Sunday 15 February 2015

Rakyat mahu PAS sokong UMNO di Permatang Pauh

  • Ramai pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia mengharapkan agar UMNO dan PAS segera bersatu demi meneruskan kelangsungan syiar Islam dan pemerkasaan bangsa Melayu di masa hadapan.
  • Lebih penting lagi, penyatuan UMNO PAS bakal menghumban parti chauvinis DAP kembali ke dalam kandang lamanya sebagai pembangkang minoriti yang mampu `menyalak’ di dalam kelab-kelab Cina, padang sekolah Cina dan premis tajaan komuniti Cina yang mahu menghancurkan kerajaan Melayu.
  • Terkini, ramai melihat cadangan UMNO Kelantan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Chempaka yang disandang Allahyarham Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, disifatkan petanda baik ke arah penyatuan UMNO PAS.
  • Bagaimanapun, UMNO mengemukakan sebab bahawa dengan tidak bertanding di situ ia dapat mengekalkan keharmonian landskap politik Kelantan sambil mempamerkan betapa UMNO sedang menuju mengamalkan politik realiti dan politik budiman.
  • Inilah peluang terbaik UMNO untuk merapatkan hubungan sambil membuktikan sikap hormat UMNO kepada PAS. Ia merupakan langkah terbaik dan paling strategik di atas faktor mengharmonikan suasana PAS dan UMNO dalam menghadapi pasca banjir terbesar melanda Kelantan baru-baru ini.
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berpandangan demikian kerana melihat bagaimana eratnya kerjasama PAS dan UMNO di Kelantan selepas bencana banjir besar.
  • Katanya, jika UMNO tidak bertanding di DUN Chempaka, hubungan itu pasti akan menjadi bertambar erat dan ketat. Bukan erat sehingga tertubuhnya Kerajaan Perpaduan seperti ditohmahkan oleh beberapa individu, tetapi lebih bersifat kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan, akhirnya rakyat mendapat manafaat tanpa mengira kefahaman politik.
  • Dalam hal ini kalangan pemimpin NGO Islam sependapat agar UMNO memberi laluan kepada PAS di DUN Chempaka dan sebagai tanda persahabatan PAS perlu memberi skokongan kepada UMNO pada pilihan raya kecil (PRK) di Permatang Pauh.   
  • Pengerusi Gabungan Rakyat Prihatin (GRP), Roslan Ambri berkata UMNO dan PAS perlu mewujudkan kerjasama pada pilihanraya kecil DUN Chempaka (Kelantan) dan PRK Permatang Pauh (Pulau Pinang) sebagai usaha mengerat perpaduan kedua-dua parti yang diterajui oleh pemimpin Islam.
  • Katanya, jika UMNO memutuskan untuk tidak bertanding di DUN Chempaka kerana mahu menumpukan kerja membantu mangsa banjir di Kelantan, apalah salahnya PAS membantu UMNO berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang bagi menentang PKR.
  • “Melihat kepada cadangan UMNO Kelantan itu, GRP melihat ia merupakan satu isyarat menyatakan kesudian UMNO untuk berkerjasama PAS dan kerajaan Kelantan dalam pelbagai hal termasuk urusan politik.
  • “Allah sudah mengalihkan dua bongkah batu yang besar yang menghalang dua anak sungai dari bercantum untuk menjadi sungai yang besar. Maka pandai-pandailah pemimpin UMNO dan PAS untuk bersatu selepas ini,” katanya.
  • Pandangan Roslan itu dipersetujui beberapa pemimpin lain antaranya NGO SukaGuam  yang berpendapat supaya UMNO beri laluan kepada PAS kekalkan DUN Chempaka sekaligus pentadbiran negeri Kelantan. Sebagai tanda persahabatan, PAS pula memberi sokongan kepada UMNO bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh.
  • Pengerusinya Khairul Anwar Rahmat, berkata di peringkat kerajaan pusat, pihaknya anjurkan kerajaan perpaduan dibentuk dari kalangan pemimpin terbaik dari parti-parti politik siasah, aktivis masyarakat, penggerak NGO, alim ulama, ketua masyarakat dan semua pihak yang membentuk komuniti rakyat Malaysia.
  • “Kepada teman-teman yang bukan Islam, usahlah bimbang, sejarah Tamadun Islam sejak zaman Khalifah, Uthmaniah dan Abbasiyah membuktikan bahawa kerajaan Islam yang kuat pastinya menerbitkan perasaan ehsan dan kasih sayang terhadap warganegara bukan beragama Islam.
