebenarnya `seiya sekata' dalam hal membenteng ekonomi kaum mereka walaupun berpaut dari berlainan parti. MCA dan Gerakan menjadi ejen ekonomi di dalam BN, manakala DAP menjadi kumpulan pendesak dari luar kerajaan bagi memastikan pelan pembangunan ekonomi kaum Cina sentiasa mampan. Mereka sebenarnya bersatu hati bila berjuang dalam hal ekonomi, pendidikan dan penyatuan kaum Cina. Cuma penyatuan mereka dilakukan secara tersembunyi.
  • Berbeza dengan parti-parti Melayu dan Islam di Malaysia yang suka bergaduh terang-terang dan tidak mahu bersatu hati walaupun secara sembunyi-sembunyi. Perasaan dendam dan hasad dengki sangat tinggi hingga menolak ruang dan peluang penyatuan dalam pelbagai cara dan bentuk.
  • Penyakit ini sudah menular di kalangan bangsa Melayu sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tidak mustahil perpecahan Melayu hari ini menjadi semakin sulit untuk diperbaiki kerana bangsa itu sendiri sanggup musnah dan dimusnahkan demi memenuhi dendam kesumat. - GRP


No comments:

Post a Comment