Tuesday 24 February 2015

PKR meroyan dengan road show liwat 2 Anwar

  • Enam tahun Saiful Bukhari Azlan menderita di mahkamah kerana disoalsiasat dengan kejam oleh barisan peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabit dengan kes liwat berprofil tinggi.
  • Sepanjang proses perbicaraan itu Saiful mematuhi semua prosedur mahkamah dan keterangannya didapati konsisten.
  • Malangnya dalam tempoh enam tahun perbicaraan itu, Anwar (bekas timbalan perdana menteri Malaysia) tidak mahu disoalsiasat oleh pendakwaraya sedangkan beliau wajib membela diri.
  • Rupanya beliau memilih untuk membela diri di luar mahkamah menerusi ceramah politik di bawah pokok dan demonstrasi jalanan. Enam tahun Anwar menabur fitnah di jalan raya mengenai konspirasi politik untuk menjatuhkannya.
  • Anwar yang dikatakan mahu menyuburkan keadilan rakyat, rupanya hanya mahu keadilan itu untuk dinikmati oleh diri dan keluarganya sendiri, justru itu beliau mencipta format keadilan bahawa rakyat merupakan mahkamah negara.
  • Anwar menggunakan hak dan keadilan mahkamah sivil yang sedia ada apabila dikutuk dan dihin dalam media arus perdana, tetapi beliau menolak keadilan mahkamah itu apabila orang lain membuat dakwaan terhadap dirinya.
  • Sesungguhnya keadilan yang dibawa oleh Anwar itu amat sesat, tetapi ramai ahli PKR suka `membutakan hati’ dan sanggup berdemonstrasi setiap hari untuk mendesak kerajaan supaya membebaskan seorang peliwat dari Penjara Sungai Buloh.
  • Ternyata rakyat sebenarnya terkeliru dan terpedaya dengan cerita-cerita yang dibawa oleh Anwar dan keluarganya sepanjang enam tahun lalu. Kesannya apabila mahkamah menjatuhi hukuman ke atas Anwar, penyokong PKR tidak dapat menerima keadilan mahkamah itu.
  • Lalu Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah tampil di tengah-tengah masyarakat untuk memberitahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam mahkamah tanpa menokok tambah sedikitpun selain menjelaskan fakta dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh rakyat pelbagai lapisan agama, bangsa dan tahap pendidikan.
  • Tiba-tiba PKR dan konco-konco meroyan dengan tindakan Shafee itu. Mereka mendakwa ia tidak adil kerana apa yang berlaku di dalam mahkamah mesti kekal dalam mahkamah dan tidak boleh diceritakan di tempat lain.
  • Undang-undang mana yang mengatakan fakta dan keputusan mahkamah berkaitan Anwar tidak boleh diketahui umum? Setiap hari keputusan mahkamah berkaitan jenayah dipaparkan dalam media cetak dan elektronik, tak kira ia membabitkan VVIP atau biasa-biasa.
  • Keluarga Anwar sebenarnya malu jika fakta keputusan mahkamah itu diulang-ulang kepada umum menerusi ceramah umum.
  • Tetapi mereka tidak pula malu untuk mengulang-ulang fitnah terhadap Perdana Menteri mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene dengan pembunuhan model Monggolia. Bagi pembangkang mengulangi fitnah akan menyebabkan rakyat percaya dan menjadikannya sebagai fakta.
  • Kini rakan sekongkol PKR sedang sibuk berusaha mengadakan teleconference dengan Sirul Azhar Umar yang sebelum ini dikatakan akan membuat satu pendedahan besar kepada media berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
  • Bagaimanapun sidang media itu gagal kerana dikatakan Sirul tidak berjaya dihubungi dan perkara ini disahkan dalam satu kenyataan media yang diadakan di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Menurut PAS proses menghubungi Sirul bagi bersiaran sidang telefon secara langsung dari Australia tidak berjaya walaupun dibuat lebih dari 15 kali.
  • Perbandingan kes liwat Anwar dan kes bunuh yang dilakukan oleh Sirul, jelas menunjukkan bahawa pembangkang hanya mahu mengulang tayang fitnah pembunuhan Altantuya, sebaliknya berusaha memesongkan fakta kes liwat Anwar.
  • Persoalannya apakah rakyat mahu melantik Perdana Menteri Malaysia di kalangan tokoh yang sudah dijatuhi hukuman atas kesalahan meliwat? Kepada PKR, berhentilah daripada bermimpi di siang hari. Kembalilah ke pangkuan UMNO kerana PAS akan menyeberang jambatan tidak lama lagi. 


No comments:

Post a Comment