- Khabarnya pada bulan Mac ini, Dasar Ubat Nasional (Dunas) akan dibentangkan di Parlimen di mana dasar pemisahan dispensari akan dilaksanakan sebulan kemudian. Hal ini amat membimbangkan rakyat kerana ia lebih banyak mendatangkan kepayahan. Bagaimana ini boleh berlaku?
- Bagi mereka yang masih belum faham apakah pemisahan dispensari ubat atau DS (Dispensing Separation), ia merupakan keadaan di mana pesakit perlu berjumpa doktor untuk konsultasi dan pemeriksaan tetapi hanya boleh mengambil ubat di farmasi.
- Ini berlaku di negara jiran seperti Indonesia, India dan juga di beberapa negara Barat (di mana jalinan kesihatan mereka amat hebat di segi amalan dan pemantauan).
- Sebelum ini ramai memuji pendekatan Malaysia apabila orang ramai boleh diperiksa dan mendapatkan ubat di klinik (one stop centre). Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara rangkaian kesihatan terbaik di dunia dengan sistem itu.
- Buat masa sekarang pemisahan dispensari di Malaysia hanya berlaku di hospital-hospital kerajaan dan swasta tetapi masih di dalam bangunan yang sama (masih one stop centre).
- Jelas sekali di Malaysia, pemisahan dispensari dari klinik swasta masih belum dilaksanakan. Ramai menyatakan pemisahan itu tidak relevan kepada masyarakat daripada beberapa segi iaitu keselesaan, keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap masyarakat jika dipantau dengan betul mahupun jika tidak dipantau dengan betul.
- Adalah difahamkan bahawa satu dasar iaitu Dasar Ubat Nasional (Dunas) yang akan dibentangkan di Parlimen pada Mac nanti di mana dasar pemisahan dispensari akan dilaksanakan dalam bulan April 2015.
- Dari segi keselesaan, jika pemisahan dispensari ini berlaku dan mendapat pemantauan yang hebat maka pesakit kena berjumpa doktor di klinik swasta hanya untuk mendapat preskripsi ubat (dengan bayaran konsultasi) seterusnya terpaksa ke toko farmasi untuk mendapatkan ubat (bayaran ubat serta konsultasi farmasi).
- Bayangkan pesakit yang dalam keadaan sakit terpaksa bergerak sekurang-kurangnya ke dua tempat untuk melengkapkan rawatan. Jika ubat yang diberi oleh doktor tiada di farmasi tersebut, pesakit terpaksa mencari farmasi lain pula. Ini tidak termasuk rawatan pada waktu malam di mana tiada farmasi dibuka 24 jam seperti klinik swasta.
- Masyarakat akan turut dibebani dengan kos perubatan yang akan meningkat serta pembaziran masa yang begitu berharga. Jika kerajaan dengan pelan transformasi menubuhkan UTC dan RTC untuk menyenangkan masyarakat, maka pemisahan dispensari di klinik swasta ini dilihat sebagai satu langkah terkebelakang yang tidak menyenangkan masyarakat.
- Dari segi keselamatan pula, jika pelaksanaan dilakukan tanpa pantauan, pesakit akan mula mengambil jalan mudah untuk menjimatkan kos dan masa dengan membeli ubat terus di farmasi.
- Tetapi setiap apa yang dihajati oleh pesakit tidak semestinya menggambarkan keadaan sebenar pesakit. Contohnya, jika sakit perut, siapakah yang akan menentukan sakit perut pesakit itu bukan sekadar sakit perut biasa tetapi beliau sedang mengalami serangan jantung?
- Jika sakit kepala, siapakah yang akan menentukan sakit kepala pesakit berkenaan bukan sekadar sakit kepala biasa tetapi sedang mengalami serangan angin ahmar atau pendarahan di dalam kepala? Jika demam selsema, siapakah yang akan menentukan demam selsema itu bukan demam selsema tetapi sedang mengalami demam denggi yang semakin sukar dikawal sekarang?
- Dengan secara tak langsung, ia akan mengancam keselamatan masyarakat serta meningkatkan kadar mortaliti (kematian) seterusnya menjatuhkan tahap kesihatan terbaik yang Malaysia banggakan sekarang.
- Dari segi kesan jangka panjang pula, jika pesakit selepas mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau lemah jantung yang memerlukan pantauan dari doktor secara berkala tidak lagi pergi berjumpa doktor untuk meneruskan rawatan, maka penyakit beliau akan melarat tanpa disedari dan akan berlaku komplikasi lain. Jika ini berlaku, sekali lagi akan meningkatkan kadar kematian yang tidak terkawal.
- Masyarakat harus memahami apa yang akan dialami oleh mereka jika dasar ini dijalankan. Pihak kerajaan juga harus memastikan adakah dasar pemisahan dispensari ini benar-benar menguntungkan seluruh rakyat. - NORZAIDI ZAKARIA
Tuesday, 17 February 2015
Pemisahan dispensari klinik swasta akan menyusahkan rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
ReplyDeleteWe are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com