Wednesday 18 February 2015

DAP guna Anwar pecahkan bangsa Melayu

  • DAP cukup yakin hanya Anwar Ibrahim saja yang mampu memecahkan bangsa Melayu di Malaysia sekaligus membantu memperkasa DAP dari semasa ke semasa.
  • Parti chauvinis Cina itu langsung tak percaya kepada PAS kerana pada bila-bila masa saja Melayu boleh bersatu dalam sekelip mata jika Islam tergugat oleh serangan dari dalam mahupun luar negara.
  • Atas keyakinan itu, DAP telah merangka strategi secara diam-diam untuk menjerat Anwar, menggunakan keluarganya dan parti PKR untuk kepentingan barisan pembangkang yang diberi pelbagai nama tetapi penghujungnya DAP mendapat faedah lebih baik daripada sebelumnya.
  • Samada bangsa Melayu sedar atau tidak, DAP sebenarnya yang merancang Anwar `masuk keluar penjara' agar bangsa Melayu terus menerus bergaduh sesama sendiri tanpa ada kesudahan sampai bila-bila.
  • Pada pandangan mata kasar PKR, pendedahan salahlaku liwat Anwar telah didedahkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed. Namun hakikat sebenarnya kes liwat itu didedahkan pada 1997 oleh Karpal Singh (DAP) ketika Anwar masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
  • DAP melihat jika Anwar tumbang gara-gara kes liwat itu, maka pengikut Anwar pasti marah terhadap kerajaan dan akan membentuk parti baru dan akhirnya bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain untuk menentang UMNO dan kerajaan pimpinan bangsa Melayu.
  • Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh Karpal Singh pada 1997. Berdasarkan hansard Parlimen Malaysia pada 1997, Karpal Singh merupakan orang pertama yang menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Anwar telah meliwat pemandu peribadi isterinya, Azizan Ahmad.
  • Mohamed Sabu yang ketika itu merupakan ayam tambatan parti PAS dengan bangga mencanangkan ke seluruh negara dan memberi gelaran yang cukup jijik kepada Anwar.
  • Justeru itu, apabila pelbagai bukti dan siasatan telah dijalankan, Dr. Mahathir kemudiannya telah memanggil satu mesyuarat Majlis Tertinggi dan mahu supaya Anwar membela diri serta memberi penjelasan terhadap salah laku moral beliau.
  • Disaksikan keseluruhan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Anwar tidak membela diri dan membersihkan nama baik beliau, sebaliknya telah memaki hamun Presiden UMNO dan ahli Majlis Tertinggi yang lain. Kegagalan membela diri mengakibatkan beliau dipecat dari UMNO dan akhirnya kerajaan pada 2 September 1998.
  • Pemecatan ini membuka laluan kerjasama politik dengan pemimpin pembangkang yang pernah membuat tuduhan bahawa beliau merupakan seorang peliwat.
  • Mengimbas kerjasama dan pembelaan ini pada peringkat awalnya, ramai pemimpin PAS tidak bersetuju cara UMNO mengaibkan Anwar dan bukannya kerana mereka tidak percaya bahawa jenayah liwat tersebut benar-benar telah berlaku.
  • Tambahan pula pendedahan Wikileaks secara jelas membuktikan pandangan-pandangan beberapa pemimpin dunia lain seperti Singapura dan Australia percaya bahawa kegiatan homoseksual dan Anwar sememangnya tidak dapat dipisahkan.
  • Implikasi dari pemecatan tersebut telah menyebabkan beliau mengadakan 'road show' ke seluruh Malaysia dan pada akhirnya ditangkap dalam suatu peristiwa yang dikenali sebagai 'The Black 14'. Penangkapan beliau membawa kepada pendakwaan mahkamah dan dipenjarakan selama 6 tahun.
  • Bebas dari hukuman penjara, beliau sekali lagi mengulangi kegiatan tersebut dan mangsanya merupakan seorang staff dan pembantu beliau sendiri, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  • Sepanjang 7 tahun perbicaraan kes liwat 2 ini, wujud keterangan konsisten di pihak Peguambela yang diketuai oleh mendiang Karpal Singh bahawa aktiviti liwat tersebut benar-benar telah berlaku. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Ketua Pasukan Pembelaan, Gopal Sri Ram di dalam perbicaraan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
  • Umum mengetahui bahawa mendiang Karpal Singh dan barisan peguambela Anwar yang lain merupakan tokoh-tokoh dan pemimpin kanan parti DAP. Apakah mereka sengaja merancang secara sistematik supaya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan?
  • Apakah mereka mahu rakyat Malaysia tahu bahawa pemimpin Melayu Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan dari salah laku seks? Apa yang jelas ialah DAP sentiasa mendapat keuntungan daripada isu Anwar yang diulangtayang sejak 1998.
  • Semakin lebar perpecahan Melayu, semakin erat hubungan masyarakat Cina dalam DAP. Malahan 100 peratus komuniti MCA juga telah bertindak berani dengan menyeberang jambatan untuk kembali ke pangkuan DAP.
  • Malangnya DAP masih gagal menakluk Malaysia pada PRU13. Bangsa Melayu masih kuat bertahan di bawah payung UMNO walaupun parti Melayu itu telah beberapa kali bergelombang gara-gara serangan luar dari PKR dan serangan dalaman dari ahli UMNO sendiri.
  • PKR yang rata-rata berbangsa Melayu sudah menutup pintu hati untuk bersatu di kalangan sesama bangsa Melayu akibat terlampau taksub kepada Anwar. Bagi mereka hanya ada Anwar dan keluarganya. Tak perlu sibuk mengutamakan Melayu kerana Melayu itu sekadar satu bangsa.
  • PAS juga sama, memisahkan bangsa dan agama sedangkan Perlembagaan Negara menjelaskan Melayu adalah Islam. Memperjuangkan bangsa bererti berjuang untuk agama Islam secara langsung. Tapi hati PAS juga keras dan penyudahnya bangsa Melayu dan umat Islam berpecah belah lagi.
  • Perpecahan sebeginilah yang amat digemari oleh DAP kerana bagi mereka, kerjasama dengan MCA dan Gerakan secara diam-diam sudah terjalin dan kini berada pada tahap 100 peratus. Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan soal bangsa Cina. Mereka sudah bersatu.
  • Lalu apakah yang mahu dilakukan oleh bangsa Melayu? Menyeberang semuanya ke dalam PAS dan kemudiannya diperkotak katik oleh DAP? Atau memperkasa PKR sedangkan parti itu bukan milik Melayu mahupun Islam. PKR sudah sama dengan DAP. Agama Islam tiada di tempat teratas.
  • Jika semua parti Melayu merasakan mereka benar, cubalah memberanikan diri bergabung atas satu platform Melayu yang kemudiannya digabungkan dengan Barisan Nasional. Sebutlah apa saja, kerajaan perpaduan Islam atau apa saja asalkan ia dapat menghimpunkan bangsa Melayu Islam. Ada berani? - GRP


No comments:

Post a Comment