Tuesday 24 February 2015

Gabungan kerajaan UMNO PAS semakin dekat

  • Penyatuan Melayu Islam UMNO dan PAS mungkin menjadi kenyataan berikutan tekanan berterusan DAP ke atas parti sekongkolnya yang mahu menegakkan syiar Islam.
  • Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan UMNO dan BN bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.
  • Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.
  • "Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.
  • Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.
  • Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya."
  • Kenyataan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.
  • "Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada. Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana."
  • Rakyat semakin yakin dengan perpaduan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah sudi duduk bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Putrajaya bagi membincangkan soal masa depan Kelantan.
  • Namun PAS menolak khabar angin parti Islam itu akan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO.
  • Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya tidak akan bersama UMNO bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya UMNO akan membantu mereka melaksanakan hudud.
  • Katanya, perkara penggabungan bersama UMNO tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
  • ‎"Berdekad-dekad UMNO menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba UMNO betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
  • Katanya, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti. PAS ada 21 kerusi Parlimen, UMNO mempunyai 88 kerusi Parlimen. Jika bergabung, UMNO nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40?
  • Itu kata Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden PAS. Muktamar parti itu pada pertengahan tahun ini akan membuktikan bahawa pandangan beliau itu merupakan pandangan majority masyarakat PAS.
  • Apapun pandangan Tuan Ibrahim itu, rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu Islam melihat pintu kerjasama PAS UMNO masih belum tertutup lagi, malah sepatutnya diusahakan supaya berjaya kerana itu satu-satunya cara untuk menyelamatkan Islam daripada serangan golongan kafir yang berkumpul dan bersatu hati dalam DAP dan PKR.


No comments:

Post a Comment