Saturday 14 February 2015

Rakyat desak I.S.A dikembalikan (Bahagian 1)

  • Selepas empat tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) dimansuhkan, kehidupan rakyat Malaysia semakin huru hara dan bercelaru. Keharmonian bermasyarakat kian menipis, sebaliknya sikap rasis terus menebal.
  • Hina menghina antara kaum dan agama di Malaysia sudah tidak terbendung. Lebih parah lagi, agama Islam dan Raja-Raja Melayu dihina saban hari dalam laman sosial yang boleh dilayari secara mudah, pantas dan percuma.
  • Kalimah Allah terus menjadi rebutan gereja Khatolik biarpun mahkamah tidak membenarkannya; upacara sentuh anjing dan memperingati seseorang menerusi upacara memasang lilin (candle light vigil) dipromosi menjadi budaya baru; berceramah mengenai Islam di dalam gereja; berceramah mengenai Kristian di surau dan masjid; kafir mengkritik khutbah teks Jumaat; tidak membenarkan surau dan masjid melaungkan azan menerusi pembesar suara; dan pelbagai percubaan lain untuk meliberalkan dan memesongkan Islam.
  • Ini semuanya gara-gara ISA yang dimansuhkan pada 16 September 2011. Sebagai rakyat biasa yang bukan terdiri dalam kalangan penyangak, komunis, penjual manusia atau pelampau agama atau individu yang dianggap bahaya kepada negara, tarikh pemansuhan ISA itu dianggap tidak mengubah apa-apa dalam kehidupan mereka. Padahal ia merupakan satu tarikh bersejarah dalam sistem perundangan negara ini apabila ISA dimansuhkan.
  • Bagi mereka yang tidak arif tentang undang-undang, pemansuhan ISA dilihat tidak mendatangkan masalah kepada majoriti rakyat. Sebaliknya ia memberi masalah kepada golongan penyangak yang disebutkan tadi. Kalau begitu, apa masalahnya?
  • Tidak kurang juga yang beremosi bila ada mendesak ISA tidak dimansuhkan kerana sesetengahnya ada sanak saudara mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis pada zaman darurat dulu. Kalau boleh mereka mahukan ISA terus kekal menjadi pelindung rakyat. Apabila dimansuhkan, ada yang berpendapat ia memberi keuntungan kepada segelintir yang kerjanya buat onar dalam negara ini.
  • ISA atau dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai tahanan tanpa bicara. Ini adalah antara undang-undang preventif yang diwujudkan untuk menjaga keselamatan rakyat.
  • Hampir semua negara di dunia terus menggunakan undang-undang yang sama dengan nama yang berbeza. Tetapi semuanya ditahan tanpa bicara. Singapura misalnya terus ada undang-undang menahan tanpa bicara.
  • Negara yang paling gagah memperjuangkan hak asasi manusia, Amerika Syarikat tidak terkecuali. Walaupun bekas Presiden, George W. Bush pernah mengkritik ISA sebagai undang-undang yang kejam dan jahat.
  • Tetapi selepas peristiwa 11 September 2001, AS meminda Akta Patriot dan buktinya beribu-ribu orang dari negara-negara luar AS yang dikelaskan sebagai 'pelampau' ditahan tanpa bicara di kem Guantanamo. Penyeksaan dan kekejaman yang dilakukan oleh tentera AS di Guantanamo tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ternyata AS yang lebih jahat.
  • Pergerakan perjuangan hak asasi di Barat menyerang negara kita kononnya mencabuli hak asasi yang diberi peluang kepada semua orang mempertahankan diri. Tetapi mereka tidak menyerang AS yang juga mengamalkan pencabulan yang sama, kalau ini boleh dianggap sebagai mencabul hak asasi manusia. Kita pun termakan asakan bertalu-talu itu dan barangkali terlupa bahawa tidak semua kejahatan atau kebaikan boleh dibuktikan di mahkamah. Misalnya kesilapan teknikal boleh membuatkan penyangak terlepas daripada hukuman.
  • Dalam konteks Malaysia, walaupun kerajaan memansuhkan ISA dan penyangak yang paling bahaya pun berkeliaran mencari mangsa, pergerakan hak asasi tidak pernah memuji anjakan kita menambah baik undang-undang.
  • Sebenarnya tujuan penyangak di Malaysia bukan memperjuangkan hak majoriti tetapi kepentingan segelintir yang kononnya tidak diberi peluang mendapat pengadilan wajar. Maka kita tidak boleh rakyat kalau beranggapan pemansuhan ISA untuk kepentingan penyangak berkenaan.
  • Persepsi rakyat sebegini mungkin salah tetapi hakikatnya itulah yang berlegar dalam kalangan rakyat. Setakat ini rakyat tidak dibuktikan bahawa pemansuhan ISA memberikan banyak kebaikan kepada mereka.
  • Lihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini akibat ketiadaan ISA. Penyangak dan pelampau bercakap apa saja di media sosial kerana mereka yakin tidak ditangkap tanpa bicara.
  • Andai PDRM menahan mereka untuk dibicara, berderet peguam pro penyangak menghulur tangan untuk membantu secara percuma atau ditaja. Jika dihukum sekalipun, denda ribuan ringgit mampu dibayar.
  • Andai ada Melayu mempertahankan hak kemelayuan dan menghina bangsa pendatang, puak penyangak akan menghantar seberapa ramai ahli untuk membuat laporan polis dan peguam pula menyediakan kertas saman. Melayu patriotik ini akan tersepit dalam penjara kerana tiada siapa pun yang sudi membantu menjamin dan menyediakan peguam bela untuknya.
  • Namun kerajaan UMNO kini sudah semakin sedar bahawa ISA perlu dikembalikan walaupun mereka sebelum ini telah memansuhkannya.
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim pernah berkata, hasil tinjauan terhadap 161 bahagian UMNO, semua bahagian dan sayap parti itu meminta kerajaan mengembalikan ISA.
  • Sudah tentu ada yang bertanya adakah pandangan mereka tidak diminta terlebih dahulu sebelum memansuhkan ISA?
  • Kebimbangan pemimpin UMNO ketika ini dapat dirasai sehingga mereka meminta dikembalikan ISA. Barangkali pemimpin di pelbagai lapisan ini menyedari bahawa dalam apa keadaan sekalipun hak asasi rakyat mesti didahulukan dan bukannya hak asasi penjenayah.
  • Mereka yang menentang ISA hanya segelintir daripada Melayu yang liberal, buta sejarah dan tidak merasa pahit getir rusuhan kaum 13 Mei 1969. Mereka inilah yang memperjuangkan hak asasi penjenayah. Lihatlah bagaimana puak-puak ini menjatuhkan moral pasukan polis dan menjulang penjenayah yang menganggu gugat rakyat.
  • Dalam keadaan sekarang, akta yang menggantikan ISA perlu dimanfaatkan supaya jangan ada pihak yang mempersenda undang-undang. Pada masa yang sama, semua rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu Islam wajar mendesak kerajaan agar mengembalikan ISA secepat mungkin sebelum `nasi menjadi bubur’.
  • Jika penghinaan terhadap Islam, Raja-raja Melayu dan bangsa Melayu itu sendiri berterusan, tidak mustahil ada pihak di kalangan kumpulan pendekar Melayu akan bangkit dengan parang dan pedang untuk mengerat leher bangsa pendatang itu.
  • Pertumpahan darah boleh berlaku pada bila-bila masa kerana segelintir NGO Melayu berpendapat situasi sekarang ini sudah semakin genting. -- GRP

No comments:

Post a Comment