  • “Islam adalah agama untuk semua manusia. Islam adalah Rahmat buat sekalian alam. Islam adalah pelopor kepada kedamaian dan kasih sayang sesama insan.
  • “Pemimpin-pemimpin dari pelbagai kaum dan agama pasti dilibatkan dalam pentadbiran kerajaan kerana fitrah Malaysia sebagai negara majmuk adalah amat istimewa dan mesti dipertahankan,” katanya lagi.
  • Beliau menegaskan Malayaia pernah menikmati keamanan dan kesejahteraan sejak sekian lama, namun kini majoriti rakyat dahagakan nikmat yang sudah lama hilang itu.
  • Rakyat sudah amat dikelirukan dengan amalan politik taksub melulu yang amat merugikan sehingga masyarakat berbilang kaum semakin mencurigai, manakala yang sesama bangsa dan agama juga turut saling membenci.
  • Pasti ramai yang teringatkan Firman Allah dalam Al-Quranul Karim. "Berpeganglah kamu sekalian pada tali Allah (agama Islam) dan usahlah sekali-kali kamu berpecah-belah..." Kepada Allah jua kita berserah.
  • Di kalangan pemimpin UMNO pula, Ketua Penerangan Umno Kelantan Md Alwi Che Amat berkata seharusnya kerja-kerja untuk membantu rakyat tidak perlu diganggui dengan pilihan raya kecil berkenaan nanti yang dilihat tidak memberi signifiken besar kepada mana-mana pihak.
  • Apa yang penting sekarang ini tegasnya, ialah semua rakyat Kelantan, baik dalam UMNO dan PAS memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan Kelantan yang diterpa banjir baru-baru ini.
  • "Rakyat sangat mengharapkan ada gemblengan tenaga dan usaha (mental dan spritual) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat untuk masa depana mereka yang lebih terjamin," katanya yang juga Adun Kok Lanas.
  • Menurut Alwi ekoran banjir yang melanda Kelantan sebulan lalu menyebabkan 87,300 rakyat Kelantan berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesulitan manakala sebanyak 2,740 buah rumah baru perlu dibina semula.
  • Jumlah kerosakan itu katanya bukan termasuk yang boleh diperbaiki tetapi yang perlu dibangunkan semula kerana rumah mereka musnah sama sekali.
  • "Adalah baik dalam kedaan mangsa banjir belum terbela, kita tumpukan memulih dan membantu mereka, dan jangan difikirkan sangat pilihan raya kecil itu," kata Alwi sambil menambah kemenangan percuma yang akan diberikan kepada Pas kelak boleh dijadikan sumbangsih UMNO kepada PAS.
  • Bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pula, sudah tentu PKR akan meletakan calon terbaiknya untuk mengekalkan kubu yang dipertahankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikini menjalani human penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat.
  • Pada masa yang sama Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedang mencatur calon paling sesuai di situ.
  • “Kita tidak terburu-buru buat keputusan, kita akan mengkaji dan menyusun langkah yang tepat mengikut kesesuaian keadaan”, katanya ketika mengulas kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
  • Apapun BN terutamanya UMNO akan berusaha sedaya upaya untuk menggempur Permatang Pauh yang disifatkan kubu terkuat PKR. Namun jika PAS sudi memberi bantuan dan sokongan untuk berkempen di situ bersama UMNO, senario itu bakal menjadi kejutan kepada PKR dan DAP.
  • Malahan, rentetan viral blog yang meminta PAS membantu UMNO di Permatang Pauh sudah menjadi igauan DAP dan PKR. Jika hal itu berlaku Pakatan Rakyat akan musnah dan impian DAP untuk menguasai PRU14 juga terkandas.
  • Kini desas desus mengatakan ejen DAP dan PKR sudah mula menegur jentera PAS supaya tidak membantu UMNO di Permatang Pauh. Mereka perlu akur dengan perjanjian Pakatan Rakyat walaupun `dunia akan kiamat’.
  • Senario yang akan berlaku di Permatang Pauh tidak lama lagi akan menjadi pencetus fenomena baru dalam aliran politik Malaysia. Sama-samalah kita saksikannya nanti. -- GRP


No comments:

Post a Comment