Wednesday 18 February 2015

DAP sabotaj Kedai Rakyat, Mydin dedah penipuan DAP

  • DAP sekali lagi cuba sabotaj perniagaan umat Islam dengan mendakwa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mesti diboikot kerana sesetengah barangan dijual pada harga lebih mahal dari pasaraya lain.
  • Dengan membandingkan satu jenis peluntur Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mendakwa semakan harga yang DAP lakukan menunjukkan perbezaan ketara antara Tesco dan KR1M.
  • Beliau dengan bangganya membuat sidang akhbar dan berkata “Bagaimana peluntur dijual pada RM1.29 di pasar raya besar tetapi RM2.60 di Kedai Rakyat 1Malaysia? Harga di situ sepatutnya lebih rendah,” dakwanya.
  • Ini jawapan daripada Pengarah Urusan KR1M, Datuk Dr Ameer Ali Mydin “Jangan memperdayakan pengguna, semak fakta anda dulu”
  • “Lim membandingkan peluntur KR1M yang mengandungi 5.25% sodium hipoklorit yang dijual pada RM2.60 dengan peluntur Tesco Everyday Value yang mengandungi 4.25% sodium hipoklorit dijual pada RM1.29, sedangkan dia seharusnya membandingkan antara peluntur KR1M itu dengan peluntur Tesco Choice yang juga mempunyai kandungan 5.25% sodium hipoklorit dijual pada RM3.05.
  • "Ini jelas menunjukkan Lim bukan saja cuba memperdayakan orang ramai tetapi juga bercakap tanpa berfikir panjang, tanpa melakukan penyelidikan rapi terlebih dulu," kata Ameer.
  • Katanya, sangat jelas yang KR1M bukan saja menjual barangan berkualiti pada harga rendah, tetapi dalam kes ini, peluntur KR1M lebih murah 17% dibandingkan dengan peluntur Tesco Choice.
  • Ameer menjelaskan, kandungan 5.25% sodium hipoklorit dalam peluntur KR1M sama standard dengan jenama peluntur lain yang terkenal di pasaran.
  • Sehubungan itu Ameer menggesa Lim dan DAP bersama-sama berusaha ke arah mencapai matlamat yang sama untuk mendesak peruncit dan pengilang menurunkan harga barang supaya rakyat Malaysia boleh menambah nilai kepada wang mereka.
  • "Kita sudah cukup menderita. Kita tidak perlu lebih banyak maklumat salah, tetapi perlu maklumat yang betul supaya kita membuat keputusan betul dengan bermaklumat.
  • "Fikirkan tentang mereka yang miskin, tidak pernah merungut, malah berterima kasih, kerana dengan adanya KR1M, mereka boleh membeli barangan dengan harga lebih murah tanpa perlu kompromi kualitinya," katanya.
  • Hakikatnya DAP tidak pernah mendesak peniaga, pemborong dan pengusaha pasaraya yang kebanyakannya dikuasai oleh bangsa Cina supaya menurunkan harga barangan. Sebaliknya cuba memperlekeh harga murah yang ditawarkan di pasaraya Melayu Islam.
  • Mengapa DAP memilih kerja membandingkan harga barangan di pasaraya Melayu? Sepatutnya pada saat ini mereka mendesak semua peniaga, pemborong dan pembekal tak kira bangsa supaya menurunkan harga barangan masing-masing. Mengapa memilih mendesak pasaraya Melayu?
  • Sudah tentu jawapannya ialah DAP mahu membela peniaga Cina di Malaysia walau harga barangan yang mereka jual mahal menggila. Mereka peduli apa dengan bangsa lain. Lalu apa yang bangsa Melayu boleh buat bagi menangani konflik dendam dan dengki Cina yang sebegini rupa?. Tiada penyelesaian tepat untuknya setakat ini melainkan bangsa Melayu wajib membina empayar ekonomi secara menyeluruh dan itu akan mengambil masa lagi 100 tahun untuk melihat kesannya. - GRP


No comments:

Post a Comment