Friday 13 February 2015

Perang siber Ismail Sabri Vs Tiong Lai makin kronik

  • PERANG siber mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) dan Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA) semakin kronik. Terkini mereka berdua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan peniaga Cina dan harga barang mahal.
  • Berikut merupakan `kenyataan media bersama' di antara Ismail Sabri dan Tiong Lai pada 12 Februari 2015 yang diviralkan dalam laman sosial.
  • Polemik yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.
  • Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di viral dan disalah-tafsirkan. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentiment perkauman.
  • Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih degil menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum
  • Ia tidak ditujukan kepada kaum tertentu sahaja tetapi kepada peniaga dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan walaupun hakikatnya harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak tiga (3) kali.
  • Hari ini saya telah membincangkan perkara ini semula dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai sejajar dengan semangat muafakat Barisan Nasional. Kabinet juga telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
  • Kami bersetuju semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.
  • Kuasa beli dari kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga untuk menurunkan harga barangan. Manfaatnya akan dirasai oleh semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Dayak , Kadazan-Dusun dan lain-lain.
  • Kami dengan ini, bersama-sama menyeru agar semua pengguna tanpa mengira kaum di negara ini bersatu untuk menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.
  • Sebaik saja Tiong Lai melihat ribuan viral mengenai kenyataan itu, beliau pun segera menafikannya menerusi Twitter. Dakwanya, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat sedang beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.
  • Persoalannya, apakah kenyataan dalam media sosial itu palsu yang bertujuan mahu melaga-lagakan antara Melayu dan Cina? Namun antara palsu dan benar, hakikatnya peniaga Cina masih berdegil untuk menurunkan harga barangan harian dengan pelbagai alasan.
  • Wal hal peniaga Melayu yang menguasai pasar tani di seluruh negara sudah menurunkan harga masing-masing di antara 5 hingga 20 peratus. Keengganan peniaga Cina menurunkan harga barangan masing-masing memuktikan mereka tak peduli soal kepenggunaan dan kemasyarakatan.
  • Mereka hanya berfikir selagi boleh untung besar, selagi itulah mereka akan mempertahankannya. Sudah tentu peniaga Cina akan menggunakan ahli politik tak kira melalui DAP, MCA atau Gerakan supaya memperjuangkan nasib peniaga Cina, sekaligus nasib bangsa Cina di Malaysia.
  • Apabila perniagaan mereka tercabar, mereka akan gunakan parti politik untuk menimbulkan konflik, jika perlu cetuskan kekecohan atau keganasan kerana mereka sedar Melayu ada sifat suka `naik darah'.
  • Jika Melayu `naik darah’, maka akan tercetusnya keganasan yang dinanti-antikan oleh puak yang mahu memanggil Amerika dan PBB masuk untuk menjajah Malaysia semula atas nama kedamaian dan keamanan.
  • Sementara itu beberapa NGO Melayu Islam marah dengan hasrat Ismail Sabri mahu bertemu Tiong Lai di Wisma MCA bagi menjelaskan maksud sebenar berkaitan kenyataan sinisnya berkaitan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.
  • Ismail Sabri tidak perlu ke MCA untuk menjelaskan apa-apa, sebaliknya jika MCA tidak faham dengan kenyataan akhbar itu, mereka boleh ke pejabat Ismail sendiri atau Tiong Lai membangkitkan isu itu di dalam mesyuarat kabinet.
  • Manakala Ketua Pemuda MCA yang bertaraf senator perlu tutup mulut berkaitan isu panas itu atau beliau angkat kaki bersama MCA untuk bergabung dengan DAP dalam pilihanraya akan datang. UMNO sudah bersedia menghadapi risiko pengkhianatan MCA berdasarkan keputusan PRU13 yang mempamerkan undi Cina 97 peratus memihak kepada pakatan pembangkang.
  • Namun tanpa rasa malu MCA  masih mahu menuntut beberapa kerusi menteri dan timbalan daripada kerajaan. UMNO pun satu hal juga. Terlalu memberi muka kepada MCA dan Gerakan walaupun sedar mereka adalah musuh dalam selimut.
  • Jika UMNO masih terus berlembut dengan MCA, jangan terkejut jika Putrajaya akan terlepas dari genggaman pada PRU14. Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya UMNO `menjentik telinga' MCA supaya segera tutup mulut atau dipersilakan keluar daripada BN. MCA sebenarnya sudah menjadi `biawak hidup' dalam BN. -- GRP


2 comments:

  1. Sokongan padu harus di berikan kepada DSISY.

    ReplyDelete
  2. Setuju. Jangan lupa sertai piket GRP di hadapan Wisma MCA minggu depan bagi mendesak MCA supaya menarikbalik kenyataan terhadap DS Ismail Sabri Yaakob

    ReplyDelete