Thursday 26 February 2015

Melayu menderita Pulau Pinang naikkan pelbagai cukai

Satu demi satu penjaja Melayu Pulau Pinang dihalau keluar entah ke mana.
  • Selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, rakyat mula dimomokkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya bakal berhadapan dengan pelbagai kenaikan termasuklah selepas perlaksaan GST.
  • Semua ini kononnya bakal menyusahkan dan menunjukkan kerajaan pusat tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.
  • Ketika kerajaan mengumumkan, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float) 1 Disember lalu, maka ramai yang membantah kononnya ini akan menjadi punca harga barangan akan meningkat naik.
  • Namun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin berkata, apa yang terjadi adalah sebaliknya.
  • “Bukan sahaja harga minyak turun tetapi kerajaan juga bertungkus-lumus berusaha memastikan harga barangan turut diturunkan.
  • “Tetapi sayangnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula menaikkan satu demi satu cukai dan caj perkhidmatan. Tahun baru 2015 bukan mengundang kebahagiaan kepada rakyat negeri ini tapi ianya bagaikan satu mimpi ngeri kerana kos kehidupan mereka bakal bertambah,” ujarnya.
  • Tambah beliau lagi, bermula dengan caj levi hotel dikenakan pada setiap bilik penginapan yang disewa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula menaikkan cukai taksiran sebanyak 14 peratus.
  • Bukan itu saja katanya untuk beriadah juga kini dikenakan bayaran apabila mengunjungi Fort Cornwallis yang asalnya RM3 meningkat ke RM10.
  • “Tidak cukup dengan itu, sewa gerai dan surcaj air juga naik. Terbaru adalah pembatalan diskaun lima peratus kepada bumiputera untuk membeli rumah mampu milik.
  • “Tak tahu la apa lagi yang akan dibebankan kepada rakyat selepas ini. Apa yang diwar-warkan oleh Dap selama ini kononnya mereka ini parti yang membela rakyat adalah satu sandiwara. Mereka hanya mahu undi dan berkuasa… selepas itu rakyat diabaikan,” ujarnya lagi.
  • Nota : Komuniti Melayu cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan cukai di Pulau Pinang. Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerajaan DAP tidak pernah mengamalkan kerajaan berkebajikan.
  • Bagi DAP, siapa yang tidak dapat mengikut arus pembangunan di Pulau Pinang, mereka adalah golongan pemalas dan perlu keluar dari pulau itu. Hanya bangsa Cina yang rajin saja layak menguasai ekonomi di situ dan meneruskan pemerintahan sampai bila-bila.
  • Pulau Pinang sudah menjadi Singapura di mana Melayu sentiasa tersepit dan hidup dalam serba kepayahan. Hal yang sama berlaku di Kuala Lumpur, Cuma bezanya DBKL ditadbir di bawah kerajaan persekutuan. Kalau tidak ibukota juga sama seperti Singapura dan Pulau Pinang di mana bangsa Cina menguasai segala-galanya.
  • Lalu apakah penyelesaian bagi menamatkan penderitaan bangsa Melayu di Pulau Pinang sedangkan undi pada pilihan raya lalu jauh daripada mencukupi untuk menumbangkan kerajaan DAP?
  • Paling tidak ada segelintir pihak mencaangkan Kedah mengambil semula Pulau Pinang mengikut Perlembagaan Negara. Ternyata idea itu tidak bernas dan hanya mengundang revolusi berdarah.
  • Ternyata jawapan pada persoalan itu tidak lari daripada usaha meningkatkan kegiatan ekonomi Melayu. Malangnya Dewan Perniagaan Melayu di situ bagaikan tak wujud, apatah lagi badan-badan ekonomi yang lain.
  • Lalu kerajaan pusat perlu sediakan program ekonomi in-situ di Pulau Pinang bagi memastikan semua anak Melayu Pulau Pinang menjadi usahawan secara dipaksa dan terpaksa. Hanya itu saja pelan pembangunan yang boleh menamatkan penderitaan mereka di bumi jajahan DAP itu. 

No comments:

Post a Comment