Wednesday 18 February 2015

Abim tolak `road show liwat’ kerana sayangkan Anwar

  • Sudah diduga Angkatan Belia Islam (Abim) pasti membantah cadangan Pemuda UMNO yang mahu mengadakan `road show' bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menerangkan kes `Liwat II' Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ini kerana Abim sememangnya selama ini taksub dengan Anwar terutama ketika pesalah liwat itu menerajui pertubuhan belia berkenaan dan kemudiannya disarungkan baju UMNO dan diangkat menjadi Timbalan Perdana Malaysia.
  • Apa saja yang terpacul dari bibir peliwat itu diterima bulat-bulat oleh pemimpin dan ahli Abim. Apa saja `road show' yang disertai Anwar ketika berada di barisan pembangkang (antaranya Black Out 505, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 begitu disenangi dan secara terbuka disertai oleh pejuang-pejuang Abim.
  • Tetapi apabila Pemuda UMNO mahu membuat `road show' mengenai `kes liwat 2 Anwar' yang diputuskan oleh mahkamah baru-baru ini, Abim tiba-tiba melenting dan tidak bersetuju dengan `road show' itu dengan alasan ia akan menjejaskan kredibiliti sistem kehakiman negara.
  • Abim juga mendakwa hasrat Pemuda Umno itu merupakan satu tindakan amat sempit dan membahayakan masa depan negara.
  • Walaupun Abim menghormati Khairy Jamaludin sebagai seorang pemimpin Pemuda UMNO yang bijak, berkaliber dan berfikiran terbuka, tetapi pertubuhan belia itu tidak bersetuju dengan `road show' itu kerana langkah itu merupakan satu “perbicaraan di luar mahkamah” yang akan mengundang "ulasan-ulasan liar."
  • "Jika Pemuda Umno memulakannya, sudah tentu nanti ada pihak lain yang akan bangkit menjawab dan melakukan majlis yang serupa. Perkara ini secara jelas berupaya menjejaskan kredibiliti sistem kehakiman negara.
  • "Perbicaraan di luar mahkamah akan berlangsung secara liar, tanpa etika dan keterlaluan. Mungkin akan berlaku tambahan-tambahan fakta secara semberono dan mengelirukan masyarakat," dakwa Abim.
  • Sehubungan itu Abim mendesak Pemuda UMNO supaya lebih peka dengan perkembangan kelompok yang mula muak dan hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara.
  • Sambil membawa contoh dangkal Abim mendakwa "Ini terbukti apabila sebuah video dimuat naik baru-baru ini dengan ugutan mahu memusnahkan mahkamah”
  • Penulis ingin bertanya kepada Abim, apakah semua `road show' yang disertai Anwar sejak peliwat itu menyertai kelab pembangkang merupakan road show yang wajar? Kebenaran apa yang dibawa oleh Anwar dalam semua road shownya selepas gagal dalam setiap pilihan raya? Hakikatnya semua yang dibawa dalam road show itu merupakan fitnah untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan lalu berusaha menjatuhkan kerajaan menerusi demonstrasi di jalan raya. 
  • Atas nasihat perunding dari Barat, Anwar dan konco-konco mencipta undang-undang rimba di atas jalan raya selepas pakatan pembangkang gagal menakluk Malaysia melalui pilihan raya yang sah. Apakah Abim mahu terus bersekongkol road show sebegini'?
  • Sekali lagi penulis ingin bertanya kepada Abim, bukankah Anwar yang mereka puja selama ini yang membawa `kes perbicaraan ke luar mahkamah' kerana beliau sendiri sudah tidak percaya dengan sistem mahkamah?
  • Di tepi jalan, padang bola dan tepi jambatan, Anwar menghasut semua orang di Malaysia supaya tidak mempercayai mahkamah semata-mata kerana beliau tidak menikmati pengadilan sebagaimana yang beliau inginkan.
  • Apa hak peliwat untuk menuduh sistem mahkamah tidak betul sedangkan ratusan kes jenayah, sivil dan syariah diadili dengan teratur dan profesional setiap hari. Hanya kes beliau saja yang beliau sifatkan tidak adil dan lantaran itu keseluruhan sistem perundangan dan kehakiman dituduh rosak.
  • Wahai pejuang-pejuang Abim, bukalah mata, telinga dan hati masing-masing. Anwar hanya seorang manusia biasa yang diberi peluang menggunakan kemudahan mahkamah untuk membela dan menyaman.
  • Beliau tidak mahu diadil di mahkamah , sebab itu beliau membisau selama 6 tahun di dalam mahkamah, sebaliknya beliau lantang bersuara di padang bola, tepi jambatan dan jalan raya dengan membawa kes perbicaraannya di luar mahkamah. 
  • Tindakan Abim yang menyokong dan menyertai kebanyakan road shows Anwar sambil menghina dan menolak sistem perundangan negara merupakan perbuatan yang tidak bermoral. Kini Abim mahu pihak lain menghentikan road show berkaitan kes liwat Anwar dengan alasan itu boleh mencalar imej sistem kehakiman. Wayang apakah yang Abim sedang putarkan sekarang?
  • Liwat merupakan jenayah sivil dan syariah. Adapun road show liwat Anwar bertujuan untuk menjelaskan kepada orang ramai yang tidak faham dengan isi kandungan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan yang disifatkan sebagai terlalu teknikal.
  • Amat sukar bagi petani dan nelayan untuk memahami kandungan sebegitu ilmiah tetapi mereka mahu faham sepenuhnya. Jika tidak dijelaskan dengan tepat, maka jerung-jerung dari parti pro Anwar akan datang ke kampong untuk menipu isi kandungan mahkamah itu.
  • Puak Anwar dari PKR dan DAP sudah pasti bergerak di luar bandar sekarang ini untuk menghasut kepada rakyat bahawa hukuman terhadap peliwat itu tidak adil dan Anwar tidak bersalah di mata Anwar dan puak-puaknya.
  • Inilah sebabnya mengapa Pemuda UMNO perlua mengadakan road show bagi menjelaskan keadaan sebenarnya dengan bahasa paling mudah difahami untuk penduduk luar bandar yang rata-rata tidak berpendidikan tinggi.
  • Bezanya road show Pemuda UMNO dan pendakwa raya ialah menjelaskan fakta, manakala road show yang dijalankan oleh PKR, DAP dan konco-konco Anwar sekarang ialah menghasut dan memutar belitkan kandungan fakta mahkamah.
  • Maka pemimpin dan pejuang Abim tidak perlulah memperbodohkan diri dengan menolak pihak yang mahu menjelaskan fakta, semata-mata kerana mata, telinga dan hati mereka sudah tersemat nama peliwat kegemaran mereka untuk selama-lamanya. -- GRP


No comments:

Post a Comment